Kahwin Muda: Bahagia Atau Tidak?

Sekarang sudah jadi trend kahwin muda kononnya nak ada ikatan yang sah dari segi agama dan tak mahu bergelumang dalam maksiat. Betul aku tak kata kahwin muda ini salah tapi kebanyakan ia tindakan yang agak mementingkan diri juga dan boleh beri kesan pada pasangan lepas berkahwin nanti.

1. Ibu Bapa

Ibu bapa telah membesarkan kita dengan berkorban segalanya demi memastikan kita hidup dengan selesa, bayangkan ibu bapa anda hidup 20 tahun bersama anda lepas tu terpaksa melepaskan anda, mereka rasa tak puas sebenarnya hidup dengan anda, tambah tolak semua tu anda sebenarnya hanya menghabiskan beras ibu bapa tanpa memikir tentang perasaan tersembunyi mereka.

Ya, mereka tak akan tunjukkan perasaan itu, kerana mereka masih ‘berkorban’ untuk anda demi kebahagiaan anda. fikirkanlah

2. Darah Remaja

Adakah anda mempunyai memori zaman remaja anda, kegiatan semasa darah muda anda membuak2? rasanya yang kahwin awal pasti mempunyai limitasi memori zaman remaja, kerana telah mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menyara keluarga.

Ya, saya percaya setiap orang perlu ada memori semasa zaman remaja kerana itulah yang akan mengikat talian persahabatan sehingga keakhirnya, kalau dah kahwin, memori zaman remaja anda akan berubah 360 darjah, jangan disamakan dengan yang masih bujang.

3. Cinta berputik berkali-kali

yang ini memang tak dinafikan lagi, apabila anda tak menikmati zaman remaja anda untuk ‘testing’ cinta anda, lepas dah berkahwin mula lah timbul perasaan cinta terhadap lelaki/perempuan lain – ada yang lebih baik dari isteri anda, ya, perkara ini biasa terjadi malah statistik penceraian yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah, golongan yang kahwin muda mendominasi dalam senarai, tak sanggup berpoligami, tak sanggup ada yang ke dua, diceraikan yang pertama.

Maka, cinta ini tak pernah datang sekali sahaja, 3 sahabat aku berkahwin pada umur 21 semua mereka sudah bercerai dan berkahwin lain, peliknya mereka berkahwin selepas mereka berumur 28 tahun, katanya tak puas enjoy zaman muda- sungguh ironi kan.

Maka, aku tak pernah kata kahwin muda ini salah, tapi kalau anda memahami lumrah kehidupan dan fungsi garis masa kehidupan anda, sudah pasti anda akan bahagia, bab rezeki saya tak suka sentuh, sebab rezeki setiap orang berbeza, namun bagaimana kalau anda hendak dapat rezeki sedangkan diri anda dan pasangan tidak pernah merelakan fungsi garis masa ini bertindak.

Semua ini atas pilihan sendiri, bagi aku – kalau anda sudah mempunyai kemampuan tidak bermakna anda sudah bersedia, sanggup anda melepaskan perkara2 kehidpuan anda untuk berkomitmen terhadap keluarga? Kalau sudah bersedia bagus, kalau belum fikirkanlah.

Mengikut perkiraan aku ada 7 orang sahabat baik aku yang berkahwin pada umur 18-22 tahun, 6 daripadanya sudah bercerai dan menduda/janda sehingga umurnya 25 tahun sekarang. maka kahwin muda ini merupakan zaman transisi mereka ke alam dewasa. Menurut Elis Meyer – psikologi perkembangan transisi ke alam dewasa bermula pada umur 17-23 tahun maka zaman ini jiwa sedang bergelodak dan membuak.

Bersedia?

– Lekir Melekit

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit