Konservatif

Salam hi. Thanks admin for approving my post yang lebih kepada pertanyaan, bukan confession. Rasa curiga nak tahu pendapat orang ramai cewah.

Aku dilahirkan pada tahun 91 dan sekarang bekerja di sebuah syarikat XX dah nak masuk 3 tahun. Baru baru ni, ada la seorang trainee masuk di bawah satu program untuk beberapa bulan sebelum diserap atau tak.

Memang dia yang paling muda la. Baru grad kan. Tahun 93 lahir tak silap aku.Overall, kelayakan dia okay. Overseas graduate gitu. Cuma aku tak berapa berkenan dengan perangai budak yang satu ni. Aku tahu kalau aku cerita takut ada yang kata aku ni pentingkan ‘senioriti’ but bagi aku cerita dulu ok. Then you give your opinion la.

Ada sekali tu kitorang ada meeting. Dia antara yang awal masuk. Sebenarnya meeting room kitorang kecik aje, kena ambil extra kerusi selit selit kat meja kalau semua hadir. So jadinya budak ni, sebab dia dah awal dan kebetulan aku pun antara yang awal, kitorang dapat lah duduk dengan selesa. Tapi ada antara kawan aku yang terpaksa ambil kerusi extra dan menyelit sedangkan dia selesa di situ hmm.

Mungkin aku judge dia sebab kalau aku sendiri kat tempat dia, aku akan make sure orang lain yang dah kerja situ duduk dulu, banding dengan aku yang tak permanent ni. Sebagai tanda hormat macam tu.

Lepastu meeting kitorang ni ada makan makan, sambil meeting sebenarnya haha. Kebetulan time tu, pinggan tak berapa nak cukup. Tapi dia selamba je ambil and tak tengok dulu sama ada cukup atau tak. Dan tak utamakan jugak orang lain ambil dulu. Dah dia sedap ambil baru perasan pinggan tak cukup, tapi tak pergi ambil pun. Kawan aku jugak yang pergi topup pinggan.

Dan ada satu insiden jugak kat kedai makan masa lunch ni, kitorang order benda yang sama semua dalam 5 orang macam tu. Tapi servis kedai tu masyaAllah lambat sungguh. Dah tunggu dalam 40min++, sampai la 3 pinggan. Budak ni, as expected memang tak kisah orang lain dah la. Haha. Bukan apa, kawan aku ada sorang pregnant kot. Tapi yang pregnant ni pas pas dulu la makanan ke belah sana. Dia pun lapar jugak tapi jenis berbahasa la kan. Budak ni bantai je makan tak kisah orang lain. So aku yang ortodoks dan konservatif ni dengan member yang pregnant tu tengok je la orang makan. Lepas 10 minit camtu baru makanan kitorang sampai.

Ada la lagi beberapa insiden tapi cukup la tu kot buat contoh. Aku nak tanya pendapat bukan nak aibkan dia haha. So macam mana? Aku sebenarnya terkejut sebab honestly kitorang still tergolong dalam ‘zaman’ yang sama tapi berbeza betul manners. Aku taklah nak kata dia kurang ajar, cuma kurang berbudi bahasa sikit dengan seniors and kebetulan memang kitorang lagi tua pun. Mungkin aku dah biasa dibesarkan dengan cara macam ni. Kalau nk makan senduk nasi, sendukkan nasi mak ayah dulu. Lain la kalau mak kata makan dulu ke apa. And mungkin aku dah terpengaruh dengan drama Korea yang pentingkan dulu orang yang lebih tua/senior/pregnant/kanak kanak dan sebagainya.

So aku ke yang konservatif dan ortodoks? Ke zaman sekarang ni kena kira siapa cepat dia dapat? Macam tu kesian kat orang orang tua. Korang rasa macam mana?

Btw, dia punya performance kerja jangan cakap la, memang aku tak berapa berkenan sungguh hahaha. Aku taknak cerita details, first sebab tak kait dengan post ni. Second, nanti takut ada budak budak skim ni terasa padahal kalau kau perform okay tak perlu la terasa kan. Ni sekadar selingan, kalau kau belum permanent, kau kena tunjuk la effort semua. Bukan macam pahat dengan penukul. Patut la banyak je komen kurang enak pasal graduan sekarang, sebab based on apa yang aku lalui memang boleh relate. Tapi aku tak pukul rata semua, jangan terasa pedas kalau tak makan cili tu.

Sekian, wassalam

– Miss Z

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit