Kem Yang Berpenunggu

Assalammualaikum semua pembaca iiumc.
Semoga kalian sentiasa ceria selalu.

Okay hari ni aku nak share cerita yang genre seram yang berlaku di sebuah kem yang aku pernah menginap dahulu kala. kalau cerita ni kurang menarik dan terlalu panjang, aku minta maaf ye.

Alright so straight to the point.
perkara ni berlaku masa aku jadi cikgu praktikal selama beberapa bulan di sebuah sekolah agama. Ok waktu ni kebetulan sekolah dah nak dekat exam percubaan bagi budak form 5. So sekolah pun mengadakan sebuah seminar di sebuah kem yang terletak berhampiran di tepi pantai gitu. Huhu. Aku sebagai seorang guru sangatlah excited sebab aku pun turut dapat menikmati alam disamping melayan karenah pelajar aku. Huhu.

So tibalah hari nak bertolak bawa student pergi ke kem tersebut. kami semua pun dikehendaki menaiki bas yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Student pun seronok bukan kepalang lagi termasuk aku excited terlebih. Iyelah nak g kem kan. Seronok lah juga. Huhu.
Hari tu aku ditugaskan selama tiga hari dua malam untuk tengokkan pelajar di kem tersebut memandangkan aku dan seorang cikgu lagi je yang bujang, so kami kongsi bilik. Sebuah bilik lagi untuk dua orang cikgu lelaki. Ok lah aku ada juga peneman. Kalau aku seorang aku takut juga.

Ok masa sampai kem tu, kem tu sangat lah unik sebab ada macam taman ala-ala landscape gitu. Pastu dia ada buat macam gaya ala-ala zoo sebab ada haiwan peliharaan dalam sangkar macam monyet, burung, arnab, ular (ular ape ntah aku pun lupa), kucing parsi, dan ada kafe ala-ala restoran yang dilengkapai barang-barang antik yang unik. Oh kat situ pun ada sedia bot untuk students atau pelancong nak naik. So tempat tu boleh dikatakan cantik juga. Ok lepas meneliti secara umum aku dan cikgu lain suruh pelajar masuk dewan ntuk diberi taklimat ringkas serba sedikit supaya pelajar menepati masa dsbg.

Nak dijadikan cerita sebelum maghrib pelajar diberi rehat sekejap, masa ni dorang lebih kepada aktiviti bebas la. So aku perasan waktu ni pelajar macam bebas. Pastu terlebih ketawa pun ada. So aku ada nasihat jangan nak suka sangat kat tempat baru ni. Dorang pun buat endah tak endah dekat aku. Nak buat macam mana cikgu muda kan tambah tak reti nak garang sangat. Kahkahkah. So malam tu dorang ada seminar bm. Aku dan ckgu lain tggu kat kafe. So aku perhati kat kafe dia banyak gila barang antik weh. Pastu kat kafe ada sebuah patung. Aku takut gila ng patung tu. Sebab patung tuh macam pelik gila. Dok asyik pandang je. Aku pon buat tak tahu. Masa malam tu perasaan pelik dan seram tetiba hadir. Tapi aku buat tak tahu.

Masa tengah seminar, tetiba ada student nak pergi toilet. So dia minta kebenaran dengan cikgu lelaki kata nak pergi tandas, mula-mula dorang nak pergi tiga orang lepas tu cikgu lelaki suruh pergi sorang je. Untuk pengetahuan korang, tandas student kat hujung kem. Boleh dikatakan gelap dan kalau pergi sorang-sorang konfem takut. So student tadi pun pergi lah sorang-sorang. Berani gila, kalau aku memang tak lah. Haha. Lpas 15 minit gitu, student tersebut lari ke arah kami cikgu-cikgu. Salah seorang cikgu tanya “kenapa kamu ni lari malam-malam ni?”.
Masa ni muka student tuh pucat gila. Dia tak cakap apa-apa. Dia senyap je pastu terus masuk seminar. Kami cikgu-cikgu pandang pelik ah. Tapi buat tak tahu je. So habis je seminar malam tu. Tetiba ada kawan kepada student tadi datang kat aku cakap “ cikgu! Fizi nampak hantu dalam tandas tadi!!”. Aku yang dengar terkejut weii. Dah la datang tak bagi salam. Pastu cakap straight to the point je. Adoyaiiii ini anak. Bikin gua takut lah pulak. Dah la aku ni penakut. Haha.

So aku pon cakap. “Ishhh kamu ni memandai je lah. Jgn cakap bukan-bukan, kita ni kat tempat baru ni. Dah la first day kat sini. Jangan nak merepek okay”. Fizi pon datang kat aku n cikgu-cikgu lain dan ceritakan apa yang terjadi kepada dirinya masa dia pergi tandas. Katanya fizi masa dalam tandas tadi ada orang tegur dia. Dia ingat manusia rupanya benda lain weh. Dia caka dia nampak perempuan rambut panjang tua menangis. Bila dia nampak tu dia terus lari keluar tandas lari lintang pukang.

So kebetulan cikgu lelaki sorang tu adalah ustaz so dia pun bacakan ayat lah sikit dekat si fizi tu. Sebab wajah fizi pucat lagi macam nampak hantu gitu. Student lain dah kecoh dh. Ada yg cakap besar kata si fizi takut lah. Budak-budak kan. Kalau aku jadi fizi pun aku takut.

So malam tu dalam kol 10 lebih, aku dan cikgu sorang lagi nak keluar nak cari kedai sebab nak beli makanan ringan sikit takut lapar tengah-tengah malam. So kami berdua keluar lah kejap. Masa nak keluar dari pintu pagar kem tu. Kau tahu ape?!!. Masa ni aku terintai-intai kat kiri kanan atas bawah bagai sebab bukan aku yg drive. Cikgu sorang lagi yang drive. Masa aku dok nak cam jalan keluar dekat pintu pagar kem, tetiba ada benda terbang atas kat kereta wei. Pakaian warna putih. Aku mula-mula ingat bangau ke, burung warna putih ke. Rupanya indah khabar dari rupa wei. Pakaian warna putih dok terbang-terbang ikut kereta kami. Aku ni senyap je. Aku tak tahu la cikgu sebelah aku yang drive tu nampak ke tak. Sampai lah dekat depan sikit ada masjid. Benda tu pun hilang sendiri. Aku masa tu mengucap panjang wei. Aku baca je ayat kursi, tiga qul dan sebagainya. So masa balik bilik aku tanya lah cikgu sorang lagi,aku tanye dia adakah dia nampak apa yang aku nampak then dia jawab “ nampak apa?” Maksudnya aku sorang je lah yang nampak. Masa tuh aku tak cita kat dia sebab tengah malam kan. So aku buat tak tahu je. Memang malam tu aku tido baca ayat qursi dan surah-surah yang aku ingat tak berenti-renti. Siap pegang quran. Jadi hafizah kejap time ni. Haha.

Keesokan harinya, tetiba seorang cikgu lelaki demam. Aku nih pelik dah. aku dah tak ley nak brain fikir positif time ni. Asyik teringat hal semalam tu lagi. So cikgu lelaki tu terpaksa lah balik rumah dan digantikan dengan cikgu lain. Hari kedua semuanya nampak okay je sampailah nk dekat maghrib.

Pelajar perempuan datang kat aku “cikgu! Shameena menangis cikgu! Tak tahu kenapa dia nangis, tetiba je dia nangis pastu tak behenti-henti”. Masa ni aku rasa si shameena dah kena sampuk kot. So aku cepat-cepat maklum dekat cikgu lain. Masa ni nasib ada ustaz datang bertugas waktu tu. Pergi lah tengok si shameena ni kat bilik kem perempuan. Ya Allah kau tahu apa. Si shameena meracau bagai, kejap menangis, kejap ketawa. Aku pon konfius time ni. So ustaz ni bacakan doa sikit tiup-tiup dekat si shameena. Walawehhhhhh. Hantu si shameena ni nak bersilat lah pulak. kami dan yang lain-lain disuruh baca surah-surah yang sepatutnya. Dah la time ni waktu maghrib. Aku suruh student lain bersiap sedia untuk seminar malam tu. Tinggal ustaz dan beberapa orang cikgu menghadapi si shameena. yang paling lucu, hantu si shameena siap bercakap siam. aku pun tak tahu lah si shameena boleh kena macam mana. tapi part dia cakap siam siyes aku nak ketawa pon ada. tahan kan je waktu tu. lepas berperang dengan hantu si shameena. finally everything kemabali normal.

So malam tu student semua diminta baca mathurat sebelum tidur. Kami cikgu-cikgu bermesyuarat sikit di kafe kem. Katanya ustaz si shameena ada main barang-barang lama yang ada kat kem ni. Benda tu marah. Aku pon pandang je sekeliling kafe tu. Sebab kat kafe pon ada barang lama. Entahlah barang lama apa yang dimaksudkan oleh ustaz tu. Cuma dia pesan jangan cakap besar dan jangan nak gedik-gedik sentuh barang lama kat kem ni. Ada penunggu katanya. So kami pun buat muka sado hati keras gitu padahal dalam hati aku rasa nak balik rumah tak nak tido kat kem suda. So malam tu alhamdulillah takde dah kes-kes pelik.

Tibalah hari terakhir di kem tersebut keesokan harinya. Student semua dah get ready barang dorang masukkan dalam bas. Masa ni takde dah perkara-perkara aneh mahupun pelik. Everything seems fine je di mata aku. So semua naik bas balik ke sekolah semula. Masa sampai sekolah tetiba ada student sorang tu datang kat aku bagitahu “cikgu, dekat kem tadi nenek tua yang berumur bagi tahu terima kasih nanti datang lagi”. aku pun tanya budak tu tadi kat kem mana ada nenek. Budak tu cakap ada kat belakang kakak yang jaga kafe tu. Aku terus wth budak ni mengarut. Sepanjang dekat kem tu mana ada nenek tua kot. Aku pun biarkan je apa dikatakan budak tu. Oh sebelum aku lupa, cikgu lelaki yang demam tu bagi tahu. Masa dia tido kat kem malam tu, dia tersedar pukul 4 pagi gitu. Dia buka je mata depan mata dia ada perempuan berdiri berhadapan dengan dia. Tu je yang dia cerita. Aku rasa misteri gila kem sebab nenek tua tu. So nak gi tempat baru jangan suka sangat ye. Kena beringat juga.

Aku nak minta maaf sekiranya penulisan aku ni tak teratur dan panjang sangat,aku bukannya reti sangat nak karang cerita, aku pon bukan cikgu bm weh. Sekadar perkongsian gitu. Ok bye!

Cikgu praktikal.

– cikgu praktikal

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit