Kawan Jenis Berkira

Assalamualaikum & Hai.

Tujuan aku tulis dekat sini, bukanlah nak point kat sesiapa. Semuanya based on apa yang hari-hari aku lalui and sebagai peringatan antara satu sama lain. Aku cuma nak highlightkan etika kita berkomunikasi sesama member. Tak kira la member rapat ke tak rapat ke…..cuma kena ingat semua orang ada sense of sensitivity. Cuma cara sensitif memasing tu yang berbeza. Jangan sebab kita ni kental sangat, mulut pungpang sampai lupa yang orang lain terasa. Yang terasa tu pun jangan over sangat. Ko punya terasa tu pun kena relevan jugak lah takkan benda kecik nak diperbesarkan macam budak-budak.

Like seriously, aku memang tak paham jenis orang yang memang takde common sense langsung ni. Nak kata aku perfect, idak jugak lah. Aku tahu aku buat silap jugak. Okay cerita sekarang, aku seorang pelajar ijazah di sebuah universiti kerajaan and bawa kereta. Kereta yang ada tu pun aku guna betul-betul untuk keperluan assignment n sebagainya. Mak ayah aku pun bagi of course bukan untuk pergi menjoli. Aku mmg tak kisah if orang minta tolong hantarkan pegi mana-mana. Sebab aku tahu, kalau aku kat tempat dia pon aku akan buat benda yang sama. And ada rasa terharu jugak lah dengan orang yang mintak tolong ni sebab mungkin dia lebih selesa mintak tolong dengan kita instead of kawan-kawan lain yang juga ada kereta. Tak gitu?

Tentang minyak? Hmm terlampau cliche nak cerita. Korang dah besar pandai-pandai lah nak appreciate pertolongan orang tu mcm mana kan. Nak bayar minyak ke, nak lanje makan ke….Yang aku kisah sekarang pasal orang ambil kesempatan bila member ada kereta. Nak nak jenis yang food hunting + kaki berjalan. Dok ngidam nak makan itu, makan ini. Kejap-kejap “aku teringin makan ini laa.” Pastu google “tempat makan best di bla…bla..bla…”, “kedai hipster di bla…..bla…bla…” pastu dengan muka tak malu ajak member, “wei jom pegi sini”, “wei jom try ni”. Aku kalau sekali sekala tak kisah jugak. Ni tiap-tiap minggu, lunch hari2 nak kat luar taknak kat kafe kolej. Like watde……….??!! Ko ingat ko bos aku nak drive kan hari2? Muka aku ni memang ada cop duit ke semedang je nak makan tempat memahal?

Yang aku perasan setiap kali geng-geng kawan aku sorang ni (mari kita namakan dia Miss Y) yang ada kereta semua balik, dia mula tak keruan. Aku pulak memang jarang gila balik sebab rumah agak jauh + aku memang suka duduk bilik je, keluar pun kalau ada hal-hal penting. Memang tak boleh bla Miss Y boleh pulak sampai whatsapp tanya aku “minggu ni buat apa Fiza? (bukan nama sebenar) jom pegi bla…bla..blaa” Dalam hati aku, kau sedar tak yang kau tumpang kereta orang? Boleh tak ada common sense sikit bila mengajak tu? Dah lah kelas pun lelain. Jumpa pun dah jarang. Tup tup mesej tetiba nak ngajak sana sini. Ni dengan muka selamberrrr je. Tapi kadang-kadang aku memang dah boleh agak. Bila dia keseorangan aku lari ikot member lain balik kampung. Pastu mulalah dia cari aku. Kahkahkahkah.

Aku time tak bawak kereta dulu nak ajak orang naik kereta punya lah ketat mulut, malu gila nak mintak. Dia memang selamba badak. Benda ni bukan sekali kot sebab aku pernah jadi roomate Miss Y ni satu sem. Sekarang aku memang bersyukur tahap tak boleh nak bincang sebab tak sebilik dengan Miss Y ni lagi. Oh ya, disebabkan aku ni ada kereta & memudahkan lagi urusan dia nak bergerak. Dia pernah desak aku pergi tengok wayang cerita baru keluar. Korang tahu kan movie yang baru keluar berapa RM??! Time tu aku memang sengkek gila and siap bagitahu lagi yang aku malas. Tapi dia boleh buat dekk je bising-bising nak keluar jugak even aku dah terkeluar aku punya reaksi marah.

Aku ni jenis pendam memanjang yang keluar pun reaksi tak suka sebab aku tahu, sekali kalau aku sound mmg tak bertegur lagi dah lepas tu. Sebab tu aku malas. Aku tahu dia mmg paham dengan reaksi tak senang aku tu tapi kalau dah manusia yang memang takde common sense langsung tu engko ingat dia nak kisah??

Benda bukan aku sorang je yang terkena. Member aku, Rita (bukan nama sebenar) pun terkena jugak. Kiteorang sesama share ketidakpuashatian masing-masing bila dah realized terkena dengan dia. Ada satu malam tu, Miss Y macam biasa dah dok plan dari semalam yang malam ni nak dinner ape…nak makan bla…bla..bla…Yang Rita ni pulak takde rasa nak makan sebab duit dekat ATM tak keluar lagi, tambah-tambah lagi dia baru keluar kereta baru so nak berjimat jugak lah. Pastu Miss Y apa lagi lah. Push gegila ajak pegi makan. Kalau belanja takpe. At least nak ajak pun, elok-elok okay jugak lah. Ni cuba korang bayangkan jenis yang mulut lancang pastu bising2 tu? Kau dah kenapa?!.

Satu lagi tak menahan bila aku dengar orang cerita yang Miss Y ni sanggup start enjin kereta member, semata-mata nak pegi pejabat kolej yang tak sampai 5 minit pun dari blok kteorang. Aku pun like what?!!! Dia start kereta orang pastu suruh tuan kereta tu bawa okayyyy. Yang aku pun tak paham dorang pun boleh layankan aje perangainya. Untuk aku yang dah satu sem sebilik and kena dengan dia memang tak kuasa lah nak melayan. And ada satu masa lagi time semua orang tengah meeting, Miss Y and sorang lagi unit jawatankuasa tak sampai-sampai. Korang tahu pergi mana? Pergi singgah makan kek kat Secret Recipe sebab Miss Y ni ngidam sangat. Oh mai……yang ngidam tu pulak bukan si driver kereta. Si Miss Y!! Kau tahu tak kau tu setiausaha program kena catat semua benda time meeting? Kena update dekat penasihat. Boleh pulak tak datanggg

Okaylah sampai sini je cerita aku. Sebenarnya banyak lagi. Untuk semua, satu je aku nak sampaikan. Kita sebagai penumpang ni jaga lah adab sikit. Unless kalau tuan kereta tu yang ajak, tak kisahlah. Fikirkan jugak orang lain pun ada duit untuk uruskan hal lain. Minyak, road tax, nak kejar asgsignment tu tak kira lagi. To Miss Y, bukan nak cakap ape. Tapi kalau dah takde kereta, buat-buat la cara takde kereta. Jangan gunakan orang lain untuk kepuashatian and kesenangan diri. Minta maaf bagi alasan banyak assignment & kerja tiap kali ajak makan sama sebab daripada aku tak ikhlas layan kau, better aku tak pergi. Cepat-cepat lah ambil lesen. Lepastu bawa kiteorang yang kau guna ni pergi food hunting sekali. Budi bahasa nak mengajak orang pun kena lah betul coz nak pergi naik kereta orang kan? and remember “Common sense is genius dressed in its working clothes”.

Sekian.

– Miss Makan Hati

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit