Lecturer oh Lecturer

Assalamualaikum. Thanks to admin kalau cerita aku dapat disiarkan. Kah kah kah.

Aku tulis ni sebab ade terbaca pasal lecturer tadi. Yes! Aku as a student, mmg akan lalui perkara macamni, dan aku percaya, setiap student mesti face benda macamni. Asal ayat aku tunggang terbalik? Maafkan aku gais.

Just nak cerita pengalaman aku, aku umur 23 and alhamdulillah ade diploma and otw nak grad. Doakan aku gais.

Pengalaman aku sepanjang diploma and degree, mesti jumpe lecturer pelbagai gaya and their own style kan. Paling aku tak boleh lupa, masa aku diploma. Ade satu lecturer, dia otw nga buat PHD taw. Lepas tu, dia masuk kelas, dia akan bad mood. Totally beb. Lepastu ajar muka kalah singa, and dia ade murid tertentu yg dia akan bg attention. For sure lah budak pandai-pandai kan. Pernah satu ari tu, dia tanya soalan, aku angkat tangan and jawab, kau tau ape jadi lepas tu? Dia buat derk je lepastu dia g kat geng budak pandai tanya jawapan. Bukannya dia tak nampak aku, aku kat depan dia kot. Sejak tu, even dia tanya pon aku buat derk je, aku jawab dalam hati. Terase beb! Ye la, kita ni mane pandai. Mana ade org nak layan.

Second, mase degree. Ade satu lecturer ni mmg famous lah. Boleh katekan satu fakulti kenal dia. Hahaa. Dia ni kira macam org label cerewet and semua benda nak perfect.. Abg and akk senior yg cakap. Punya lah berdoa tak nak dia untuk subjek yg aku ambil tu, tapi at last, dapat dia plak. Pernah dengar lagi kau benci, lagi dia dekat? Haaa, lebih kurang mcmtu lah.

One day, mcm biase lah, ade group project. Kena buat something new innovation kot time tu rasenya. Each group kene present ape idea yg nak dibuat. Lepas semua present, lecturer ni mcm suka gila ngn one group ni. Kita boleh tau kan bila org “bias” ngn kita. Its not cemburu atau ape, tapi group lain pon perasan . Hahaha. Punya lah payah nak tarik perhatian dia, we keep trying harder . Tapi, dia still sambil lewa nak taknak je layan kitorang. Plus, dia jugak perlekeh kan idea kitorang okay. But kitorang rileks je, anggap tu satu cabaran. Fuh!

That time ade presentation about project yg kitorang buat and semua markah diberi oleh juri luar. Dia jemput juri yg pakar dalam bidang ni. Masa dalam kelas nak present tu, mmg nervous gile and a little bit down la kn sbb dah diperlekehkan. Dalam hati kitorang, tak menang pon takpe, asalkan lulus je subjek ni.hahaha..

Last, kitorang present and you know what? Rezeki kitorang sbb kitorang dipilih untuk jadi JUARA. Alhamdulillah. Lecturer tu mcm terkejut tapi dalam hati kitorang ni puas ! Puas sbb dpt buktikan kat dia kitorang ni tak lah selemah yg dia sangka kan.

Point dia kat sini, lecturer mcm singa tu la yg buat aku lagi nak perform dlm exam, bia dia tak nampak aku dalam kelas, tapi sbb dia ignore kan aku tu lah buat aku usaha untuk dapat A.

Disebabkan diperlekehkan tu lah, group aku mmg positif gila, we can do it, ape sangat lah yg dia cakap tu kan. Dia cabar kita, dia nk tgk sejauh mana kita boleh perform. Believe me, kau akan rase berkobar kobar bila kena cabar mcmtu.

Bagi aku, kadang-kadang lecturer saja buat kita mcmtu sbb nak kita give more from her/his expectation. Dia nak tgk, tahap pemikiran kita lebih tak dari garisan yg dia da tetapkan.

Okay, ni pengalaman aku. Sorry la kalau bosan . Maaf kalau ade yg terase.

So people,Please drop your komen below. Just give your opinion and suggestions . Bye bye.

– Cik Bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit