Konfrontasi

Assalamualaikum,

Aku nak terima kasih dekat admin sebab siarkan comfession aku. It trigger a family confrontation. Aku membesar dalam family yang selalu berbincang dan berdepan. Mak aku ibu tunggal yang tak ada masa nak main pendam-pendam. Jadi bila dengan family husband aku nak berpendam bagai, aku rasa sesak nafas dan senak.

Kisah bermula lepas confession aku disiarkan. Aku confess kat husband aku yang dah disiarkan. Dan dia tahu memang Elin suka baca IIUM Confession. Jadi, konfrontasi tak dapat dielakkan. Sebab laki aku macam kurang bersedia, dia cakap dia rasa macam nak starlight dahi aku sebab memandai hantar confession. Nasib baik dia masih ingat khutbah masa hari kami nikah. “Layan isteri dengan kelembutan.” Hahahahaha.

Malam lepas confession tu disiarkan, aku dan husband jumpa abah secara rahsia dekat kedai mamak. Lepas abah solat isyak di masjid. Aku cakap kat laki aku, yang aku pemerhati je. Tak nak cakap apa-apa. Tapi, disebabkan abah ni sempoi dan pak mertua yang jenis kelakar-kelakar, last-last aku yang lagi banyak cakap dari laki aku.

Ringkasan dialog dengan abah lebih kurang macam ni. Abah pun tak berapa berkenan dengan cara Elin. Semua nak lepas tangan dekat mama. Dari jaga anak dia sampai lah kerja rumah. Lepas tu weekend kalau tak membuta, berjalan sana sini tinggalkan anak dekat mama. Abah kata impian dia lepas pencen nak pergi masjid pimpin tangan dengan mama belum tercapai. Ngam2 waktu pencen, mama kena jaga anak Elin.

Abah rasa abah nak vetokan mama dan Elin. Abah nak bawa mama pergi umrah. Mereka dah pergi haji sebelum kami kahwin. Kali ni mahu buat umrah dan ziarah. Ambil pakej yang ada melancong tu. Abah cerita kisah-kisah mereka struggle nak besarkan laki aku dan adik beradik.

Abah sendiri lepas dah stabil terus suruh mama stop buat kuih dan nasi lemak untuk duit tambahan. Dah lebih dari 10tahun mama rehat. Tiba-tiba bila Elin beranak, mama nak kena ‘bekerja’ lagi. Mama patut berehat. She deserve a rest. She deserve to be pampered. Dan masa ni la dia dan abah nak menggamit memori bercinta dulu. Nak berdua.

Memandangkan dah dapat sokongan abah, senanglah nak bercakap dengan mama esoknya. Boleh cakap kat rumah selamba. Sebab Elin tak turun dari bilik. Mama ni baik. Dengan abah memang lembut dan akur. Kali ni bila abah mendesak, mama tunduk. Nampak muka dia sedih. Abah janji, bila Elin dah dapat pengasuh, abah akan book trip Umrah+Istanbul. Tersengih la mama.

Aku rasa lepas jumpa mama dan abah sekali, abah slow talk lagi dengan mama. Sebab mama macam dah nekad tak nak jaga cucu lagi.Sabtu malam tadi kami konfrontasi dengan Elin dan suami lepas diorang balik dari berjimba. Dah kenyang makan KFC beramai-ramai, dua orang adik ipar aku tu kitorang suruh naik atas. Kena la jaga air muka Elin sebagai kakak kan.

Abah yang mulakan. Abah tetap syarat. Setiap maghrib, abah nak bawa mama ke masjid sampai lah isyak. Jadi Elin kena urus sendiri anak dia lepas balik kerja. Baju Elin dan husband kena uruskan sendiri. Mulai harini semua orang kat rumah basuh dan lipat baju sendiri. Termasuk lah 2 adik yang lain. Masak tetap mama yang buat. Dan bulan depan Elin kena start cari pengasuh atau taska. Mama dan abah nak bercuti dengan adik beradik abah ke Indonesia. Dan sebagai persediaan trip umrah mama dan abah.

Abah ada juga sebut. Sampai bila? Satu masa mama dan abah akan mati. Tak kan masa Elin baru nak belajar jaga anak sendiri? Lagipun, abah tak nak jadi habit. Mula2 hantar sorang, lepas berdua, bertiga.Sampai dah beranak pinak pun masih mama yang jaga. Abah pun ikut letih juga. Sebab kebersihan rumah abah yang buat. Abah tak boleh duduk diam kalau rumah sepah.

Muka Elin mencuka habis. Elin memang ada baca confession aku. Sebab masa confront dia, dia ada pakai ayat-ayat commentor.

“Kenapa along dengan akak nak complicated kan keadaan? Bawa je lah anak Elin sekali keluar dengan mama.Itu anak sedara along jugak..”

FYI, itu adalah family outing. Elin dan husband dijemput. Laki aku nak belanja semua orang makan tengahari dan lepak-lepak di mall. Kalau Elin tak ikut, siapa nak jaga anak dia? Kami lah kan. Yang paling penat mama. Sebab kalau tukar pampers, pegang dia atau makan dia nak uwan buatkan. Dengan yang lain ni takat main-main nak la dia. Persoalan dia bukan tak nak bawa anak Elin. Kita nak suruh Elin tu jaga anak dia sendiri. Kalau tak boleh follow kami, bawa lah anak kau keluar dengan kau kan.

Kalau takat playdate dengan anak aku tu dah selalu dah. Keluar bawa taman tasik atau playground. Tapi tak boleh lama-lama bila Elin atau mama tak ada. Dia tak mahu dengan orang lain. Menangis macam kena dera kalau orang lain nak buatkan. Banyak kali aku dah cuba bawa dia keluar lama-lama dengan husband. Last-last kena balik. Sebab tantrum bila Elin dan mama tak ada.

BTW, aku carseat believer. Kalau bawa anak dia keluar memang aku tak boleh bawa mama dalam kereta Proton aku sebab dah ada dua carseat di belakang. Bawa anak orang ini bukan seronok sahaja ya. Tanggungjawab dan keselamatan jangan lupa. Jangan pula korang suggest aku buat hutang baru upgrade ke 7 seaters semata-mata nak bawa anak dia pula.

Konklusi dari kofrontasi tu, abah bagi masa sebulan untuk Elin cari pengasuh. Dateline sebelum trip Indonesia mama dan abah. Dia nampak macam redha. Mulai malam ni mama dah ke masjid ikut abah macam dua tahun lepas.

Kalau kau baca ni Elin, aku dan along bukan dengki dengan kau. Kami hanya nak yang terbaik untuk abah, mama dan famili kau. Dah nak masuk 27 tahun ni. Mula lah belajar berdikari ya. Laki kau tu pun bawa lah berubah. Belajar la tolong-tolong. Nanti kalau dah pindah rumah sendiri aku takut kau pula yang dikulikan.

Dan readers, tolonglah jangan menyumpah Elin ni anak derhaka lah. Tanggang moden lah. Mama dan abah yang besarkan dia pun tak pernah cakap macam tu. Mak bapak yang waras tak kan nak anak dia masuk neraka. Kita serahkan tugas menghakimi dan menghukum ni pada Allah swt.

Sekian dari aku. Doakan mama dan abah dapat menghabiskan sisa hidup dengan ibadat dan honeymoon. Hehe.

– Kak Ipar Hangin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit