Ini Cara Aku Untuk Dapat 4 Flat

First of all, aku nak inform yang aku bukanlah pelajar UIA. cuma aku nak share kat sini sebab aku tengok ramai je budak-budak UM, USIM, UKM, and uni lain yang suka menelaah confession kat sini sehingga mengabaikan buku yang terbentang atas katil. hohohoo..

aku tak tahu la samada ada orang nak baca lagi ke tak confesssion bertajuk macamni sebab confession aku ni bukanlah cerita pasal kakak ipar pemalas, isteri tak suka mandi, nenek bela saka, mahupun cerita anak kandung yang dianaktirikan oleh mak kandungnya.

Lagipun siswa siswi sekarang banyak yang berpegang dengan prinsip “eleh. Result tinggi pun lepas grad menganggur jugak. Tengok mamat tu result tak cecah 3.00 pun boleh kaya buat bisnes”. Ok la aku hormat prinsip korang so korang tak perlu la nak teruskan baca artikel ni. Aku tulis ni bagi orang yang masih tercari-cari jalan nak mantopkan result. Ye la, bila result mantop, senang apply biasiswa. Ptptn pun tak payah bayar. Masa konvo dapat anugerah khas. Mak ayah pun bangga nak cerita kat jiran pasal result anak dia. Eh. Ohh.. rupanya ada jugak orang yang taknak semua ni eh..Aku tak rase budak-budak dekan ni semua jenis tak de leadership and self confidence. kalau kite boleh perform time study sekaligus bila dah kerja, salah ke?

ok. straight to the point, aku mengaku memang aku digelar budak dekan oleh classmate aku. sebab sepanjang aku belajar kat situ, selalu pointer aku above 3.6. tapi 4 flat ni aku pernah rasa sekali je weh. dan nikmat dia tu memang aku takleh nak explain. lain weh perasaan bila semua subjek kau dapat A. bila ada sorang kawan aku ni tahu yang aku dapat 4 flat, dia terus tanya aku macamana boleh dapat, siap mintak tips bagai. so sebab tu la aku tergerak hati nak share kat korang semua. biar semua orang dapat rasa nikmat 4 flat ni even sekali seumur hidup je, macam aku. hehehe..

for your info, aku ni bukanlah stok-stok budak yang bila tak paham apa lecturer ajar terus angkat tangan tanya dalam kelas. ohh no.no.no. itu bukan style aku. aku ni jenis budak yang masa lecturer mengajar kat depan aku main phone, assignment pun buat last minute, dan dalam kelas je selalu cari port kat belakang, agak-agak kalau lecturer duduk kat depan tu memang tak nampak muka aku. bahahaha. . orang selalu pandang aku dari sudut tu je. dan mereka senang-senang judge aku “eh kau kan budak dekan.. main phone dalam kelas pun mesti boleh score punya..”. manusia dengan pemikiran macamni aku mohon betulkan kepala otak korang yang senget sebelah tu sebelum teruskan baca confession ni. sebab takde orang kat dunia ni yang goyang kaki je terus 4 flat datang tergolek-golek kat bawah meja.

tips pertama yang aku nak bagi.
MAKAN BREAKFAST. haha.. pelik kan. apa kaitan makan dengan belajar ? ye la.. aku perhatikan classmate aku memang kebanyakannya tak breakfast sebelum datang kelas. especially kalau kelas pagi pukul 8 pulak tu. memang tak sempat katanya… aku tak suruh korang pi cari roti canai ataupun nasi lemak weh.. aku tak suruh korang masak nasi goreng kampung telur mata special pagi-pagi. aku cuma bancuh air satu mug dan cicah roti atau biskut kering 2,3 keping je. setiap pagi memang tu la breakfast aku. penting sangat ke? yes. penting sebab bila takde makanan perut kau nak proses untuk keluarkan energy, otak kau kurang function. tak perlulah aku nak explain panjang lebar macam cikgu sains kan sebab korang dah tau benda ni. bila dah lapar, kau takkan boleh fokus dengan baik dalam kelas. aku memang main phone dalam kelas bila aku mengantuk atau boring, tapi telinga aku masih dapat tangkap apa yang lecturer ajar kat depan. sebab aku punya fokus boleh dibahagi. separuh kat game dan separuh lagi kat lecturer. bila lect ada sebut point penting, terus aku pause game dan catat kat buku. ada orang tu kita nampak dia pandang je ke depan dan mata memang tenung lecturer sampai tembus. tapi bile ditanya apa-apa, dia boleh cakap “eh. aku tak fokus pun tadi. tak tau pun lecturer cakap ape.” then buku dia pun tak berconteng apa-apa, kosong aje. see? tu konfem otak dah pikir makanan kat cafe.

tips kedua, Contact mak ayah.
Ok yang ni bagi yang masih ada ibu dan bapa. Bagi yang tak ada, my deep condolences. Aku pernah baca tips ni kat somewhere tapi aku lupa kat mana. Hehe. Jadi aku try amalkan. Memang sem-sem sebelum yang aku dapat dekan tu,aku jarang contact mak ayah. Tapi that sem yang aku dapat dekan tu, hampir setiap kali aku ada test or presentation, aku akan whatsapp mak aku mintak doa supaya dipermudahkan urusan. Call pun lebih kerap. Tanya khabar.. dah breakfast ke belum.. arini masak ape.. memang tak lama berwhatsapp sebab busy tapi cukuplah kita buat mak rasa yang kita kat universiti ni masih ingatkan dia kat rumah tu. Kadang-kadang ade jugak mengadu pasal topik assignment yang lecturer bagi tu susah nak cari buku rujukannya. Alhamdulillah, makin mudah jumpa rujukan lepas dah mengadu kat mak. Hehehehe.. Doa mak ni maqbul tahu. Kalau korang nak rasa sendiri try la buat.

tips ketiga, JANGAN tidur lepas subuh. Aku tahu ramai siswa siswi sekarang ada tabiat ni melalui pemerhatian aku. Masa sem-sem awal dulu aku pun terjangkit dengan wabak ni jugak sebab roomate aku pun stail tidur lepas subuh. Tapi bila aku start sem yang aku dapat dekan tu, aku try ubah tabiat tu. Jangan kata tak boleh. belom cuba belom tahu. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Aku dah berjaya buang tabiat ni sampai sekarang aku kat rumah pun, memang tak boleh nak tidur lepas subuh. Kalau aku dah tersedar dari tidur masa subuh tu, memang aku dah tak akan terlelap langsung lagi walaupun aku bergolek atas katil sejam setengah dengan mata tertutup. Macamana aku buat? Aku tahan diri aku dari tidur. Memang susah sebab benda dah jadi kebiasaan kan.. jadi caranya aku buat benda yang menyeronokkan aku. Benda yang takkan buat aku rasa boring. Contohnya hadap laptop. Tak kira la layan movie ke, dengar lagu ke, main game ke.. tak pun kalau aku rajin aku buat revision (sebab lecturer aku banyak bagi notes online so semua dalam laptop) . Korang pilihlah aktiviti yang korang suka. Kalau pagi tu aku mengantuk sangat sebab banyak stay up minggu tu, dalam pukul 10 pagi aku akan start qadha’ tidur. Kalau aku tak stay up banyak sangat, biasanya aku akan tidur lepas lunch dan solat zohor. benda tidur ni maybe nampak kecik, tapi percayalah, it will affect your day. Kalau dah kite start off our morning dengan tidur, mesti sepanjang hari tu rasa lesu je. Tak perlu kot aku sebut kat sini pasal rezeki banyak pada waktu pagi n so on tu sebab aku rasa ramai yang dah tahu. Tinggal nak ke taknak buat je. Nak lagi bagus pagi tu buat la solat dhuha pastu baca maathurat ke.

lastly, JANGAN TIRU KAWAN. Maksud tiru kat sini termasuk lah tiru jawapan masa test dan tiru assignment. Hohohooo.. tapi bukan pasal tu yang aku nak explain kat sini. Aku nak cakap pasal tiru style study. Semua orang ada cara tersendiri. Ada yang suka study tengah malam, ada yang suka study pagi-pagi. Ada yang suka suasana sunyi. Ada yang suka pasang lagu and so on. Jadi korang kena pandai identify keadaan macamana yang membolehkan korang study dengan selesa dan berkesan.

Study group or study sendiri? Bagi aku benda ni depends on subjek jugak.. kalau subjek tu perlukan kita untuk baca dan hafal semata-mata, tak perlulah kot nak buat study group. Kalau subjek yang perlukan kemahiran menyelesaikan masalah (such as matematik), maybe better kalau kite study group. Sebab kalau ada kemushkilan terus boleh tanya. Tapi beware.! Study group tu jangan sampai jadi chit chat group or lebih teruk mengumpat group. *sigh*

Aku sentuh bab ni sebab pernah sekali tu ada kawan aku yang bila tahu aku selalu dapat dean list, for the next whole sem, dia berkepit dengan aku 24jam sebab nak tiru style study aku. Sampaikan dia pinjam buku aku sebab nak tengok point2 yang aku highlight. Kadang-kadang tu aku serba salah nak pinjamkan sebab aku guna highlight tu just untuk hilangkan boring masa baca buku. Saja nak conteng buku. Bukannya aku cari point2 penting sangat pun. Tapi nak buat camana, dah orang nak pinjam and tiru apa yang aku highlight, aku bagi je la. Kang kalo tak bagi dikatanya kita ni kedekut ilmu pulak. Dan kesudahannya, that sem, memang aku dapat dekan alhamdulillah. Tapi kawan aku tadi tu aku dengar cerita tak dapat dekan pun.. Sedih kan.. rasa macam aku je yang bersalah sebab dia tiru aku.. *sob sob sob*

Satu lagi point aku nak sebut kat sini. Alang-alang dah confess ni kan.. pasal orang sekeliling selalu cakap kat aku “ko takpe la.. budak pandai.. tak payah study pun boleh jawab exam” . biasanya orang cakap macamni kat aku sebab dia nampak aku dalam kelas selalu main game dan masa dia tengah study aku layan movie. Aku senyap aje kalau ade orang cakap macam ni depan aku. Sebab dia tak tahu, lepas dia study tu dia balik bilik tidur. Tapi aku balik bilik aku bukak notes. Dia tak tahu, masa dia tengah enak tidur atas katil, aku jawab soalan lecturer bagi. Dia tak tahu, masa aku main game dalam kelas tu, telinga aku masih dapat tangkap apa yang lecturer tengah ajar kat depan. Benda ni berlaku bukan sebab aku otak genius. Tapi aku tahu cara nak direct fokus aku kemana. Dengan syarat game yang aku main tu tak memerlukan otak untuk berfikir. Memang aku ada download stok game khas untuk main dalam kelas masa boring. Aku akan pilih game yang hanya perlu gerakkan tangan or jari je. Dengan cara tu aku dapat hilangkan mengantuk and at the same time faham apa yang lecturer ajar. Tapi cara paling terbaik semestinyalah fokus 100% kat lecturer. Aku buat benda ni time aku mengantuk or boring je. Sebab aku pikir better aku main game daripada aku tersengguk-sengguk terangguk-angguk dalam kelas tu. Sudahnya, satu benda pun tak masuk dalam kepala.

Kalau time aku mengantuk gile-gile sebab tak tidur langsung malam tu siapkan assignment, dan pagi tu kelas pukul 8 , aku akan masuk kelas berbekalkan kerepek or jajan. Makan sikit-sikit sekadar untuk hilangkan mengantuk.(antara sebab aku pilih tempat duduk kat belakang kelas so boleh cover sikit masa tengah makan) Kalau aku dah tak tahan sangat aku tidur je la. Dalam 5 ke 10 minit camtu. Pastu bila bangun tu , rasa segar sikit dan baru boleh faham apa yang lecturer ajar. At least ada la bahan yang masuk kepala aku. Better la dari aku duk fokus tahannn je mata yang layu dan berat tu tapi hakikatnya aku rasa macam lect tengah cakap bahasa alien marikh kat depan kelas.

Tu je kot perkara-perkara yang aku rase aku buat sepanjang sem aku dapat 4 flat tu. bukan dengan cara duduk di kerusi paling hadapan dan kamceng dengan lecturer je boleh dapat 4 flat. Tapi orang macam aku yang selalu duduk port belakang dan lecturer tak kenal pun boleh dapat 4flat jugak tau. Yang penting korang usaha dengan ikhlas. Niat nak cari ilmu. Bukan sekadar nak kejar sijil dean list.

Series aku cakap, that sem yang aku dapat 4 flat tu, memang subjek tough gile. Kebanyakan kawan aku result memang menjunam jatuh. Dan aku tak pernah terlintas pun nak target 4 flat. Even berharap untuk dapat dekan that sem pun aku tak berani. Tapi kuasa Allah kan.. rezeki masing-masing. Kalau korang dah usaha tapi tak berjaya jugak, maybe rezeki korang bukan untuk dapat result gempak. Maybe rezeki korang Allah bagi mudah dapat kerja… jadi tak perlu nak persoalkan kenapa dan kenapa aku masih tak dapat result cun walau dah usaha lebih dari orang lain. Percaya dan redha dengan taqdir Allah. Hidup korang pasti akan jadi lebih indah.

– Sis charkueyteow

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit