Kawan Aku Unik

Nama aku Salbiah. Aku nak kongsi cerita tentang kawan aku. Nama dia Markona a.k.a konah. Aku mula kenal dia masa orentasi tempat aku belajar dulu. Aku mula perasan kewujudan dia time hari pertama orentasi. Pegawai tengah bagi taklimah dia dok membuta sebelah aku. jenuh abg gn akk fasi kejut dia slumber membuta tanpa rasa bersalah. Yang pelik time out door game dia punya gigal (macam beruk dapat pisang). Tapi bila in door aktiviti dia pasif & tidur. Walaupun bukan selalu dapat duduk dengan dia tapi aku melilau cari dia sbb aku fun dgn perangai pelik dia.

Ada game yang kena pakai tag nama saiz A4. Orang lain pakai pen je tulis tapi dia pakai makerpen warna-warna. Dia seorang je yang pelik time tu. Bila time makan lagi pelik. Dia just ambk ayam/ ikan kuah dia mesti air sirap. Selama seminggu camtu cara dia makan. Lagi best bila meja penuh dia slumber makan berdiri. Cara dia makan menggambarkan sedapnya makan tu tapi bagi aku tak sesedap mak masak. Time tu tmpat aku belajar tak dapat jangka ramai yang mai daftar. Jadinya persiapan tak mencukupi.

Bila time solat dia solat, time ceramah dia dok membuta. Dia sorok belakang orang yang lebih besar dari dia. Aku makin suka dengan dia sbb bila dia tidur dia bersungguh-sungguh tidur. Pakaian dia old school. Dia pernah kena tegur pakai selipar tak pakai stokin. Esok dia pakai kasut sukan terus. Akak fasi yang tegur dia geleng kepala je dengan perangai dia. Aku gambarkan dia happy go lucky je. Bila habis minggu orentasi ingatkan dah tak jumpa dah.

Takdir tuhan dia sekelas dengan aku. Bila pensyarah minta perkenalkan diri baru aku tahu nama sebenar dia. Makna nama dia Cahaya Mutiara Yang Mulia. Tapi aku pelik kenapa dia guna nama Konah. Pelahan-lahan aku rapat dengan dia. Lurus gak konah ni. Lurus bab kasih sayang. Kalau orang tak kenal dia. Orang keliling akan anggap dia Lesbian. Cara dia kasihkan kawan-kawan dia lain dari yang lain. Kisah pahit dia bermula masa kami semester 2. Dia makin pelik bila cakap dengan dinding. Berjalan pon cakap sesorang. Mula ketara bila dia histeria. 3 blok boleh dengar suara dia. Aku tak jauh dari rumah dia lagi jelas dengar. Esok time dalam kelas kecoh dia histeria. Aku tak sedap hati aku pergi ziarah dia. Muka dia jelas kelihatan lesu dan tak bermaya. Tapi dia tetap senyum. Soalan dia buat aku terdiam. “mesti kau pon ingat aku gilakan?”. Aku pilih terus membisu dan aku peluk dia. Basah bahu aku dengan air mata dia. “Aku cuma tak nak benda tu kacau aku dengan kawan yang lain”. Sebulan lps kejadian pertma dia kena histeria lg. Kali ni mmg teruk sampaikan dia lemah tak berdaya bila aku jumpa dia. Lepas dapat nasihat Pengurusan, family dia mai ambil dia tuk rawatan. Seminggu dia dicuti kan. Lepas dia balik cuti, dia dipindahkan ke rumah lain. Dia dah mula berubah. Pola pemakanan dia juga berubah. Makin susut badan dia tapi dia mai kelas dia tetap senyum macam tak ada apa-apa berlaku. Dia lebih menyendiri dan paling aku kagum dengan dia. Solat tak tinggal. Nama dia jadi sebutan kat tempat aku belajar. Sampai ada yang takut nak lalu sebelah dia. Fitnah pasal dia berleluasa. Tapi dia tetap tabah menghadapi situasi yang mana kalau aku ditempat dia aku terduduk.

Satu hari dia mesej aku soh singgah umah dia sebab dia tak dapat pergi kuliah. Aku lambat sampai sebab aku kena jumpa pensyarah. Rumah dia gan aku beza setingkat je. Aku singgah bilik dia tengok dia tengah berdoa. Mengalir air mata aku mendengar kata-kata dia “Ya Allah hanya padaMu aku memohon. Kau memberi aku ujian padaku. Aku hanya hambaMu yang lemah. Berikan aku petunjuk untuk ujianMu ini. Kau ambil mereka setelah aku mula mengenali Engkau dengan lebih mendalam. Satu pintaku, gantikan tempat mereka dengan insan yang membimbing aku menuju ke jalanMu. Sesungguhnya Dikaulah Maha Penyayang lagi Maha mengasihani”. Usai doa aku pntas memeluk dia dari belakang. “Kona aku bukan kawan yang sempurna, aku juga bukan yang terbaik untuk kau tapi selagi mana aku bernafas aku tetap disisi kau. Bersma-sama kau aku harungi hari-hari mendatang”. Dia senyum dan balas pelukan aku.

Awal semester 3 dia dapat result bwah pointer. Dia sayu sangat bila tengok slip. Aku sembunyikan slip aku untuk menjaga perasaan dia. Dia nak berhenti tapi mak dia cakap “Kau nak belajar mak sanggup tanggung tapi belajar jangan main-main”. Kisah pahit dia seakan lenyap bila dia bangkit dalam persatuan. Ramai yang menolak atas kebangkitan dia. Tapi dia tetap dia. Dalam kelas pensyarah aku slalu bagi kata-kata semangat “Yang dibwah pointer 2.00 buat ulang kaji, bukti pada semua awk bukan seperti yang disangka”. Dia ambil kata-kata tu sebagai pembakar semangat dia. Sejak tu dia betul-betul berubah. Dia dah ada kawan yang betul-betul bersusah senang dengan dia. Bila kami bertemu dia tak pernah lepas dari mengusik aku. Dia wakil IPT untuk persatuan dia. Bila time belajar dia betul-betul belajar. Sampai tiba masa result keluar untuk semester 3. Result dia dari 1.94 melonjak 3.18. Dia lompat depan semua dalam dewan. Dia terus pergi kewangan dengan aku untuk stell hutang. Dia buat rayuan untuk bayaran ansuran. Mujur ada pensyarah yang sudi bantu dia dalam proses pembelajaran. Seiring dengan itu dahulu nama dia terkenal dengan budak gila berubah menjadi pemimpin organisasi yang disegani.

Panggilan Kona tu untuk member dia benar-benar bersusah senang dengan dia. Sejak peristiwa hitam tu nama dia terus disebut dalam bidang persatuan dia ceburi. Kona yang aku kenal masih humblee dan gila-gila. Paling aku tak boleh lupa dia slumber tulis kat kad outing “Jalan-jalan cari makan, Go to heaven, Sarawak dan macam-macam di tulis. Makcik & Pakcik gurd dia hormat macam mak ayah dia. Ajaibnya dia tak pernah kantoi Fly. Paling best dia sengih je lepas masuk or keluar. Aku pelik dengan dia ni. Apa saka dia pakai?. Dia ni selalu keluar masuk hospital. Kalau tak patah tangan or kaki mesti leher. Dia suka tipu orang cakap dia jatuh padahal dia tolong orang sampai cedera kadang-kadang. Depan mata aku time dia lintas jalan tak tengok kiri kanan. Dumm kereta terbabas. Dia tergolek tepi jalan. Aku berlari dapatkan dia. Dalam dakapan dia ada sekor kucing bunting. Dia opkus calar balar. Aku marah dia tapi dia melawan. Kucing kalau tahu lintas jalan tak denya kes langgar kucing wei. Aku balas apa beza kau gan kucing nih?.

Lagi satu sepanjang aku kenal dia. Bila mak dia bankin duit. Dia jalan kaki g bank. Jarak 2km kot. Pastu dia relax je jalan kaki. Sebulan sekali mesti dia pergi. Aku pernah tanya kenapa kau tak naik bus. Dia cakap Mak dia selalu beri barang kat masjid jamek ke Sogo Kl jalan kaki. peh! gila betul kawan aku sorang nih. Lagi tak boleh bla. Bila kami g program dia mesti tidur dengan cermin mata dia. Bila aku larang dia cakap nanti dalam mimpi dia tak nampak. Sma gak time Solat dia mesti pakai cermin mata. Jawapan dia nanti dia lupa surah. Walaupun dia cam gegila perangai dia. Aku pernah buka dompet dia tak de duit tapi ada kupu-kupu mati. Dia jawab memang saja dia letak kupu-kupu sbb kalau hilang orang yang berniat nak ambil akn sesal seumur hidup. Dalam pemerhatian aku, walau kadang kala hanya kupu-kupu mati yang ada. Dia tak pernah putus bekalan makanan. Ada je yang bwa dia makan. Tak pon tetiba je dia kunyah makan. Mybe sbb dia tak pernah berkira bab makan dengan member dia. Bab makan dia paling tak kedekut. Duit dia banyak habis kat makan je.

kasih pada sahabat dia tak tertanding. Siapa pun sakit dia mesti tolong. Pernah aku demam panas. Dia lah yang bersusah payah sampai aku sembuh. Paling best dia ramas daun bunga raya. Lendir daun tu dia boh kat kepala aku. Sejuk wei. Ada masa Sukan Fakulti budak tengah lari pengsan. Laju gila dia lari pergi kat budak tuh. Dia pikul budak tu ke tempat redup. Ada lagi Masa sukan antara Blok perempuan. Budak pengsan dia berlari usung kain batik gan batang kayu. Dia gan geng persatuan dia sekejap je buat rawatan kecemasan. Ada lagi Member dia sebelah blok call pukul 2.30 pagi. Dia berlari bawa garam g lumur kat badan mmber dia. Dia tak lokek dalam bantu orang.

lagi unik bila orang konvo rai bersama family dia relax je. Kebetulan seminggu lps dia konvo dia wakil IPT untuk pentauliahan dan pertandingan. Jadinya time dinner dia pakai baju kurung raya yang mak dia bagi gan tudung hitam dia pinjam junior dia yang dalam latihan tuh. Naik moto Abg senior dia g dinner kat hotel. Punyala Mawi nanyi sebelah dia dengan tak de perasaan dia makan tak henti. Malam tu dia sempat g tgk movie gn junior dia. Sebab dia dalam pusat latihan, Pagi-pagi mak dia mai tapi dia g kuar makan je. Dia suruh mak dia g dewan dengan family lain. Dia dengan jubah konvo naik trak 3 tan gan junior-junior dia yang kawad kwalan. Orang lain berpayah jalan kaki nak masuk dewan dia relax terjun dari trak 3 tan. Jalan selamba masuk dewan. Time nama dia disebut mak dia berdiri. Bila dia jalan nak g tempt duduk mak dia bagi bunga. Dia satu-satunya graduan yang bwa skroll bersma bunga dalam dewan. Akhirnya kona yang aku kenal dulu menjadi wanita pertama dalam pucuk kepimpinan. Kisah pahit dia seolah lenyap setelah kemunculan & kehebatan dia dalam organisasi malah hampir seluruh warga IPT mengenali dia.

Aku cerita bukan kerna dia kwan aku tp sebab semangat dia yang kental. Bagi dia tak de yang mustahil dalam dunia. Kalau ada di kalangan anda y mengenali dia. Bahagialah kerna anda pernh sebahagian dari kisah dia.

– salbiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit