Ku Jumpa Dia Di China

Sesungguhnya setiap yang buruk tu ada hikmahnya.

Pepatah lama ni memang ada betulnya. Kenapa? Kerana pepatah ni la aku bertemu jodoh dengan isteri aku tahun ni. Alhamdulillah, akan jadi bapak hujung tahun depan.

Ceritanya macam ni. Oktober 2014 aku memulakan langkah backpackers secara solo ke Bangkok, Hanoi dan Beijing dengan hanya menaiki kereta api. Impian nak ke London naik tren tapi tu nanti In Sha Allah bila ada rezeki.

Biasalah, bila dah baca pengalaman travel kawan2 maya dalam malaysia backpackera club, aku pun teringin nak cuba jugak. So aku pun decide travel secara solo. Bajet pun bawak ciput2 je. Tak silap aku, dalam dompet jumlah semua sekali aku hanya ada lebih kurang rm1500 je dalam pelbagai currency.

Niat travel kali ni xda la sampai nak cari jodoh. Cuma nak tengok tempat orang. Alhamdulillah, setakat di bangkok dan hanoi, urusan perjalanan dipermudahkan walaupun ada sedikit masalah di pintu imigresen vietnam, menuju keluar ke China.

Aku spent empat hari di beijing. So far, xda masalah setakat tempat tidur, makan, solat semua walaupun tidur di hostel. Saje nak try backpackers style. Hehe.

Fast forward hari akhir. Sepatutnya aku balik ke malaysia flight air asia pukul 0230 28/10/2014. Dah sampai kat airport awal jugak la dalam pukul 2100 27/10/2014. Sambil2 tu sempat jalan2 dalam airport dulu.

Dalam pukul 2300 aku decide nak lelap sekejap. Ni yang punca terjadi masalah. Sedar2 dalam pukul 0150 dah. Bergegas aku ke pintu check in. Petugas situ kata xboleh masuk dah sebab banyak prosedur la ape la. Kena tinggal flight la wei. Menitik air mata aku masa tu memikirkan lost kat tempat orang.

Macam2 cara aku cuba selesaikan, siap pergi ke main terminal untuk cari tiket lain. Dah dapat, kad rhb aku pulak xboleh guna untuk transaksi antarabangsa, padahal sebelum tu aku dah aktifkan. Balik semula ke terminal tambang murah, aku whatsapp member aku untuk belikan tiket.

Bab tiket dah setel, mintak member aku beli waktu yang sama cuma bertarikh 29/10/14. Dah siap check in ape semua, masa tu hari pon dah siang aku decide nak cari makan. Nasib baik kar situ ada kedai makan muslim. Makan pun berjimat je sebab ada lebih kurang 70 yuan. Hahaha.

Malam tu aku berhati2 la agar xbuat silap lagi. Nasib baik la wei. Masa beratur nak check in tu, aku tegur dua orang perempuan, dorg bagtau dari malaysia. Hampir dua minggu beb xcakap melayu. Keras je rasa lidah. Dorang ok la. Boleh borak2, kebetulan naik flight balik sama.
Sampai KL, kitorang bertukar2 FB sebelum ke destinasi memasing.

Dalam bulan mac 2015, aku stalk fb member yang aku kenal dari china tu. Tengok dia keluar jalan2 dengan sorang member dia. Aku dengan nakal msg la member aku tu cakap aku nak kenal dengan perempuan tu. Dia tolong la aku. Fuh gembira masa tu. Aku add la member dia tu aka isteri aku sekarang.

Dalam masa nak kenal tu boleh tahan jual mahal jugak bini aku ni. Haha. Tapi alhamdulillah niat baik, sebulan je aku kenal, dia terima aku. Then dua bulan lepas tu aku jumpa famili dia and bawak jumpa famili aku.

Raya tahun yang sama yakni tahun lepas aku jumpa ayah dia bgtau nak merisik. Ayah dia cakap xpayah, tunang terus. Jauh nak ulang alik kelantan dgn pahang nanti buat keje banyak kali. Aku lagi suka. Hahaha. Senang keje. So aidil adha tahun lepas, aku pergi la kelantan bawak famili aku masuk minang.

Alhamdulillah, aidiladha tahun ni baru je aku melangsungkan perkahwinan dengan isteri aku. Terima kasih kawan yang dikenali di beijing yang menjadi jambatan perkenalan aku dan isteri. Thanks lin, jasamu amat dihargai.

Jadi aku nak bagitau kat sini, setiap perkara buruk tu mesti ada perkara baik fi sebaliknya. Xdinafikan masa kena tinggal flight tu aku memang marahkan takdir kenapa biar aku jadi macam tu. Tapi aku silap, perancangan Allah adalah sebaik2 perancangan.

Kalau dah jodoh tu xkemana walau sampai ke China kau berjalan. Hahaha

P/S : kot2 kalau jalan ke europe dapat bini europe x

– Ahmad dende

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit