Kejutan Di Universiti

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum kepada semua yang sedang membaca.

Disebabkan saya tak boleh nak lelapkan mata waktu sekarang ni, saya terdetik niat nak confess sesuatu yg agak lama terpendam. Sebelum saya teruskan bercerita, saya nak tanya pernah tak korang rasa ‘bersendirian’?

Maksudnya macam yela korang ada ramai kawan baik, family tapi tetap juga bukan diorang tempat korang luahkan everythings? Pernah rasa tak? Walapun korang ada ramai kenalan rapat, tetap juga segala yg korang hadapi tu rasa hadapi seorang diri. Dan tentula hanya pada Allah korang bergantung, berdoa..

K tu cuma mukadimah je la..
Yang sebenarnya, hmmm nk kongsi perasaan sebagai seorang pelajar. Pelajar universiti! Berbeza kan alam persekolahan dengan alam universiti. Sangat berbeza. Tambah2 benda paling takut nak hadap bila standby nak dapat result every sem. Gempak ke teruk ke ape ke.. pada saat ni Allah je tahu betapa takutnya perasaan tu, boleh dikira makan tak lalu tidur tak lena. Macam sekarang ni saya tak boleh tidur pon, entah apa yg di fikirkan mungkin sebab takut benda yang sama kot!.

Cuba korang bayangkan, tengah standby siap sedia nak tidur, at one time, phone korang bunyi. Bunyi notify dari whatsapp! Dan hati korang macam hmm buka la jap nak tengok ape yg masuk. Dan tetiba mata tu terstatik kat group ws kelas.. ya Allah tak ke rasa berderau darah. Bila nampak nombor lecturer pulak tu masuk pukul 1 pagi. Pelik! Tak pernah2 lecturer ws pukul 1 pagi.. sebelom.buka tu hati dah tak sedap..

Dan gagahi juga buka, dan baca. Ya Allah tak pernah sangka, dalam.proses tunggu result sem keluar, a.k.a sekarang tgh cuti sem la kan. Lecturer ws keputusan certain subject, but then dia tak mention pon berapa markah or gred korang dapat. Just mention nama2 high score. Dan paling sedih nama korang tak d mention. Tapi ni takdir Allah kan, rezeki masing2. Yang penting jangan pernah berputus asa untuk terua berdoa yg terbaik daripada Allah. Allah Maha Berkuasa, Allah Maha Pemurah..

Ok, tak kisah la macam mana pon . Kepandaian setiap orang berbeza beza kan.. yang penting kita tahu kita dah cuba yang terbaik. Saya sebagai seorang pelajar yg baru nk berjinak jinak dalam alam.universiti ni just terkejut. Kuasa lecturer! Takde sapa boleh lawan. Tapi semuanya akan berbalik pada kuasa Allah la kan.. ya Allah pada saat ni, cuti yg berbaki lagi seminggu, sumpah tak tenang gila hati bila.dapar perkhabaran macam tu..

Semoga korang yg ada perasaan yang sama sentiasa dalam.keadaan yg tenang. Yang penting jangan pernah salah anggap dengan takdir Allah. Pada yang baru masuk alam universiti, pastikan segala mental fizikal dah stand by siap2 untuk hadapi.segalanya! Termasuk la.diriku yang baru nak berjinak. Pada saat macam ni, moment jatuh bangun masa zaman persekolah bermain main di fikiran, alangkah indah kalau zaman sekolah dapat di kembalikan..

Hmm sekian,
Anna.

– Anna

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit