Kisah Pakcik

Kisah Pakcik

Assalamualaikum..

Huhu, terasa gigih pulak aku nak menulis kat sini. So, moga-moga dengan apa yang aku cuba sampaikan ni boleh jadi iktibar pada kita semua. Aiwah! Ngee..

Memandangkan confession ni kebanyakannya cerita benar, jadi aku pun nak berkongsi satu cerita benar.

Cerita pakcik aku. Ya, pakcik sekarang dalam proses nak bercerai dengan isteri dia. Mesti korang tertanya-tanya kenapa kan sampai nak bercerai bagai ni? Haa sini aku bagitahu kenapa.

Sebelum tu, aku nak ingatkan satu benda. “Tak semua yang berlaku ni salah lelaki saja. Perempuan pun ada jugak salah tapi ego asyik nak betul je.”

Okey la. Ceritanya macam ni. Pakcik dengan isteri dia ni dah lama kahwin. Dan rezeki dorang, dorang dikurniakan empat orang anak. Tiga perempuan dan sorang lelaki. Hampir 20 tahun lebih jugaklah dorang mendirikan rumah tangga ni. Tapi sampai satu tahap, tiba-tiba nak bercerai. Family aku yang lain pun terkejut jugak. Tapi apakan daya, mungkin sampai situ je jodoh pakcik aku dengan isteri dia ni.

Dalam tertanya-tanya, mak aku ada ceritalah sikit sebanyak sebab yang sampai pakcik aku ni nak bercerai-berai. Aku mula tu ingatkan salah pakcik aku. Iyalah, dah terbiasa dengan isu cerai berai ni sebab laki curanglah, laki kaki pukul lah, laki itulah laki inilah, macam-macamlah. Yang pasti salah lelaki. Bukan perempuan. Pandangan orang tak cerdik macam aku biasalah letak seratus peratus salah lelaki. Tak nak cuba pandang dari sudut lain. Macam akulah. Huhu..

Dari cerita mak, aku dapat tahu yang isteri pakcik aku yang mulakan. Sampai nak bawak benda ni masuk court. Nak settle dengan cara ada peguam bagai. Tak nak settle cara baik. Pakcik aku pun hairan kenapa sampai nak kena failkan cerai. I mean fasakh lah kan kalau si isteri yang tuntut cerai. Kononnya, isteri pakcik aku ni bagi alasan yang pakcik aku tak bagi nafkah. Tak bagi duit bulan-bulan untuk belanja. Emm, setahu aku pakcik aku ni hari-hari kerja kuat kumpul duit nak bagi makan dekat anak bini dia. Lepas subuh dah keluar rumah. Nak maghrib barulah dia balik. Dengan kudrat yang dia ada itulah dia gunakan cari rezeki untuk anak bini dia dekat rumah. Tu tak campur lagi dengan mana nak bayar yuran belajar anak-anak, nak bayar kereta, nak bayar rumah, bil api air semua tu lagi. Alasan apa macam tu? Bukan dia tak tahu yang selama ni semua tu pakcik aku yang tanggung memandangkan itu memang tanggungjawab dia. Hailaaa..

Yang paling tak tahan, kalau betul pakcik aku ni tak hulur duit untuk isteri dia, habis tu macam mana pulak si isteri boleh asyik melawa je manjang? Kalah mak-mak datin melawa tu haa. Mana dia dapat duit nak beli baju-baju mahal, barang kemas, alat make up tu semua? Setahu aku, isteri pakcik ni suri rumah sepenuh masa.

Pakcik aku ni memang tak kaya. Duit dalam poket tu takde lah berkepuk-kepuk macam orang lain. Tapi dia kaya dengan tanggungjawab, kaya dengan kasih sayang, kaya dengan usaha nak senangkan anak isteri dia. Sebab nak senangkan anak bini dia, diri sendiri tak merasa nak ada baju baru, seluar baru, nak pakai smart-smart. Takde pun. Bagi dia takpe lah asalkan anak bini dia dapat merasa semua tu. Dia sanggup kerja tak kira panas hujan sekalipun dia redah. Yang penting, keluarga dia bahagia.

Tapi dengan susunan takdir dari Allah, sampai situ jela jodoh pakcik dengan isteri dia. Bilamana isteri dia nekad nak failkan fasakh terhadap pakcik dengan alasan kalau kira tak masuk dek akak langsung. Isteri pakcik cakap pakcik aku tak jalankan tanggungjawab dia tu dah satu hal, lagi satu hal ni dia tekankan sebab pakcik aku ni ada orang lain. Pelik jugak ada orang lain macam mana maksud dia kan? Isteri pakcik cakap pakcik aku ni selalu melekat dekat kedai kopi hujung kampung tu. Kalau balik masjid lepas isyak bukan terus balik rumah tapi singgah dulu dekat kedai kopi situ. Difahamkan, warung kopi tu ada milik janda ank berapa entah.

Allahu…
Sampai macam tu sekali dia buruk sangka dengan pakcik aku. Hmm, mungkin sini salah pakcik aku jugak sebab selalu pergi minum kopi situ. Tapi biasalah kan orang lelaki ni memang suka minum kopi dekat warung sambil nak menyembang dengan kawan-kawan seangkatan dengan dia. Inilah perempuan. Cemburu tak kena tempat. Pandang pula tak kena cara. Berfikir pula di tahap luar biasa. Acah tahu semua benda. Segala yang berlaku letak salah dekat lelaki. Diri sendiri tak nak check dulu. Inilah perempuan. Ego melebihi akal. Dah terngadah baru nak menyesal. Hmm..

Sebenarnya isteri pakcik tu tak sanggup hidup susah. Sepatutnya dia faham dengan keadaan ekonomi sekarang dan banyak benda nak urus, dia patut hargai kerja keras pakcik. Tapi tak. Dia lebih mementingkan diri nak hidup senang. Tak nak hidup susah. Dia lupa dengan segala kebaikan dan ‘kemewahan’ yang pernah pakcik aku sediakan dulu. Patutnya sekarang, dia menyokong pakcik dengan memberi kata semangat atau sama-sama ikhtiar cari jalan penyelesaian terhadap apa-apa masalah yang dorang kena hadap. Tapi….. Hmm… Lebih pilih untuk biarkan pakcik sorang diri terkontang kanting. Alahaiii makcik…

Aku nak cakap banyak pun tak reti jugak. Tapi aku setuju dengan statement ‘Perempuan ni takkan pernah dewasa’. Memang nampak matang tapi bila datang angin taufan yang tak dapat dikenalpasti tu memang nayyaa… Huhu..

Sudahnya, pakcik aku nak tak nak kenalah redha dengan semua ketentuan ni. Anak-anak dia semua ikut isteri dia. Semua duk fikir pakcik aku yang salah. Dorang lupa yang ayah dorang ni berpenat lelah cari duit nak bagi dorang hidup senang. Bagi dorang belajar tinggi-tinggi tapi ini balasan dorang kepada pengorbanan ayah dorang. Bagus. Sangat bagus. *Tepuk tangan*

Sampai satu masa nak kahwin nanti, ayah yang dorang benci ni lah yang akan dorang cari nak jadikan wali. Dorang lupa yang tanggungjawab ayah dorang galas ni tak pernah nak habis. Sampai mati pun si ayah akan ada tanggungjawab. Dorang tak sedar tu. Malah, sanggup simpan perasaan benci pada ayah yang bersusah payah demi dorang dulu. Memang betul syurga di bawah telapak kaki ibu. Tapi takkan nak ketepikan ayah? Ayah pun ada perasaan dan hati. Saat hati si ayah ni digores, entah sempat atau tidak anak-anak diberi peluang untuk dimaafkan. Hai anak! Yang ada masalah tu mak ayah kau bukan kau dengan ayah kau! Kau nak jadi ego jugak dengan ketepikan ayah sampai tak nak jumpa langsung manusia yang rela bersusah payah nak menyekolahkan kau. Jangan sampai ayah kau dah takde baru tahu nak menyesal. Masa tu kau menangis air mata darah sekalipun takde guna dah…

Hmm, dalam nekad nak bercerai sangat tu, masih lagi mengharapkan pakcik aku ni bagi duit. Tahu pulak risau takde duit. Dulu ada orang nak tanggung makan pakai semua, dipandang macam tak berguna. Sekarang baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Pakcik aku ni pulak, nampak je garang tapi bak kata orang, dalam hati ada taman! Hoho. Maksud aku, pakcik tak kisah pun apa orang dah buat dekat dia. Dia cakap selagi dia boleh bersabar, dia akan jalankan tanggungjawab dia memandangkan anak-anak masih ada yang bersekolah. Walaupun dorang dah ketepikan pakcik aku, dia tetap dengan tanggungjawab yang akan dia bawa sampai mati nanti. Subhanallah. Baiknya pakcik!

Aku ingat lagi satu haritu pakcik datang rumah. So, kebetulan waktu makan malam. Kami ajak makan sama. Tiba-tiba pakcik buka cerita bagitahu yang semalam dia pun makan gulai sebab malam tu aku masak gulai ikan. Huhu. Kami tanya dia gulai apa. Dan korang tahu pakcik jawab apa? Pakcik cakap gulai ikan jugak. Ikan sardin dalam tin. Allahu.. Pastu dia ada jugak cakap, kadang ada sampai seminggu dua jugak dia makan ikan rebus je. Emm, kami semua terdiam masa dengar cerita pakcik. Tapi ajaibnya pakcik, Allah sudi pinjamkn kekuatan kepada pakcik untuk dia jadi kuat dan tabah.

Aku sedih tengok keadaan pakcik aku macam tu. Dulu bahagia je. Sekarang, entahlah. Aku pun tak tahu nak cakap macam mana. Tapi aku respect gila dekat pakcik sebab dia masih mampu tersenyum macam biasa. Macam takde apa-apa yang jadi dekat dia. Tabahnya lelaki ni!

Aku dan adik beradik yang lain selalu cakap dan ingatkan pakcik yang dia masih ada kami walaupun anak isteri dia buang dia. Kami tetap ada. Kami pun anak-anak dia. Sampai Syurga kami sudi jadi anak-anak dia. Insyaa Allah..

Kesimpulannya, pakcik aku ni memang layak dapat award lelaki terbaik! Huhu. Tak kisah ditohmah, dikeji, dikutuk anak isteri sendiri sekalipun, dia tetap mampu tersenyum. Aku tahu senyuman pakcik tu kadang-kadang nampak dibuat-buat. Tapi aku juga tahu pakcik tak nak orang sekeliling dia kesiankan dia. Itulah pakcik aku. Yang aku respect sangat-sangat.

Kalau orang cakap semua benda ni salah lelaki, aku tak nak lagi setuju dengan golongan macam ni. Kadang kita tak tahu yang orang lelaki ni pun banyak berkorban sebab nak senangkan dan puaskan hati insan yang dia sayang iaitu, isteri dan anak-anaknya. Dia rela buat semua benda untuk bahagiakan keluarga dia. Dan rasionalnya kaum adam ni, mereka bertindak menggunakan akal. Bukan emosi macam kaum hawa. Mereka lebih tahu berfikir kesan di hari muka bukan setakat untuk hari ini saja.

Tak semua salah lelaki!

Perempuan pun ada salahnya di mana-mana yang kadang tu terlindung di sebalik ego yang tinggi menggunung. Dan ketahuilah, perempuan ni terlalu ikutkan kata hati dan selalunya mahu menang. Sampai sanggup ‘butakan’ mata untuk pandang sesuatu pengorbanan yang dilakukan oleh lelaki dengan kebaikan dan penghargaan.

Kalau dulu sanggup susah, kenapa sekarang tak sudi? Kebahagiaan bukan diukur atas berapa banyak duit yang ada dalam poket lelaki. Tapi kebahagiaan sebenar diambil dari sudut dasar kepercayaan dan saling ada untuk satu sama lain. Tak kaya dunia takpe makcik asalkan kaya akhirat!

Buat pakcik, kami anak menakan pakcik selalu ada untuk pakcik. Sebab kami sayang pakcik sungguh-sungguh!!

-Cik Kopi-

– Cik Kopi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments