Kau Tak Rasa

Sejak akhir-akhir ni, banyak isu mental health keluar. Dah lama ku peratikan komen-komen dalam post berkaitan, terutama yang bash confessor dalam krisis.

Pada golongan ini, aku nak bagitau:

Camni la, ni page confession. Dalam bahasa melayu nya pengakuan. Format page ni pun penuh kerahsiaan. Jadi, sapa-sapa je berhak nak buat pengakuan berahsia kat sini. Apa masalahnya kalau mereka tengah krisis ni luahkan di sini? Kau bukan bayar pun kan nak baca semua kat sini? Boleh je kau skip mana luahan kau tak gemar. Atau kau unfollow terus pun tak pe, takde yang kesah. Apa istimewa sangat kau sampai nak bagi arahan kat admin untuk filter luahan mereka? Abis tu, confession macam mana kau nak? Jenis yg sweet sawit, murni suci dan terharu biru je ka? Mereka yang dalam krisis ni, nak luah kat mana? Kau pikir, kalau mereka mampu nak luahkan kat tempat lain, mereka hadap nak tulis kat sini semata-mata?

Buka mata dan hati wahai basher sekalian
Mereka yang confess ni tengah serabut, tertekan, frust
Mereka rasa keseorangan dan tenggelam
Mereka mahu dibantu tapi tiada kekuatan
Mereka nak luahkan kepada orang sekeliling tapi mereka takut tidak diterima

Pilihan yang ada hanya di sini. Tempat yang aman untuk mereka luahkan apa sahaja. Yang mungkin jika diluahkan dalam realiti hidup mereka, tiada siapa peduli apatah lagi untuk memahami? Apa salahnya jika kita beri mereka ruang dan peluang di sini? Mungkin saja, ada dalam kalangan kita dapat membantu? Beri idea atau bimbingan.

KIta ada pilihan. Bersuara atau berdiam. Berdiam lah kalau kau tak ada perkara yang bermanfaat untuk dikongsikan. Diam dan lihat. Satu hari nanti, kau akan jumpa situasi serupa. Kalau bukan diri sendiri, mungkin mereka yang terdekat. Belajar untuk terima bermacam jenis manusia yang tak sama dengan jenis kau.

Kepada confessor yang telah di bash…atau bakal confessor berkaitan mental health:

Silakan. Sila luahkan di sini. Kau tak keseorangan, sebabnya ramai yang mengalami seperti yang kau rasa. Bezanya, mereka masih takut. Kau….seorang berani. Saat kau pilih untuk luahkan, sebab kau tahu, ada penyelesaiannya. Cuma saat ini kau belum nampak. Mungkin jua, ada komen yang dapat bantu kau. Kalau ada sesiapa tawarkan diri untuk bantu kau, terima lah. Mungkin ada jawapan di sana. Biarpun kau tanpanama, tidak mengapa. Asalkan kau usaha cari jawapan.

Aku sangat berharap, kau berhenti salahkan diri. Atas apa yang kau alami. Ia bersebab. Kau cari punca mengapa. Mungkin dari fisiologi, mungkin jua dari persekitaran. Kau perlu belajar tentang siapa diri kau. Kenalpasti jenis personaliti kau. Google mana-mana ujian personaliti. Fahami jenis rekaan diri kau yang Allah SWT ciptakan khas untuk kau. Kau akan lebih faham perasaan kau sendiri. Kau unik sebenarnya. Sebab itu kau rasa keseorangan. Mungkin saja kau ada anugerah yang kau tak fahami. Belajar tentang anugerah kau itu. Itu yang kau perlu.

– Intuitive Empath Healer (IEH)

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit