Kisah Rumah Sewa

Ini bukan kisah aku tapi kisah kakak aku masa dia menyewa kat rumah sewa.Waktu tue dia belajar kat salah sebuah ipta kat KL. Dia menyewa pun sekali dengan kawan-kawan satu ipta dengan dia cuma lain kursus dan fakulti..Diorang ni menyewa 6 orang.

Rumah diorg ni ada 3 bilik, kakak aku sewa yg bilik ‘master’ berkongsi dengan 2 org lg, bilik medium ada 2 orang dan bilik ‘single’ ada sorang. Yang menyewa bilik ‘single’ ni jenis buat hal sendiri, tak bercampur dengan bebudak lain. Jadi diorg rapat 5 orang saja la.

Kakak aku ni masa hujung minggu selalu balik rumah abang aku yang dah kahwin kat Shah Alam. Kakak aku cerita sepanjang duduk menyewa kat situ memang dia tak ada masalah dengan penyewa-penyewa lain.

Mula-mula menyewa dekat rumah tue memang ok sampailah ada satu hari ni kecoh-kecoh yg budak sewa kat bilik medium ni cerita yang tabung berisi duit syiling dia dalam almari hilang. Tanya semua orang kecuali budak bilik ‘single’ tapi semua cakap tak tahu dan tak ambil..

Lepas tu masing-masing buka cerita memang perasan semenjak dua menjak ni ada yang hilang duit la, tudung la tapi malas nak bising-bising sebab ingatkan tersalah letak ke apa..Kakak aku cerita dia pun ada gak hilang duit dalam purse..contohnya kalau dalam purse ada duit rm5 dengan rm10..mesti hilang dlm rm5..tapi kakak aku diamkan aja sebab malas nak tuduh-tuduh. Bilik-bilik kat rumah diorg ni pulak tak boleh kunci dari luar sebab kunci tak dipulangkan oleh penyewa lama.

Kemuncaknya bila ‘roomate’ kakak aku hilang laptop dia. Laptop tu dia terlupa nak bawak pergi kuliah dan tertinggal kat tepi katil..Balik rumah dah lesap..Apalagi mengamuk la empunya diri.Pergi tengok kat pintu utama tak adala pulak kesan kena kopak pecah masuk. Memang syak kerja orang dalam. Kebetulan pulak hari kejadian jadi hari jumaat, kakak aku habis ja kuliah terus balik rumah abang kitaorg jadi dia memang tak tau apa-apa.

Kakak aku balik rumah sewa hari isnin tu lepas habis kuliah, dia perasan yang 2 orang budak bilik dia ni tetiba layan dia macam musuh. Malam tu tetiba 2 orang kawan dia yang bilik medium datang bilik kakak aku pastu diorg 4 orang dah mula soal-selidik tanya macam-macam dekat kakak aku. Kakak aku perasan yang salah sorang ni ada pegang satu botol berisi air.

Kawan-kawan kakak aku keliling dia dan mula tanya samada kakak aku ada masalah kewangan dan tuduh kakak aku yang mencuri dalam rumah tu. Kakak aku ni jenis lemah-lembut orangnya walaupun dia sekeras-sekeras menafikan tapi kawan-kawan dia tak nak percaya. Kakak aku tanya apa bukti yang diorang nak tuduh kakak aku buat kerja-kerja mencuri ni.

Yang budak hilang laptop ni cerita dia balik kampung dan minta tolong makcik dia yang ada ilmu bomoh ni tolong tengokkan benda dia yang hilang dengan orang yang mencuri laptop dia tu..Makcik dia cakap pencuri ni orang dalam rumah tu gak dan dia bagi gambaran orang yang mencuri tu badan berisi,berkulit putih dan ada la beberapa ciri yang seakan kakak aku. Kawan dia ckp semua ciri-ciri tu memang tepat tentang kakak aku dan dia cakap dia tak pernah cerita pasal budak-budak rumah dia kat makcik dia jadi mustahil makcik dia boleh tahu fizikal bebudak rumah dia.

Budak tu cerita lagi makcik dia tu ckp brg yang hilang tu susah dah nak dapat balik sebab dh dibawa keluar dari rumah tu. Dia cakap yang tak ada kat rumah hari jumaat tu cuma kakak aku ja dan dia mula buruk-burukkan kakak aku tuduh kakak aku menipu balik rumah abang aku tapi keluar berfoya-foya dengan tunang kakak aku (masa ni kakak aku dah tunang).

Diorang senaraikan benda-benda yang hilang dan suruh kakak aku ganti..pastu diaorg suh kakak aku minum air yassin yang dibekalkan oleh makcik budak yang hilang laptop tu. Diorg cakap biar air yassin tu jadi bukti yang kakak aku akan kepanasan angkara perbuatan mencuri. Kakak aku menangis sebab dia tak sangka kawan yang rapat dengan dia kat rumah sewa tu boleh tuduh dan perlakukan dia macam tu. Kakak aku minum air tu dan dia cakap kalau betul dia tak bersalah Allah akan tunjukkan bukti..

Malam tu kakak aku cerita dia dilayan macam banduan. Langsung tak dibenarkan keluar dari bilik dan sepanjang malam tu dia perasan bebudak ni bergilir-gilir berjaga untuk pantau diri dia..Sampai ke pagi kakak aku menangis ja dan yang pasti tak ada pulak menggelupur kepanasan macam yang diinginkan bebudak ni.

Lepas sembahyang subuh, kakak aku cakap dekat kawan dia yang 4 orang ni yang dia dah taknak lagi menyewa kat rumah sewa tu dan dia cakap kebenaran akan terbongkar. Kakak aku kemas apa yang patut dan telefon tunang dia datang ambil suruh hantar rumah abang aku.

Lepas dari tu kakak aku menyewa kat rumah sewa lain. Beberapa bulan lepas tu,kakak aku terserempak dengan salah sorang ex-housemate dia tapi bukan yang hilang laptop tu,budak tu tegur dia dulu dan cakap cuba nak hubungi kakak aku tapi kakak aku dah tukar nombor telefon bimbit. Dia ajak kakak aku pergi makan dan dia mula minta maaf pasal kejadian dekat rumah sewa tu.

Budak tu cakap dia menyesal sangat-sangat atas perbuatan diorang malam tu. Dia buka cerita lepas kakak aku keluar dari rumah sewa tu diaorang tak cari penyewa baru tapi kes hilang duit dengan barang masih juga berlaku. Guest what?? Akhirnya tuhan nak tunjuk,budak yang hilang laptop tu sendiri tengok depan mata masa pencuri tu tengah selongkar beg dia..orang tu tak lain tak bukan budak yang menyewa kat bilik ‘single’ tu..Ciri-ciri fizikal dia pun sebijik macam kakak aku tapi dalam kepala hotak diorang dok ingat kakak aku jer..

Diorang pegi selongkar dalam bilik si pencuri tu jumpa la barang-barang yang hilang termasuklah tabung yang dah tak berisi duit syiling tu..Diorang tanya psl laptop tu dia cakap dah jual kat low yat. Budak tu mengaku semua perbuatan mencuri dia. Diaorang suh bayar ganti rugi kalau tak nak report polis tapi budak tu merayu-rayu cakap dia anak orang susah perlukan duit jadi budak tu bayar ciput je la ganti ruginya..pastu diaorang suruh budak tu berambus keluar dari rumah tu.

Kesian dekat kakak aku. Dia cakap ada gak terserempak dengan yang 3 orang lagi tapi konon-konon macam buat tak kenal. Malu agaknya. Kakak aku dah maafkan diaorg walaupun diorang tak datang pun minta maaf cuma harapan kakak aku jadikan pengajaran dari kisah dia. Disebabkan taksub sangat dengan kata-kata bomoh..kawan sanggup hilang sahabat dan bertindak bodoh melulu tanpa usul periksa.

– Sofi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit