Kualiti vs Marketing

Siapa cakap kualiti produk yang bagus mampu membuatkan produk tersebut bertahan lama dipasaran? Siapa? Siapa? Siapa? Ha… Ni aku nak bagitau ni.

Ni semua pengalaman aku ya… Tak ada kena mengena dengan orang lain. Bagi aku, sekarang ni dengan kebanjiran banyak produk, aku dah letak kualiti tu kat nombor 14 dah. Nombor 1 of course marketing untuk produk tu. Ok. Sambung balik pasal pengalaman aku tadi. Dulu aku pernah jadi dropship untuk produk perfume yang sangat terkenal. Ak namakan perfume tu sbg perfume A. Walaupun perfume ni baru je berada kat pasaran, tapi disebabkan viral dan promosi yang dibuat menjadikan perfume ni sangat cepat dikenali. Antara ayat promosi untuk perfume A mestilah berkaitan dengan keistimewaan perfume itu sendiri. Antaranya boleh dibawa solat, tahan lama, wangi sepanjang hari, dll.. Aku terjebak jadi dropship pun sebab aku rasa perfume A ni senang nak jual. Ye la. Dah terkenal kot.

Selepas aku berjaya mengaut keuntungan hari berganti hari, bulan berganti bulan, dari hasil jualan perfume tersebut, tiba tiba adik aku menyatakan hasratnya untuk menjadi dropship perfume syarikat X. Wah, konon tak nak bersaing dengan aku. So, dia cari jenama lain. Ok. Tak kisah. Tapi yang aku kisah sebabnya perfume X adik aku ni dijual lebih murah. Perfume A aku perlu dijual rm60 (harga dari hq). Manakala perfume X adik aku ni hanya rm45 je. Keuntungan antara aku dan adik aku pun berbeza. Aku dapat komisyen rm20 setiap botol perfume yang aku jual manakala adik aku hanya dapat rm5 je untuk setiap botol yang dia jual. Untuk pengetahuan korang, perfume X adik aku ni jenama baru. Memang sangat baru dan kurang dikenali berbanding perfume A.

Masa kami sama sama giat promote perfume masing-masing. Adik aku perlu promot dengan lebih gigih lagi sebab perfume dia orang tak tahu lagi. Dia promot menggunakan ayat2 power kat facebook untuk menarik perhatian pelanggan. Dan biasanya dia akan menekankan harga perfume X yang lebih murah tu dalam ayat promosi dia. Manakala aku biasanya tak promote guna ayat power2 pun, cukup sekadar promote untuk bagitahu yang aku ni ada jual perfume A. Sebab apa? Sebab ramai dah tahu tentang perfume A ni (berlagak).

Satu hari, aku terbaca beberapa komen dari pelanggan pelanggan adik aku yang membandingkan perfume X yang dibeli dari adik aku ni dengan perfume A aku. Antaranya komen puas hati dengan perfume X. Ada yang cakap X lebih tahan lama berbanding dengan A, lebih wangi, harga lebih murah. Sentap juga masa aku baca tu. Tapi tak boleh salahkan diorang. Sebab masing-masing punya pendapat. Waktu tu aku tak berdiam diri. Aku terus dapatkan adik aku untuk lihat sendiri sejauh mana kebenaran yang disampaikan pelanggan2 dia tu.. Aku terus mintak adik aku orderkan untuk aku wangian gucci flora yang dikeluarkan oleh perfume X adik aku ni. Kebetulan adik aku ada ready stock. Oh, gucci flora ni merupakan sejenis wangian yang paling top di antara yang lain. Bukan sahaja dari perfume A, tapi perfume X pun sama. Ni jenis wangian nombor 1. Aku pun try la gucci flora perfume X ni. Sebelum ni memang aku pengguna gucci flora perfume A. Oh, you know what???

Aku harus akui yang wangian perfume X lebih best, tahan lebih lama, packaging pun lebih menarik berbanding A. Memang bukan indah khabar dari rupa. Memang aku akui X lebih bagus dari A!!!! Harga lebih murah pulak tu. Hmm.. No wonder la ramai customer X bandingkan dengan perfume A.

Ok. Aku sambung balik mengenai komisen antara aku dan adik aku tadi. Selepas aku tanya adik aku kenapa X bagi komisen sikit sangat, baru la adik aku buka cerita. Sebenarnya founder perfume X adalah kawan dia. Kawan dia mengeluarkan modal yang tinggi untuk menghasilkan perfume X yang berkualiti tu. Dengan packaging yg lebih menarik,kualiti yang sangat memuaskan membuatkan harga modal bagi sebotol perfume X lebih tinggi berbanding perfume A. Dan harga jualan di pasaran serendah rm45 turut membuatkan margin keuntungan sebotol perfume X menjadi sangat rendah. Sebab tu founder perfume X tidak mampu nak bagi komisen yang banyak untuk agen dan dropship2 nya.

Selepas beberapa bulan kami 2 beradik giat berbisness, akhirnya adik aku mula perlahan lahan mengundurkan diri. Katanya penat nak promot. Susah nak laku sebab orang tak kenal. HQ pun tak mampu nak buat marketing sebab untung pun sikit. Marketing bukan murah. Telan juta juta oi kalau betul nak orang tahu tentang produk kita. Nak harapkan agen dan dropship tolong promot? Ada ke yang nak promot produk baru lepastu komisen pulak sikit. Baik cari produk lain yang terkenal dan komisen banyak. Jadi apa yang terjadi pada perfume X?

Perfume X akhirnya gulung tikar. Kerana tidak mampu untuk bersaing dengan lambakan produk lain yang keluar macam cendawan lepas hujan. Memang sedih. Sebab aku pengguna dan penjual perfume A pun mengakui kualiti perfume X jauh lebih baik berbanding A. Tapi apa ada pada kualiti jika marketing tidak dipedulikan? Hanya pengguna yang pernah guna perfume X je tahu kualiti X yang sangat bagus. Tapi mampu ke pengguna2 yang tahu tu menyebarkan kebaikan perfume X kepada semua orang jika HQ sendiri pun tak mampu melakukan marketing ke seluruh malaysia khususnya? Sebab tu kuasa marketing lebih besar dan kuat jika dibandingkan dengan kualiti. Terutama dalam bisness hari ini yang semua orang berlumba lumba untuk menjadi founder produ.

– Sya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit