Jelmaan Makhluk Di Mesir

Jelmaan Makhluk Di Mesir

Assalamualaikum dan terima kasih Admin.

Kitorang ni student kat Alex. Dah lama dah tinggal sini, acah-acah senior. Sekarang ni tengah musim sejuk, 2degree kot pagi tadi. Pergi kelas pun berlapis-lapis baju pakai. Ni aku nak cerita pasal kisah kitorang yang berlaku hari ni bila kitorang balik rumah. Housemate aku ada 3 orang, nama diaorang Jannah, Haneem dan Rose.

Biasanya, lepas maghrib kitorang akan berkumpul kat meja makan. Sharing session orang kata. Masa tu, aku dan Haneem tengah berborak. Tiba-tiba, Haneem kata “Aku ada bau something ni”. Aku try la bau, takda mende pun. Rose pun sambil bersiap-siap nak keluar sampuk kata dia ada bau jugak. Aku bau la lagi, nothing! Pastu, aku pun kata “weh, kau nak tau tak, barang dalam bilik aku jatuh la. Semua yang atas meja aku jatuh atas lantai macam ada orang tolak.” Masa ni, aku tengok muka Haneem dah lain dah. Haneem kata “Korang, aku nak cerita ni” Haneem senyap sekejap. Pastu duk ulang nak cerita tapi tak cerita pun. Aku dengan Rose dah rasa lain dah. Semua ambil tempat masing-masing.

“Sebenarnya, masa balik kelas tadi, pintu bilik Jannah terbuka, biasanya tertutup setiap hari. Aku check la laptop sume orang, ada je. Bila aku masuk bilik, pintu bilik aku terbuka luas weh. Aku terkejut sebab jacket ngan tuala jatuh atas lantai. Sampai patah hanger. Aku fikir, mungkin sebab angin.” Haneem sambung lagi, “Maghrib tadi, masa tu aku tengah mamai, aku nampak ada benda putih bergerak menghala ke katil aku. Bila aku intai, takde pun. Aku cuak, terus pergi buka lampu. Masa tu aku perasan, tudung yang aku sangkut kat pintu jatuh. Aku rasa kan korang, ada jelmaan la rumah ni.” Senyap.

Aku menafikan sekeras-kerasnya sebab aku rasa binatang. Almaklumlah, dulu rumah ni pernah ada tikus sesat. Rose pula kata ada makhluk halus. Jannah kata “Entah-entah, ada orang Arab masuk rumah pasang cctv sebab ada nampak tapak kaki dalam bilik aku. Atas tilam, ada debu.” Hurm, kitorang pun decide nak check satu rumah, kot-kotlah ada binatang ke. Tapi, takde pun. Semua bilik kitorang masuk termasuk dapur ngan bilik air. Nak confirmkan lagi bukan binatang, sampah ngan makanan kat dapur tak terusik pun. Pelik ni. Haneem pun cadangkan malam ni semua orang pasang ayat al-Quran bila nak tidur. Semua orang angguk je. Haneem pun pergi lah masuk bilik dia sebab dia kata nak kemas bilik. Biasalah, budak medic. Nak exam pula tu. Bilik pun tak sempat kemas.

Tiba-tiba, aku dengar Haneem menjerit. Kuat gila. Dia lari ke arah kitorang dengan muka cuak nak menangis. “Aku nampak dia weh! Aku nampak dia! Dia dalam bilik aku!” dang! Hantu ke? Rose yang nak keluar pun tak jadi nak keluar. Aku tanyalah kat mana. Kat meja study katanya. Aku ngan Rose pun slow-slow jalan masuk bilik Haneem. Berdebar tak payah nak cakaplah. Serious, dia tengah tengok kitorang. Tajam weh. Aku naik berdiri atas tilam, ambil port paling selamat. Haneem stay kat ruang tamu sambil tak berhenti menjerit macam orang histeria. Jannah pulak pergi tenangkan si Haneem sambil duk risaukan bilik dia. Rose alihkan kerusi. Dia ambil whitecoat sambil mencangkung bawah meja. Kitorang intai la. Rupa-rupanya, kucing. Fuh, hilang cuak. Cantik, kemas je kucing ni, warna oren. Macam orang punya. Rose pun tangkap la kucing ni bawa keluar rumah. Bila letak je depan pintu, terus dia masuk balik dalam rumah. Berlari lagi kitorang tangkap dia. Masa tu Rose perasan, kucing ni dah terkencing. Tak memasal kene mop lantai malam ni.

Kesian kucing. Siapa la yang buang, dahlah musim sejuk sekarang ni. Tapi yang paling kitorang pelik sekarang ni, macam mana lah kucing ni boleh masuk rumah. Sebab, rumah ni tak buka tingkap pun. Nanti masuk angin, sejukk. Okaylah, tu je aku nak cerita. Nak sambung study. Minggu depan ada exam, doakan. Payah doe medic. Bye.

p/s: kucing kat mesir ni memang tak bunyi meow macam kat Malaysia, senyap je.

– Nur islam

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments