Jiran Jin Afrit

Jiran Jin Afrit

Assalamualaikum..

Kalau confession ni disiarkan terima kasih banyak-banyak. Semoga apa yang aku coretkan ini tak disalah erti. Bukan niat nak mengaibkan apatah lagi nak memburukkan sesiapa. Siapa main cili dia lah yang rasa pijarnya. Aku tak tahulah apa silapnya kami sekeluarga selalu sangat diberi ujian macam ni. Makin banyak ujian makin tergugat kesabaran kami. Tapi kami masih tetap sabar walaupun orang baling najis kami masih lagi baling bunga tak beserta dengan pasu. Kalau ikutkan perasaan germ dan sakit hati ni bukan setakat pasu rasanya rejam saja dengan batu.

Kami hidup berjiran sudah lama. Sejak aku kecik sampailah dah bekerja. Kami tak tahu apa yang dia dengki sangat dengan family aku. Setiap gerak geri kami diperhatikan. Setiap perbualan kami pun dia curi-curi dengar. Takut kami ni ada bercerita pasal hidup dia. Sedangkan kami tak ada masa nak ambik tahu kehidupan dia. Masing-masing buat kerja sendiri. Yang paling kesian adalah mak aku. Sebab mak seorang saja duduk di kampong memandangkan kami adik beradik duduk jauh di perantauan mencari rezeki. Mak terpaksa hadap perangai tak semengah dia sampai satu tahap mak dah penat dah nak layan kerenah dia. Baling batu ke atap, buang sampah ke belakang rumah kami dan macam-macam cara dia nak sakitkan hati mak. Tiba-tiba bau busuk bila cek rupanya bau sampah dari rumah jiran yang dibuang ke belakang rumah kami. Sampah sarap dari rumah dia, dia buang ke arah rumah kami.

Bila kami adik beradik balik kampong berkumpul ramai-ramai, dia lah orang yang paling gelisah. Terintai-intai dari dalam rumah tengok kami buat apa. Kadang-kadang tengah kitaorang berborak-borak bergelak tawa, kami perasan ada kelibat sedang menyorok disebalik pagar curi-curi dengar apa yang kami seronok sangat bergelak tawa. Dia tak senang duduk tengok kami gembira. Dia nak kami adik beradik bergaduh berpecah belah masa tu dia lah orang pertama yang akan bersorak dan tepuk tangan. Kami sampai dah lali dengan perangan jin aprit dia tu kadang kami saja buat bising gelak-gelak nak tengok reaksi dia. Kalau dia yang tak mengintai disuruh anaknya pula tengok dan dengar apa yang kami buat dan apa yang kami borak. Tak dapat dengar dia hantar wakil pulak ye. Lepas tu nanti anak dia akan sampaikan apa yang kami borakkan. hahaha. Bukan saja waktu siang ye die macam tu, kalau malam dia akan tawaf rumah kami dan duduk diam-diam tepi dinding rumah kami. Gigihkan dia? Kalau kantoi dia buat-buat cari sesuatu kononya ada barang dia hilang.

Lagi satu perangai tak semengah dia adalah bila dia pinjam sesuatu barang, dia akan simpan sampai kepam dan barang tu tak semena-mena akan jadi hak milik dia. Bila Tanya cakap tak tahu padahal barang tu elok je tersimpam kat rumah dia. Kadang tu kalau dia nak pinjam apa-apa kami akan beringat. Bila dia mintak pinjam lepas tu kami akan terus mintak tak dan la dia nak kepam lama dan jadi hak milik dia. Ada sekali tu mak tak ada kat rumah, die berlegar-legar keliling rumah kami tengok kalau-kalau ada barang yang boleh dia ambik. Lupa nak cakap, jiran aku ni bukan orang miskin ye. Dia orang ada-ada. Kami ni ye la bukan orang senang. Sebab tu la dia buat kami ni macam ni. Betul jugak orang cakap orang kaya ni hidup dia tak tenang. eh astagfirullahhalazim. Maafkan saya.

Perkara yang paling kami menyampah bila kalau ada buat kenduri or makan-makan. Kalau setakat jemput sekali dua memang dia buat tak tahu je. Jenis nak orang sembah macam raja barulah datang. Datang pula niat bukan elok. Macam saja nak cari pasal. Masa makanan tengah banyak tak nak makan tunggu sampai nmpak makanan dah nak tinggal sisa masa tu la dia sibuk bising makanan dah takde.ko rase? Bukan setakat kami je yang dia sakitkan hati, malah kucing yg kami bela pun kalau masuk kawasan rumah dia insyaallah kucing tu akan keluar dengan kesan cedera. Dia akan baling dengan sesuatu kucing kami tu dan ada satu masa sampai kucing kami tu patah kaki. Kejamnya kau jiran. Tak cukup kau sakiti manusia, dengan binatang pun kau seksa. Jawabla di alam sana nanti ye.

ha satu lagi perangai dia adalah suka cakap kuat-kuat. Bukan main wei dia cakap kuat-kuat dengan harapan kami ni dengar la apa yang dia cakap. Kadang dia saja buat borak-borak dengan anak dia pasal sesuatu benda macam anak dia tu duduk kat dapur melaung-laung padahal anak depan muka. hahaha. Nak kata pekak tak pekak sebab kalau kitorang borak-borak boleh lagi menyorok curi-curi dengar. Entahla aku rasa dia memang tak kan puas hati selagi kami ni jadi jiran dia. Dia lagi suka kalau kami berpindah dari situ. Padahal kami tak pernah usik hidup dia apatah lagi nak buat apa yang dia buat kat kami tu.

Hidup berjiran ni kena lah saling hormat menghormati. Kalau sebelah pihak je yang selalu nak dihormati nak disanjung tinggi kau hidupla sorang-sorang dlam gua sana. Jangan bercampur dengan masyarakat. Kena ingat mati esok-esok jiran/orang lain jugak yang kena tolong uruskan kita. Bukan kita sendiri tetiba dibangunkan sekejap untuk mandi kapan n kebumi sdiri. Janganla suka sakitkan hati jiran walaupun dia senyap dan tak membalas tak bermakna dia tak ada hati dan perasaan. Kami doakan semoga kau dapat hidayah jiran. Amin.

– Jiran Teraniaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments