Jijah The Shopaholic

Hi,
Aku perkenalkan diri aku as Jijah. Aku bukan student IIUM, tapi aku selalu baca article page ni. Aku datang daripada family yang biasa2, tak kaya tapi tak susah jugak, boleh kata agak senang tetapi sederhana je. Daripada kecil kitorang adik-beradik dah diajar untuk berjimat, kalau nak apa2 benda mahal, kena kumpul duit sendiri (handphone, Play Station, game, etc.). Mak bapak kitorang sediakan keperluan asas je (makanan, tempat tinggal, baju). Daripada kecil, walaupun aku ni boros, tak reti menyimpan, asyik beli benda2 mengarut je, tapi aku takdelah beli barang2 branded. Setakat beli pemadam banyak2 kat kedai buku sekolah sebab nak buat main kat kelas je ada lah.

Habis je SPM, aku ditakdirkan masuk sebuah kolej swasta untuk persediaan ke luar negara (under scholarship). Bunyi macam gah kan, tapi, kenyataannya, aku rasa out-of-place and I don’t belong there. Sebab, kat kolej tu, kebanyakannya anak2 orang kaya, pakai semua nak branded je, kalau aku lalu tepi diorang, ada tu kerling hujung mata. Maklumlah, diorang pakai Topshop & Zara, aku pakai Padini & Jaya Jusco je (dulu Jaya Jusco, sekarang dah tukar nama jadi AEON). Daripada beli tudung, baju, seluar, sampai lah ke spender dengan bra, aku beli kat kedai bawa mak, tak reti nak beli sendiri, kau bayangkanlah, betapa nerd and tak fashionista nya aku dulu (compare dengan sekarang)

Semuanya start dengan classmate aku. Sebenarnya nak try “blend-in” dengan diorang, ye lah kita kan baru masuk. Perbincangan diorang adalah pasal fashion, kereta, handbag, kasut, accessories. “I beli kat Topshop…Topshop…Zara…Zara”. Pergh, masa tu nak beli satu barang kat kedai tu pun dah RM150++. Aku nak beli bag RM50 pun berkira2 duit dlm bank, kau bayangkanlah betapa aku rasa rendah dirinya masa tu. Patutlah diorang tak berapa nak ngam dengan aku sangat, sebab status aku yang tak berapa nak berada dan fashionista compare dengan diorang.

Aku cerita kat bestfriend2 aku masa sekolah menengah, reaksi diorang, “isyh, apa kena dengan diorang? Aku pun pakai juga brand2 tu, tapi takde lah nak berlagak macam tu”. Aku cerita kat mak aku, mak aku cakap, “pergilah shopping dengan kawan2, mak ni taste macam orang tua, kampung, mak x reti fashion2 orang muda ni”.
Maka bermulah kisah hidup aku yang baru, mula2 aku belajar shopping sendiri sebab nak impress classmate2 aku yang kaya berlagak tu. Lama2 aku jadi addicted nak shopping. Sekali beli kasut, sampai 3 aku bantai. Boleh kata, almari aku penuh baju, handbag, kasut. Tambah2 lagi parents aku tiap2 bulan bagi duit pocket extra, memang aku joli x ingat dunia la kan. Bapa aku pesan, simpan duit. Tapi aku? Hhmmph haram lah aku nak simpan kan.

Bila aku sambung belajar degree kat overseas, bapak aku bagi aku credit card. Dia kata, simpan, kot2 apa2 hal jadi, aku boleh pakai untuk emergency. Kat oversea, barang2 designer branded2 ni murah2 compare dengan kat Malaysia. Lagi lah macam2 aku beli. Dengan habit aku yang shopaholic dan boros ni, aku ni kira bernasib baik je sebab alhamdulillah rezeki aku murah sebab aku x payah tanggung family, kalau nak balik Malaysia ticket flight bapa bayar. Kalau orang lain, sampai kena catu makan sebab nak kumpul duit nak balik kampung tiap2 tahun. Tapi… korang jangan ingat aku dok kikis harta bapak aku je, aku kerja part-time tau untuk tanggung belanja shopping & travel. Aku minta duit kalau terdesak sangat2 atau diorang yang offer nak bagi je. Aku akan make sure, susah macam mana pun aku takkan pinjam duit atau berhutang dengan orang. Apa jadi pun, aku takkan cerita berapa balance dalam account aku hehe.

Bila aku dah graduate dan start bekerja, dapat gaji lebih RM4000 pun, aku masih takde duit saving. Aku masih dengan sikap aku yg boros and shopaholic. Masuk gaji, bayar credit card, bagi duit kat parents, cukup bulan duit pun habis. Padahal sebenarnya, gaji aku tu consider banyak compare dengan orang lain, mustahil tak cukup sebab aku bukannya ada commitment apa2. Kalau dulu, aku berdendam nak impress classmate kat kolej sebab pandang rendah kat aku yang x fashionista ni, sekarang aku pun tak tahu apa yang aku cuba provekan dengan beli barang2 branded ni, makeup tebal hari2, travel sana-sini, pergi makan restoran mahal2, pergi spa every week, budget2 macam kaya tapi sebenarnya duit dalam bank tak banyak mana. Tambah2 lagi, sejak dah ada facebook & Instagram, dah jadi macam satu pertandingan pulak untuk semua orang tunjuk betapa coolnya hidup diorang masing2. Padahal, masing2 cuba untuk tunjuk pada dunia apa yang diorang nak dunia tengok. Lama2 jadi social pressure la pulak, asyik nak mengira berapa banyak “like” kita dapat untuk post hari ni. Berapa glamour kah kita berdasarkan followers and “likes” yg kita ada. Masing2 pun nak buat post “Tirulah Macam Saya”, “Macam mana nak jadi kaya”, “macam mana nak travel ke korea dengan budget RM2000”. Eh, macam2 la zaman sekarang ni yg post terus viral. Boleh jadi penyakit mental (kemurungan) bila fikir “kenapa aku tak popular, glamour, kaya, cantik macam orang tu”

Lepas 2 tahun bekerja, aku bertemu jodoh, kemudian kahwin. Masa tu, duit simpanan dalam bank, korang agak2 berapa? RM3000 je babe. Nasib baik suami aku tu simpan duit banyak, and bapa aku bayar duit belanja kenduri. Kalau mak bapak aku tau la duit simpanan aku banyak tu je selama 25 tahun hidup, mahu mati aku kena belasah dengan bapak aku. Dia dah pesan dah dari dulu, “simpan duit, simpan duit, jangan asyik belanja tak ingat dunia”.

Dah la masa kahwin duit takde, pastu nak demand pulak nak cincin De Beers RM15 ribu hengget, pelamin nak cantik RM5000, baju nak designer RM5000, makeup artist nak yang glamour2 je, photographer RM5000, videographer RM5000, eh boleh kata semua benda nak macam yang kat dalam Instagram Malay Wedding Guide dan Pinterest lah. Tapi tak sedar diri, duit tak banyak mana. Nak berhutang dengan bank, takut, sebab mak bapak aku dah pesan, “jangan nak membazir masa kenduri kahwin, duit tu simpan untuk selepas kahwin nanti. Jangan sampai berhutang2, sebab ramai yang amik loan masa kahwin jadi lebih susah lepas kahwin, ada yang sampai bergaduh nak bercerai sebab stress nak bayar hutang kahwin”

Nasib baik laaa suami aku ni penyabar dan bergaji besar. Dia cuba juga nak fulfil dream aku yang bajet2 princess ni, tapi dia tanggung separuh je lah, lagi separuh aku bayar sebab aku yang menggedik sangat nak. Alhamdulillah nasib baik kahwin, agaknya kalau bertunang lama2 masa tu boleh putus kot sebab perangai aku yang demand ni boleh buat lelaki rasa yang aku ni pisau cukur, ni baru majlis kahwin, belum dah kahwin ada anak nanti.

Lepas kahwin, aku mula berubah sedikit demi sedikit. Aku dah kurang bershopping. Takde dah hari2 makeup tebal, tudung berbelit2 macam kena cekik ular, kasut tinggi2 yang kalau baling kat anjing confirm mati. Aku mula belajar untuk bersederhana, simple dan minimalist. Dah tua bangka baru belajar nak simpan duit. Selama ni aku bukan tak sedar yang aku ni boros, cuma agak susah untuk aku berubah sebab kat sekolah dulu mana ada belajar pengurusan kewangan personal, dan takde sebab untuk aku berubah sebab aku tak pernah rasa susah sampai takde duit nak makan, tak pernah rasa susah sampai terpaksa minta sedekah dan pinjam duit.

Aku mula berubah pun sebab ada banyak perkara yang terjadi yang menyebabkan aku nak berubah. Antaranya, aku kesian tengok suami aku pakai baju kerja yang dah lusuh, dah 5 tahun pun tak tukar baru lagi. Padahal ketiak baju tu dah berdaki. Aku nak buang dia tak kasi, dia cakap elok lagi boleh pakai. Aku ni pulak, tiap2 bulan confirm beli 1 barang, kalau bukan tudung, baju, takpun handbag, takpun kasut. Kalau shopping raya tu, tiap2 minggu ada Sale brand2 artis ni, tiap2 minggu la aku akan pergi dan shopping sampai beribu2. Dah jadi satu tabiat untuk berbelanja.

Kebetulan, ekonomi pun dah start merudum. Semua orang takut kena buang kerja. Terutama orang yang dah ada banyak komitmen rumah & kereta. Dah susah nak tidur malam fikir macam mana nak bayar loan rumah & kereta kalau kata kena buang kerja? Kalau dapat kerja pun, gaji tak dapat setinggi dulu. Kalau tak de duit nak bayar, nanti kena sita, tak pasal2 jadi muflis.

Antara benda yang buat aku terus tertampar dan insaf, bila aku dapat tau kisah benar kawan2 yang beli rumah banyak2 pakai loan, konon2 beli rumah kemudian sewakan, dengan harapan penyewa tu yang bayar loan kita. Semua class yang ajar benda tu semua penipu, diorang terpaksa meyakinkan orang ramai untuk sama2 melabur dalam hartanah supaya asset2 diorang tak jatuh harga, macam konsep saham. MLM memang tak payah cerita la, tu lagi obvious menipu. Takde maknanya orang kaya nak ajar kau satu2 macam mana nak jadi kaya melainkan kau ada kepentingan untuk diorang atau kau ahli keluarga diorang. Tambah2 lagi sekarang ni, semua orang nak berniaga, semua orang nak menjual. Untung tak seberapa, heboh je lebih konon untung juta2.

Kemuncak keinsafan aku ialah bila aku dapat tahu yang ada orang gaji dah berpuluh ribu, tapi duit still tak cukup2. Bukan seorang okay, ramai jadi macam tu sebab everytime gaji naik, mulalah standard of living naik, nak upgrade kereta la, rumah la. Paling teruk, ada yang berhutang sampai hampir RM 1juta buat personal loan dan credit card sampai hampir kena isytihar muflis. Bila tanya, beli apa sampai RM1juta? Tak tahu. SEJUTA tu, boleh beli sebiji condo eksklusif kat KL ni. Aku sampai tak tido malam seminggu terpikir pasal kes tu.

Pengajarannya, simpan lah duit, jangan mudah terpengaruh dan terpedaya dengan expectation orang lain. Ukur baju di badan sendiri, jangan tengok orang lain ada handbag mahal, kau pun nak beli handbag mahal. Orang lain buat majlis grand2 habis RM100ribu, kau pun nak buat majlis grand juga sampai berhutang. Orang lain beli rumah, kau pun nak beli rumah, padahal kau x study pros and cons keputusan kau tu, mampu ke kau nak bayar loan bulan2, mampu ke kau nak tanggung maintenance cost kalau ada kerosakan. Rumah ni macam kereta, kadang2 kena service, maintenance, tax, itu, ini. Setiap 5 hingga 10 tahun, ada benda yang kau kena tukar, sekali tukar memang terduduk la kau fikir berapa banyak duit lagi nak keluar. Mungkin formula yang Faizul Redzuan bagi tu berkesan untuk buat dia jadi kaya, tapi tak bermakna ia akan berkesan untuk kau jadi kaya. Kaya hutang, bukan kaya duit tau hahaha. Kau beli rumah pakai loan 30 tahun tu bukan bermakna rumah tu milik kau, tapi sebenarnya kau menyewa je dengan bank selama 30 tahun. Dah habis bayar, baru rumah tu jadi milik kau. Bezanya, kalau kau menyewa dengan orang, kau lebih flexible boleh pindah rumah anytime, kalua rosak nanti tuan rumah akan repair. Kalau kau beli, rumah pakai loan bank, kalau rumah rosak, kau kena repair sendiri, kalau kau tak bayar loan, rumah kena lelong, silap2 kau diisyhtihar muflis. Kau tau tak apa akan jadi kalau kata kena isyhtihar muflis?
Jadi kau buat la kira2 kau tu betul-betul. Cuba kira balik, tahun bila kau boleh jadi jutawan dan bebas dari segala hutang dengan cara kau simpan duit sekarang ni. 10 tahun lagi ke? 20 tahun lagi ke? 30 tahun lagi ke? Tanya diri sendiri, lagi 30 tahun tu, masa tu kalau kata kau ada RM1juta pun, consider kau jutawan yang kaya atau kayap?

– Jijah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit