Jangan Salahkan Cikgu

Saya bekas graduan IPG. yes, saya produk keluaran IPG yang dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru. First of all, sebagai seorang pelajar atau manusia, tidak seharusnya anda melabel sesuatu komuniti itu gagal hanya dengan pemerhatian sekali atau dua kali imbas. saya sebagai seorang guru, kalau ada pelajar buat silap, gagal, saya akan cakap, “you will either win or learn. TAKDE ISTILAH GAGAL dalam belajar”. so saya rasa saudara kena betulkan mind perception. kot-kot anak sendiri masuk IPG satu hari nanti kesian dia down.

Berbalik kepada isu-isu yang dibangkitkan beliau, saya nak respon satu-satu :

1. Kenyataan : Apa yang budak-budak IPG buat sebagai respon kepada isu-isu yang berkaitan pendidikan misalnya pemansuhan PPSMI, pelaksanaan DLP, cadangan mata pelajaran wajib lulus SPM, cadangan pelaksanaan Pendidikan Seks, dan lain-lain ? Ada buat penulisan tulis ke akhbar ? Ada buat persidangan meja bulat ? Ada buat forum ? Ada hantar memorendum ?

Respon :
Untuk pengetahuan saudara, kami pelajar-pelajar IPG tak main buat penulisan-penulisan ke akhbar, minta perhatian dengan cara begitu. itu cara tak rasmi, and takde protokol and mungkin takde sape pandang. kami guna saluran yang betul. sebagai contoh, kami membabitkan diri dengan konvensyen Guru-Guru Muda Peringkat Kebangsaan yang mengumpulkan wakil-wakil guru-guru seantero Malaysia (saya pun pergi) untuk membincangkan hal-hal berkaitan pendidikan. malah Yang DiPertua MPP kami pernah diberi peluang makan semeja dengan pegawai-pegawai atasan KPM untuk membincangkan isu pendidikan. anda tak tahu kan? selidik betul-betul. and kalau nak sembang pasal memorandum, kami pelajar IPG bukan sewenang-wenangnya buat kepala sendiri. kami masih ikut saluran yang betul, memorandum kami mesti melalui pengarah-pengarah IPG. perbincangan kami lebih profesional dimana kami tak membelakangkan pihak atasan kami iaitu guru-guru kami sendiri (pensyarah). takde buat kepala sendiri meroyan hantar memorandom, buat pakatan, buat demo. itulah pelajar IPG. dididik dengan etika keguruan. manner can open the door that best education cannot.

2. Kenyataan : Biarpun berlambak budak-budak yang ‘celedik’ ni, kenapa budaya ilmu semacam tidak ada di IPG ? Bukankah ia amat merugikan ?

Respon :
saya rasa maybe awak pergi satu dua IPG je kot. tak semua ipg camtu rasanya dan tak semua pelajar malas membaca. well, i guess tak semua budak IPTA pun ulat buku, right? so jangan tahu bash orang je. untuk pengetahuan awak, setiap tahun kitorang buat pameran buku, panggil pembekal buku luar untuk meniaga dalam IPG. kenape dorang nak niaga dalam IPG ye kalau memang betul pelajar IPG bukan jenis membaca? tak takut ke rugi dorang? well, sebab di IPG pun ada budaya membaca.

3. Kenyataan : Untungnya masuk IPG, salah satu sebab adalah tak payah pening-pening fikir nak cari duit untuk bayar yuran pengajian. Kerajaan UMNO-BN tanggung semuanya. Jadi, budak-budak IPG boleh watlek watpis, tak payah susah-susah kerja part time petang malam. Dalam erti kata lain, budak-budak IPG punya masa lapang yang cukup banyak.

Respon :
untuk pengetahuan awak, dekat IPG la ramai budak kerja part time tapi kerja partime kami bukan jenis menganggu waktu kuliah. sebab kami ni kuliah pagi petang, dan kadang-kadang ada kelas malam. kami ni celedik sikit, kami cari kerja partime yang mudah macam bisnes online, jadi agent produk, jual topup, jadi part time photographer, kadang-kadang ajar tusyen di sekolah berhampiran IPG. masa lapang cukup banyak? haa mari lah masuk IPG. lepastu jangan merungut kenape tido tak cukup.

4. Kenyataan : Sekarang engkau orang cuba bayangkan, engkau orang ada banyak masa lapang, dan engkau orang juga dapat duit elaun setiap bulan ! Uisssshhhhhhhhhh. Aku tak nak tahu apa yang engkau orang nak buat dengan elaun tu

Respon : elaun tu diberi sebagai amanah utk kegunaan pengajian. tak dinafikan ada juga digunakan utk kegunaan harian. duit lebihan elaun tu kami kumpul untuk memudahkan urusan kami setelah posting kelak, sebab ada yang posting jauh-jauh, dimana 3 bulan pertama kami tak dapat gaji. dengan terkumpulnya duit elaun tadi, kami tak payah minta duit mak bapak sesen pun. tak perlu susahkan ibu bapa. yang penting, menabung tu satu amalan yang baik, malah tak menyusahkan sesiapa. kan?

5. Kenyataan : Bagi aku, kerjaya sebagai seorang guru bukanlah susah mana pun. Masuk kelas, mengajar. Habis kelas, tanda buku. Meeting tu biasalah. Sampai masa, balik. Senang kata, mudah lah hidup. Belajar masa dekat IPG dulu senang, dah kerja pun senang. Selesa lah kata orang. Aku tak nafikan, ada cikgu-cikgu yang terbeban dengan macam-macam tugasan.

Respon :
FYI, saya dah posting selama 11 bulan di sebuah SJKC yg terletak kat selatan tanah air. saya ialah pelajar IPG jurusan TESL (English) berbangsa melayu, tapi dipostingkan di SJKC dan diarahkan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu. dengan situasi kena berdepan dengan pelajar cina yang sangat lemah pengusaannya dalam subjek BM, dan saya ni pulak tak pandai berbahasa mandarin, awak ingat senang ke semua ni? first three months, macam-macam kaedah saya belajar untuk blend dengan mereka. untuk elakkan situasi bila saya masuk mengajar, budak melopong, saya melopong. awak tahu camna saya nak ajar budak sy? kamus BM-Mandarin kat tangan je tahu tak. saya tak mengalah, tak give up. you don’t know the struggle, bro. so better jangan bandingkan kerjaya seseorang. saya secara peribadi tak pernah nak cakap kerja doktor senang, kerja engineer senang, kerja cleaner senang. SETIAP PEKERJAAN ADA CABARAN YANG TERSENDIRI. cuma kita tak tahu sebab kita tak rasa.

6. Kenyataan : Aku cuma mahu cakap, kurang-kurangkan lah merungut cikgu-cikgu sekalian. Kalau dah rasa terbeban tu, ‘buatlah sesuatu’. Jangan sebab kerja dengan kerajaan, maka harus patuh sepatuh-patuhnya. Berani sikit, cabar dasar-dasar yang dirasakan tidak relevan

Respond :
Cikgu-cikgu ni kerja hakiki kami ialah MENGAJAR. itu tugas UTAMA. rungutan yang awak dengar tu adalah sebab kami terbeban dengan kerja side kami (key in, online sistem yang terlalu banyak) sehingga mengganggu tumpuan kami untuk memberi sepenuh perhatian dalam penyediaan bahan untuk sesi pengajaran & pembelajaran di kelas. kalau kerja kami asyik kena key in benda online, isi sane sini, bila masanya nak give full effort utk bahan mengajar? bagaimana nak capai target untuk peningkatan prestasi budak jika cikgu dipenuhi dengan kerja-kerja sampingan? dengan sistem pendidikan yang sentiasa berubah? disini la punca kami tertekan. kerjaya lain ade tak kena hadap perubahan sistem secara pukal? takde. kerjaya kami ni sangat mencabar dari segi kualitinya, kerana melibatkan produk yang amat penting untuk masa depan itu anak-anak pewaris generasi masa depan. and by the way, siapa cakap kami tak lawan? kami guna saluran guru kebangsaan seperti NUTP (National Union of Teaching Profession) dimana sebarang isu berkaitan perguruan akan dibincangkan mengenai saluran yang betul. ala-ala persatuan keguruan la untuk membela nasib guru or untuk berbincang mengenai masalah pendidikan. bila kita dah usaha, dah cuba berbincang, walau ape pun keputusan, kita masih lagi terikat dengan pihak atasan, kementerian. nak lantang sangat pun tak boleh. saya tahu, you know what i mean. bukan langsung tak mencuba, kan?

Konklusi : maka, fahamilah kerjaya guru bukan mudah, sepertimana kerjaya-kerjaya lain. stop bandingkan. stop cakap cikgu-cikgu ni senang, banyak cuti, gaji banyak. untuk pengetahuan saudara, bila budak nakal, guru kena hentam, prestasi pelajar menurun, guru kena hentam. pernah tak korang belek disebalik tu ape masalah budak tersebut kat rumah? tak pernah kan. so please, dont easily judge. kalau rasa cikgu tu senang, pergi mana-mana PPD (Pejabat Pendidikan Daerah), minta borang permohonan jadi guru ganti. kalo ade rezeki boleh la jadi cikgu. rasa la jadi cikgu sebulan dua. sekian. terima kasih.

– Cikgu Hipsturrr

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit