Kawan

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat semua yang membaca. Terima kasih aku ucapkan kepada admin sebab dah siar confession aku ni walaupun aku ni bukan pelajar u ni. Okey lah aku cuba nak pendekkan cerita ni semampu yang boleh. Umur aku 20. Berasal daripada selatan tanah air dan belajar kat uni awam kat area pantai timur. Aku daripada sekolah rendah memang tak ramai kawan sebab aku ni senang kena buli masa sekolah rendah. Kalau kat tempat aku diorang panggil ‘gembeng’. Masuk sekolah menengah form 1 aku mula rasa macam famous gila sebab daripada budak form 1 sampai senior form 5 ada yang kenal aku walaupun tak semua. Tapi semua tu sekejap je sebab form 2 aku pindah sekolah baru.

Masuk sekolah baru aku takde kenal walaupun sorang and disebabkan aku ni cemerlang lah kononnya masa upsr dulu aku dapat masuk kelas depan. Almaklum lah bila kelas depan ni budak lelaki tak ramai dan probablity nak berkawan tu pun susah (btw aku ni lelaki) sebab mostly akan ada yang berkawan daripada sekolah rendah dan sampailah budak laki kelas aku tu jadi 4 orang termasuk aku disebabkan ada yang kena pindah kelas, pindah sekolah dan sebagainya. Tapi bila aku masuk form 3 aku macam happy lah sikit sebab budak laki ramai yang kena masuk kelas aku daripada kelas lain. Masa tu lah aku kenal dengan member baik aku sekarang ni walaupun jarang jumpa. Kitorang selalu lepak sesama lepas habis sekolah sebab salah sorang member aku ni dulu rumah dia sebelah pagar sekolah je. (takde lah sebelah betul cuma hiperbola je) dan dipendekkan cerita kitorang bertiga ni berpecah kelas lepas pmr sebab aku dapat kelas aliran sains yang sorang tu (yang rumah dia dekat dengan sekolah tu) dapat aliran sains teknikal dan sorang lagi yang memang rapat gila dengan aku dapat sains sukan sebab dia memang atlet sekolah pun tapi kitorang tetap jugak lepak sesama walaupun tak sekerap dulu.

Dipendekkan cerita lagi lepas spm kitorang dah jarang lepak sebab member aku yang rumah dekat dengan sekolah tu pun dah pindah dan member aku sorang lagi tu pun kerja sebab dia tak minat nak sambung belajar dan aku pun sambung belajar jauh amek diploma. Uni tempat aku belajar ni pun takde sorang pun yang aku kenal so basiccally aku start from the bottom balik. Tapi entah kenapa aku rasa macam aku susah nak ngam dengan budak batch aku so aku decide untuk buat hal aku sendiri and aku cuba untuk bergaul dengan budak degree sampai satu tahap bila aku rasa lebih selesa dengan diorang berbanding budak diploma batch aku. Tapi side effect dia aku jadi terasing dgn diorang walaupun pada hakikatnya pergi kelas sesama duduk bilik sesama. Apa program yang budak batch aku buat aku tak join sebab aku rasa aku tak layak untuk duduk sekali dengan diorang and pemikiran aku tak sama dengan diorang. Jangan salah faham aku bukan tak suka berkawan cuma aku susah nak rapat dengan diorang dan perkara ni berterusan sampai lah aku dah habis diploma.

Aku pun mula berfikir yang bila aku sambung degree nanti aku taknak apa yang aku alami masa diploma jadi masa aku degree. Tapi aku silap. Aku masih lagi susah nak ngam dengan budak kos aku jadi aku pun kembali buat hal aku sendiri. Lama kelamaan aku dah terbiasa jadi mana mana aku pergi, apa benda aku buat mostly aku buat sorang. Tapi jauh di lubuk hati aku ni aku rindu nak ada member yang boleh lepak macam masa kat sekolah dulu. Bila aku balik cuti sem pun aku cuma duduk rumah je sebab aku takde sape nak ajak lepak luangkan masa sesama sebab member baik aku pun kerja dan sorang lagi duduk jauh. Yelah takkan nak suruh dia datang semata mata nak ajak lepak je kan? Kadang kadang aku cemburu bila aku skrol kat fb atau instagram ada gambar ramai ramai dengan caption ‘since 2011 until now’ atau pun ‘frienship goals’ etc. Aku nak rasa pengalaman tu tapi aku tak tahu macam mana. Mungkin sebab aku dah terlalu selesa dengan diri aku sendiri agaknya sampai aku terlupa macam mana nak berkawan.

Okey lah aku rasa aku dah cerita panjang lebar dah kot. Apa yang aku cuba sampaikan ni adalah jagalah persahabatan korang sementara korang boleh walaupun korang gaduh macam mana sekalipun. Jangan jadi macam aku sebab bila sekali kau dah terbiasa ‘alone’, kau takkan boleh keluar daripada ‘loneliness’ tu.

Sekali lagi maaf kalau cerita aku ni membosankan. Aku cerita kat sini sebab aku tak tahu nak cerita sape. Assalamualaikum

~Loner

– Loner

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit