Jangan Hina Berdasarkan Taraf Pendidikan

Salam para pembaca IIUMC,
Apa yang saya nak luahkan ni agak lama terbuku dekat hati.Terutama bila baca ayat dari keyboard warriors yang memang handal kat media sosial.Anyway, lets start here.
Secara peribadi,saya kira sekarang memang zaman duit.Semua pun berkisar pasal duit, asal kaya disanjung dipandang tinggi.Tak dinafikan banyak duit tu rezeki,dan pada yang pandai guna ke jalan yang diredhai InsyaAllah banyak saham akhiratnya. Tapi, saya rasa adalah tidak adil bila baca statement ” tak payah belajar tinggi, berniaga pun dapat lagi banyak duit” atau ” Datuk X Datuk Y level SPM je tapi tengok jutawan jugak ” dan ” aku spm je tapi pengalaman lagi bagus daripada budak degree yang berhutang nak belajar”.Statement yang datangnya dari netizens yang boleh membunuh kredibiliti pusat IPT sebagai gedung ilmu.

Saya tidak sekelumit pun merendahkan orang yang tak melanjutkan pelajaran,malah manager saya sendiri seorang lulusan spm dengan pengalaman luas,saya respect dia dengan pengalaman dia dan dia hormat saya dengan ilmu yang pernah saya timba.Malah saya dididik sejak dari sekolah untuk hormat semua orang tak kira apa kerja yang mereka buat.Tapi saya terkilan bila keluar komen dan statement yang merendahkan lulusan IPT,yang banyak didengar belajar tinggi tapi kerja tak dapat,kerja pun gaji cikai dan seumpamanyalah.Saya tak pasti orang lain,tapi untuk saya ilmu yang dicari itu kepuasan untuk diri sendiri dan fardhu kifayah pada umat Islam.Kalau tak ada tukang sapu,siapa nak jaga kebersihan?Kalau tak ada jurutera,siapa nak kembangkan teknologi?Semua orang dijadikan Tuhan ada peranan masing2 kat muka bumi ini.

Sebagai contoh,tentang isu Halal umat Islam.Taikun syarikat makanan mungkin tanpa kelulusan tinggi ada modal boleh bukak bisnes.Tapi golongan terpelajar lah yang handle bab analisa halal guna makmal,teknologi DNA semua itu.Kalau anda sakit anda jumpa qualified Doktor atau tak kisah siapa pun yang rawat anda?Jadi anda masih kekal lagi ke dengan mentaliti tak payah masuk universiti pun takpe banyak cara lain nak kaya?

Satu lagi,saya amatlah berpegang pada prinsip matlamat tidak menghalalkan cara.Sekarang banyak dengar pasal PhD scam,produk kosmetik ada bahan kimia berbahaya..yang sedihnya ada lagi yang bela scammer dan kapitalis yang kutip untung atas angin ini dengan alasan akaun bank dia orang lagi banyak dari akaun bank kami golongan pekerja marhaen ini.

Kakak,abang,pakcik,makcik, Nauzubillah,minta dijauhkan tapi seandainya ada orang yg anda kenal atau keluarga anda sendiri yang kena penyakit disebabkan produk kapitalis ni,boleh tak anda terima dan cakap tak apa diorang ni dah banyak buat kerja kebajikan hasil jualan produk diorang yang menyebabkan sakit tu? Ini tips dari saya,saya selalu buka page macam Pseuodscience Watch,Root of Medicine dan Say No to Mlm yang berusaha nak bagi kesedaran tentang scammer dam produk berbahaya ni.Jangan risau,info dari page ni percuma je tak payah bayar beribu macam seminar Dr palsu.Yang handle page macam ni pun insyaAllah berniat nak sebarkan info pada masyarakat dan ada background pelajaran.

Kalau anda jumpa majoriti fresh grad demand gaji,tak sesuai dengan pengalaman minta itu ini,percayalah bukan semua.Saya sendiri first class graduate masih bekerja dengan gaji xsampai 2k sebab saya sendiri sedar saya belum cukup matang lagi dengan pengalaman industri berbanding teori.Kakak,abang,pakcik,makcik, anda tak tahu satu hari nanti mungkin anak atau saudara anda dapat sambung pelajaran ke peringkat tinggi,kemudian tak bernasib baik macam saya pada peringkat awal lepas tamat pengajian lama menunggu untuk bekerja,saya harap anda tak kutip balik dan lemparkan kata2 sama,sebaliknya saya doakan anda seperti ibu saya yang cakap “Tak apa kakak,rezeki bekerja tu ada nanti,kakak dah dapat rezeki ilmu yanh ada orang lain tak dapat”.

Akhirul kalam, tinggi mana ilmu kita,banyak mana harta kita,yang dibawa bekal untuk ke alam akhirat cuma amalan kita.
Sekian

– Alumni biotech

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit