Kalau Dah Bukan Jodoh

Salam sejahtera warga Malaysia sekalian,

Terima kasih diucapkan pada admin sekiranya confession ni disiarkan. Untuk intro, ak nie bukannya student UIA pun tapi memandangkan page ni lebih popular dan bukannya mengetengahkan masalah dari kalangan student saja, maka, adalah lebih baik aku berkongsi kat page nie hehe. Tujuan aku post kat sini pun moga2 ada lah sedikit sebanyak pengajaran dan ak tak tau pun ade pengajaran ke tak dan jiwa ak pun rasanya dah tak dapat membendung lagi kalau aku simpan lelama..harapnya lepas buat confession kat sini terasalah terlepas sikit bebannya. Ceritanya bermula begini, Kira2 tahun 2015.

Aku ada kenal ngan sorang minah nie, nama samarannya Alieyaa. Mulanya aku kenal dia nie dari group fb Kelab Cari Jodoh Malaysia lah, kononya kat sini la tempat nak cari jodoh yang halal buat diri..pft…aku pun mula2 sangka camtu lah, kemudian ak ternampak satu post dari sorang gadis ni, dok meroyan nak cari laki ntuk dijadikan suami dan nak serius terus. Aku add dia, chat2 sikit but sekejap je kitorang contact.

Sampailah dalam bulan Mei tahun lepas, ak contact dengan dia balik disebabkan asyik kecewa dengan percintaan sebelum2 tue, lantas ak pun tak terpikir panjang terus ak chat ngan dia, cakap nak serius dengan dia, dan nak jadikan dia sebagai pasangan halal macam tu lah..dan waktu tu dapat respons yang positif dari dy, siap cakap datang masa raya bawak mak kenal2, waktu tu ak pun cam percaya je dengan minah nie sampailah dia bagi nombo dy ntuk keep in touch.

Mula2 awal keep in touch tu, yang ak perasan dengan dia nie salu jugak dok request2 mintak belikan barang2 yang dia nak. Yang ak tak bole lupa barang first yang dia request suh belikan produk penjagaan dalaman wanita, sebab dia cakap dia ada ‘keputihan’ la pe la..ak pun mula2 tue cam xsedap jugak ade orang jenis camni..jenis yang nak amik kesempatan pun ade, tapi sebabkan dia nie duk pujuk2 and kata nak pulangkan duit aku, aku pun bank in lah ke akaun no dia, and so on..banyak la jugak barang2 yang dia dok request kat ak, anting2 la, baju, and even ak bagi duit belanja kat dia ni jgak. And plus, dia nie memang senang sangat bagi pic dy ‘
free hair’, biasanya sebelum tidur..hurmm

Daripada chat kat fb messenger, tukar ke wassap, and then lastly kat wechat je chat ngan minah nie. Aku penah tanya la kat Alieeya nie, ”friends kat fb ramai, followers smpai 2k lebih, tapi takde ke laki mana2 yang dok apporach awak’, dan dia cuma cakap dia takde rapat dengan mana2 pun laki, just ade kawan je.DIA sendiri yang cakap ye, bukan AKU. Tapi yang ak pelik, kat fb punyelah ramai laki dok komen2 love la, rindu awak la..ngayat dia la..ak pelik..and bila tibe tyme raya, nak dijadikan cerita ak tak berpeluang nak jumpa dengan dia disebabkan bos ak awal2 dah suruh ak standby keje masa raya ketiga.

Disebabkan aku tak berpeluang nak jumpa dia masa raya, maka aku ajaklah dia berjumpa, kononnya nak discuss more on our relationship, dan bincang la further nak hantaran kahwin berapa, and so on. Waktu tu dia lah yang beria bagi alasan, cakap jalan jem kat KL, befday masa Deepavali so mmg susah nak jumpa. Ak pun mengiakan jela cakap dia, kononnya boleh plan hari laen. Tapi yang malangnya, bile ak ajak jumpa tarikh lain pun,seribu satu alasan dia bagi, cakap dy sibuk nak pindah keje kat singapore la, tunggu masa bulan 11 pulak lah,,hurm..masa tu aku mula meragui pasal hubungan dia, but again, dia still yakinkan aku yang di selalu cakap jujur dengan aku dan tak pernah sembunyi apa pun.

Hinggalah pada suatu hari tu, aku msj ngan dy, bagitau yang aku ade treatment dan operation kat klinik swasta kat TTDI, KL. Selepas je buat treatment, besok pagi bergegas balik kampung sebab cuti hujung minggu. Masa tu dah perasan yang dy tue memang dah jarang mesej, mesej pun pendek pendek je. Suatu pagi ahad, ak pun memulakan mesej kepada dy, kalau nak tunggu dia mesej ak dulu memang tak pernah pun sebenarnya. Bila aku mesej je dia, tetibe mesej tu rejected sebab tak boleh sampai ke receiver.Berkali2 aku cuba dan aku pun dapat tahu yang dia tu sebenanrnya dah remove account wechat dia. Masa tu, aku agak panik dan macam2 kat fikiran aku tapi ak bersangka baik waktu tu, mungkin handset dy tengah ada masalah, masuk air mungkin. Cuba call no dia tapi, terus masuk voice mail je memanjang. Hurm, semacam dah rasa, bile aku tanya adik aku dia cakap mungkin handset tengah off and takde betri. Dah masuk beberapa hari tu, masih gagal nak hubungi dia. Aku tiba tiba teringat dia ada bagitahu kononnya facebook dia kena hack sebab aku tak boleh nak view profile dy. Aku lantas suruh adik aku cuba cari nama dia nie kat fb, Alieyaa Isabella. Maka terpampanglah nama dia, ade pulak profile dia ni..kata kena hack.Bila tahu je adik ak boleh view profile dy, ak dah tahu dah dia nie sebenarnya da plan nak ‘block’aku kat media sosial.Tanpa berlengah, aku search balik account dia kat instagram, dan ak dapati memang dia dah block aku. Waktu tu kecewa memang kecewa lah kan, tak pasti mengapa dia berbuat macam tue tapi hati aku kuat mengatakan dia dah ade lelaki lain.

Selang beberapa hari kemudian, satu2 rahsia pasal dia ni aku dapat tahu. Rupa-rupanya dia tu dah pun KAHWIN dengan laki lain.. kat caption insta dok tulis ‘majlis resepsi Siti K….dengan Yxxin . Dengan menggunakan kemahiran research aku,beserta stalking method yang canggih, terpampang2 lah muka dy yg tengah beseronok nak kahwin, kononnya dengan lelaki ‘terbaik’ buatnya.Dalam hati aku dok kata,’apalah malang sangat nasib laki kau dapat pompuan yang camni, kahwin ngan laki lain tapi gambar2 peribadi bersepah dalam gallery handset aku’. Ingatkan dah bagi gambar2 macam tue dah trust abis kat aku, tapi merisikokan diri kahwin dengan orang lain.Entahlah…mungkin itu lah yang disebutkan kalau dah takde jodoh..nasib baiklah ade family yang bagi nasihat kat aku..dia bukanlah yang terbaik buat kau…you have nothing to lose..Allah mengelakkan kau dari berjodoh dengan perempuan camtu,’kau boleh jumpe dengan perempuan yang lagi baik.. bila dengar dan hadam elok2, betul gak cakap dorang..setiap kata2 mereka aku jadikan sebagai pemujuk hati aku. Aku juga bersyukur sebab ak tak pernah jumpa pun dengan dia, so kecewa tu tak mendalam mana.

So right now, ak dah move on dah pun..lepas ak tulis confession harapnya hilanglah segala apa yang terpendam dalam hati aku nie. Kepada perempuan tu, aku fikir kau ade mak bapak je tak nak aibkan kau, kalau tak memang gambar dan video private kau ak sebar kat tmblr melayu..buat pelayar tegar tmblr faham fahamlah kan. So, buat semua gadis gadis yang di luar sana, kalau dah tahu diri tu takde jodoh dengan seseorang, just clear with him.Explain to him. Walaupun susah nak terima hakikat tapi lambat laun lelaki tu akan akui gak. Jangalah kau dok game laki tu, sampaikan hari kau nak kahwin tu boleh kau mesej2 dengan laki lain…ish3..dan kalau ikut daya firasat aku, mungkin bukan aku seorang yang terkena, ade laki2 laen yang tertipu. Kalau betul, You Are Welcome To The Club bro. Sekian.

Aku yang teraniaya,

Jose Mourinho

– Jose Mourinho

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit