Lagu Sembah Syaitan

Lagu Sembah Syaitan

Salam semua pembaca dan Admin. Kisah ni takdela menarik sangat tapi saja je nak luahkan dekat korang.

Masa saya mula2 kenal hubby dulu, kami satu tempat kerja. Memang formal dan tak tau menau soal hidup peribadi. Yang saya tahu suami saya ni gemar muzik, mcm band2 indonesia, band2 melayu rock lama dan boleh main gitar kapok. Dia tak selalu cakap sangat pasal ni tapi hobi lain yang saya tahu dia suka memancing, muzik ni sampingan saja. Saya pun bukanla orang yang gemar2 sangat dengar lagu, lebih kepada drama tv je. Dah beberapa lama kenal kami pun memutuskan untuk terus nikah tanpa bertunang, sebab tak naklah couple lama2 sangat, xelok.

Majlis kecil kecilan je, x mewah mana. Tapi perkara pertama yang saya pelik masa majlis tu ialah kawan2 dia yang banyak betul. Tak ada yang nampak pelik2, normal saja, tapi ini bukan muka2 biasa yang kawan ofis atau kawan memancing dia. Bila saya tanya katanya ni kawan sekolah dulu2. Ok lah, walaupun saya masih pelik sebab ada yang tua dan muda.

Saya tak duduk dengan suami dulu, bulan kedua perkahwinan barulah saya berpindah ke rumah dia. Ok sedikit info, suami saya ni orangnya kurus2, kemas, spek tebal ala2 budak skema gitu, rambut belah tepi comel je. Kalau bab agama memang dia cukup serba serbi, boleh memimpin keluarga lah. Orangnya pun memang soft spoken dan sopan. Jadi masa mula2 saya berpindah dengan suami, rumah memang biasa2 saja, cuma dalam bilik belakang saya terkejut tengok macam ‘mini studio’. Ada drumset, gitar elektrik, dan dinding ada span2. Katanya dia kadang2 jamming je dalam bilik tu, saja layan diri. Saya pun ok kan aje.

Dah beberapa bulan tinggal bersama kadang2 saya dengarkan jugak lagu apa yang dimainkan dalam bilik tu. Adalah lagu2 band biasa yang saya pernah dengar di radio. Hinggalah satu hari saya kata saya nak pegi rumah kawan kejap. Dia pun ok lah, dan saya keluar. Dah hampir separuh jalan saya terlupa dompet tertinggal, jadi saya patah balik ke rumah. Saya ketuk2 pintu tak ada orang bukak, jadi saya bukalah kunci sendiri. Memang tepat sangkaan saya dia dalam studio. Saya dengarkan dalam bilik tu dari luar, wah, kuat betul lagu yang dipasangnya. Lagu ala2 black metal siap ada jerit2 lagi. Terkejut saya. Kalau dengar betul2 macam jeritan syaitan, aduh.

Sejak hari itu saya cuba2 selongkar barang2 hubby saya. Saya jumpa ada beberapa CD, T Shirt dengan band2 yang entah apa2. Banyak yang berunsurkan black metal. Bila saya google nama band dan tengok di youtube, astaga, music video diorang memang ada unsur2 macam setan dan entah apa2. Antaranya Cradle of Filth, Metallica, Gorgoroth, Slayer, Black Sabbath dan macam2 lagi. Bila saya dengar memang pening kepala, seolah2 macam kena pukau. Jadi saya jadi takut dengan hubby.

Saya ingatkan dia normal2 sahaja tapi lain pula jadinya… Saya terkejut dan tak sangka yang appearance hubby langsung tak kena dengan minat dia. Saya tak tahu macam mana nak confront dia sebab saya tahu benda2 ni tak elok. Satu hari saya berterus terang dengan dia, saya tanya betul2 tentang lagu apa yang dia dengar. Mula2 dia deny habis2 cakap dia x dengar lagu sangat, sampailah saya keluarkan CD lagu metal dia, dia terdiam. Mula2 dia marah sebab saya selongkar barang dia. Lepas dari hari tu dia terangkan kat saya baik2.

Dulu dia memang sangat minat band2 macam ni sebab guitar skill mereka. Dia pun tak tahu mcm mana nak jelaskan kenapa dia suka music mcm ni, yang dia tahu kalau jamming lagu2 ni memang best. Dia terangkan dia tak pernah langsung berpakaian macam dalam video tu. Dan dia mainkan gitar depan saya dengan salah satu lagu tu. Memang saya terkedu sebab cara dia main tu sangat laju dan dikirakan hebat sebab saya tak pernah tengok, tetapi bila saya pandang wajah hubby seolah2 macam dia kena rasuk masa main tu, pejam mata dan kepala geleng2 ke bawah. Risau saya.

Saya minta baik2 dengan dia untuk berhenti dengar lagu2 ni sambil menangis. Dia kata tak boleh tapi dia akan cuba demi saya. Saya menangis dan merayu untuk stop dengar dan berkait dengan benda2 macam ni sebab saya takut nanti hubby akan terpengaruh dan terpesong akidah. Akhirnya dia akur dan jual semua alat music dia dan bilik tu sekarang di jadikan bilik tetamu. Wang dari alat2 music dia tu kami guna untuk renovate rumah dan beli kabinet dapur.

Syukur sehingga hari ni dah setahun kami berkahwin suami saya dah tak dengar lagu yang pelik2. Cuma bila buka radio dia suruh tutup dan kalau boleh dia taknak dengar langsung lagu. Sekarang hobi dia memang suka memancing dan saya sangat bersyukur.

– Tina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments