Kawan Aku Ni Manja Atau Pelik?

Assalamualaikum. First thing first, terima kasih kepada admin kerana sudi post tentang cerita yang aku nak sampaikan.

Cerita ni bukan aku nak buka aib sesiapa tetapi sekadar ingin berkongsi bahawa masalah ini memang terjadi dalam kehidupan kita and aku cuma mahukan pandangan dan nasihat netizen tentang masalah ini sama ada hal ini normal berlaku dikalangan perempuan ataupun tidak.

Nama aku Ika (bukan nama sebenar) aku nak cerita tentang seorang housemate aku ni. Pada awal sem 4 yang lepas kami menerima 2 orang housemate baru iaitu aku gelarkan A dan Sasha. Rumah kita orang ada 6 orang lah kesemuanya termasuk si A dan Sasha ni.

Pada awal sem memang 2 orang budak ni tak reti nk socialize langsung tapi yang si A ni ada la jugak usaha dia yang aku nampak untuk berkawan dengan kita orang satu rumah ni tapi masalah dia yang si Sasha ni memang payah betul dia nak keluar dari bilik dengan muka masam dia tu. Terperap jelah dalam bilik dia tu buat apa pun aku tak tahu.

Oh ya kalau nak tau Sasha ni dgn A dia mmg rapat. Roommate dialah. A ni pulak jenis perempuan yang “lantak pi lahhh ada aku kisah?” pastu A ni roommate Sasha since sem sebelum ni lagi. A kata, Sasha tak pernah tunjuk perangai dia yg gedik semua ni. A pulak jenis yang malas nak kisah tentang Sasha. Tapi ada satu hari, Sasha ni macam terasa dengan A, tak nak cakap apa bagai. Aku ada tanyalah kenapa Sasha ni tak nak try bercakap dgn A sbb aku tgok A ni okay je bergaul dgn housemate lain. Sasha cakap dia sebenarnya rindu nak lepak sama sama dgn A macam sem sebelum ni. Before this pun Sasha dgn A asyik berkepit berdua. Lepas je sem ni diorg berdua masuk rumah aku, A ni mula lah bergaul dgn housemate lain. Sasha juga cakap yang A ni bila dah jumpa kawan baru, dia tinggalkan si Sasha ni.

Aku pun tanya lah A kenapa dia mcm tu? A pulak cakap “dah tu kalau aku duduk dlm bilik berdua pun tak bercakap and dia pun tak nak bercakap takkan lah aku nk duduk je dlm bilik tu? Rumah ni ada 6 org takkan aku nk hidup bergaul berdua je dengan dia? Lagi satu, aku tak boleh terima lah perangai dia yang manja gedik tu. Dia bukan Sasha yang aku kenal dlu. Dia dah lain. Aku susah nk terima dia”

Jadi kami satu rumah try la untuk berkawan dengan dia dah dia tak nk keluar bilik sangat so kami terpaksa la masuk bilik dia try untuk berkawan. Fast forward, Sasha dah tak macam dulu. Ada juga keluar bilik berkawan dengan kita orang satu rumah at first memang aku happy yelah dapat kawan baru kan tapi baru aku nampak perangai Sasha yang sebenar yang aku sendiri pun rasa seram. Sasha ni aku tak tahu la nak panggil lesbian ke bisexual. Nak kata lesbian tapi dia ada je bf maybe bisexual kot. So cerita dia macam ni si Sasha ni ada satu perangai dia yang satu hosemate rasa geli jijik semua la. Perangai manja dia yang berlebihan. Berlebihan ni bukan manja yang korang tahu tu okay, ni manja tahap jijik kuasa 10 juta kau tau. Manja dia yang suka berdua baring atas katil dengan aku tetiba peluk, aku main telinga, rambut aku gesel kepala dia dekat aku dalam gelap2 kau rasa?? Bila aku tanya kenapa kau ni manja sangat, Sasha kata yang aku ni mcm adik lelaki yang dia rapat. Adik lelaki dia tu beza setahun je dengan dia. Aku tak tahulah dia dengan adik lelaki dia manja gedik2 mcm dia bermanja dengan aku tapi sumpah aku cakap, sangat jijik.

So bila A mula berkawan dengan housemate yang lain, aku pun trylah bergaul dengan Sasha dan aku tak sangka, kami berdua jadi mcm ni sampaikan satu tahap dimana kami berdua digelarkan lesbian oleh housemates lain which AKU SANGAT TAK SUKA SEBAB AKU TAK ADA PERASAAN PUN KAT PEREMPUAN. Aku layan dia macam biasa, aku ni jenis susah sikit kalau nak marah. Housemates aku dah penat marah aku supaya aku try jadi garang sikit. Disebabkan aku terlalu menjaga hati, aku terima jelah Sasha bermanja gedik dengan aku. Tapi dalam hati, aku tak nak.

Okay maybe memang sifat semula jadi wanita sendiri yang suka dibelai dan dimanja. Okay at first aku pun fikir macam tu aku pun layankan jelah perangai dia tu. Tapi yang peliknya dia manja dengan aku sorang je housemate yang lain tak pun dia nk bermanja. Sampai satu tahap semua housemate aku tegur apa aku buat dengan dia dalam gelap tu. Malu weh. Lepas housemate aku tegur aku pasal asyik berdua duaan dalam bilik tu dalam gelap aku try untuk jauhkan diri daripada Sasha.

Kalau korang nak tahu Sasha ni dia berambut pendek and physically nampak mcm tomboylah tapi perangai dia manjanya dia tak sama mcm rupa tomboy dia tu. Aku pernahlah juga tanya housemate dia last sem, perangai Sasha ni mmg mcm ni ke dulu? Pastu housemate dia cakap “ntahlah, apa yang aku tahu, dia ni dulu mcm brutal sikit, tak ada gedik manja tapi sem kali ni boleh nampaklah dia dah berubah” sasha ni bila dia cakap dengan aku, suara dia mcm manja macam bahasa rempit. Contoh “ohh yekeww hekhek jangan larh wat gituu..” kau boleh bayangkan tak suara macam tu tapi muka tomboy? Tak ke seriau bila dengar?!?! lepastu A pun ada cakap even dia ada boyfriend pun mungkinlah dalam 0.000000000001% Sasha ni ada perasaan as in sayang….dekat aku. WEH!!! AKU TAKUT NI.

Pastu, Sasha pulak asyik merajuk dengan aku sebab aku macam dah tak layan dia mana taknya aku pun penat layan perangai dia. Pernah ada sekali kita orang satu rumah keluar pergi makan malam then aku tak duduk sebelah dia pun boleh dia merajuk dengan aku satu hari tu. Even bila aku tak jalan dengan dia dekat jalan raya tu pun dia nk merajuk. Bila aku lebihkan masa aku dengan housemate yang lain pun dia boleh merajuk. Dia fikir aku ni apa sepanjang masa nak layan perangai dia yang tak matang tu. Lepastu kalau aku layan, dia punya manja dia lain macam and housemate lain pun macam pandang jijik dekat aku. Aku dah cuba nak jauhkan diri dan aku cuba untuk kurang layan dia tapi, yang paling aku tak suka, Sasha ni akan buat muka dekat aku and dekat housemate lain. Kiranya dia macam merajuklah and disebabkan dia merajuk, satu rumah macam takut nak tegur dia. So housemates lain pun suruhlah aku untuk pujuk Sasha.

So sekarang ni korang boleh tak bagi pandangan and bantu aku pasal benda ni? Sebab aku kena hadap dgn Sasha ini untuk sem depan.

– Ika

– Ika

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit