Luahan Peniaga Kedai Makan

Assalamualaikum and hye. First of all saya sebagai wakil kepada peniaga kedai makan ingin meluahkan perasaan yang selama ini kami simpan dan harungi serta tempuhi.

1. People will usually say “customers always right” right? Then kalau customers je betul, kami sebagai peniaga takkan nak kena sentiasa mengalah eventho kami pon ada hak untuk berbicara dan menegakkan keadilan? Sebagai contoh keadaannya begini, kedai sangat ramai orang dan penuh kalau untuk breakfast. Dan kepada customers yang tak sabar mesti nak roti canai cepat. Adakah anda tahu sekeping roti canai mengambil masa 3-5mins dari menebar hingga masaknya roti canai itu? Kami sebagai peniaga sudah mengambil inisiatif supaya semua customers dapat makanan yang di order. Apa salahnya kalau anda semua sabar dan tunggu giliran. Pernah ada some say, “saya ni makan bagi la saya dulu.” Habis kalau yang bungkus semua diketepikan, apakah perasaan orang yang order roti canai bungkus, haruskah mereka kena tunggu sampai 1-2 jam? Kami buat list, kami ikut turn. Kami mahukan yang terbaik buat kalian semua dan kalian juga nampak bukan, penebar roti canai buat kerja? Dia bukan main phone. Dia tebar roti tanpa berhenti sebab sometimes roti sampai 3/4 lists panjang. Nak stop minum air sebab haus pon tak sempat. Kami bertungkus lumus untuk menyiapkan order customers. Oleh itu, janganlah marah kami hentak2 meja cakap “bagi la kami dulu. Kami dah tunggu lama.” Habistu orang lain pon tunggu lama. Nak buat cemana dah kalau satu meja order roti untuk makan lepas tu order roti untuk bungkus makan di rumah. Itu pon kami masa buat untuk bungkus kami akan try selitkan untuk yang makan sebab kami tahu, kami perlu mengutamakan yang makan dahulu. Tapi itu tak bermakna kami kena biarkan orang yang order bungkus ya tuan puan sekalian. Jadi, janganlah marah kami dengan jerit-jerit, hentak-hentak meja. Kami ada perasaan. Nak tegur, nak comment boleh, tapi dengan berhemah :)

2. Regarding price. Ramai yang akan cakap kenapa kedai A murah kedai B mahal. Encik dan Cik sekalian, sebelum menuding jari ke kami, sila pastikan dengan kedai mana encik bandingkan. Adil ke sebuah kedai yang sewanya rm6k+ dibandingkan dengan harga sewanya rm500+- sebulan atau yang seangkatan dengannya atau stall tepi jalan yang hanya membayar license. Kami peniaga di kedai makan dengan peniaga yang berniaga di tepi jalan membayar cost overhead yang berbeza. Air, elektrik, astro, semua lain harga dengan harga yang encik cik tuan puan sekalian bayar unuk rumah. Sebagai contoh, kfc di klia dan kfc di kawasan perumahan kalian semua mempunyai harga yang berlainan, am i right? Mengapa? Kerana kadar kos sewa dan sebagainya di klia adalah berbeza dengan kadar bayaran kedai biasa. Jangan bandingkan. Also, this is a note to everyone, please don’t compare kedai makan restoran dengan kedai stall di tepi jalan. Mengapa? Tepuk dada, tanya hati. Fikirkan.

3. Saya sebagai a cashier girl, sometimes sangat terasa hati dengan customers yang suka marah-marah hanya kerana kami bertanya tambahan makanan. Salah ke kami bertanya? Kadang-kadang ada customer yang makan kuih sebagai contoh tapi tiada dalam bil. Oleh yang demikian, sebagai cashier, tugas kami untuk memastikan semua yang dimakan dibayar. Salah ke kami bertanya? Jangan lah jawab dengan ayat yang menyinggung hati kami “Apa yang ada dalam bil tu kira je la. Kalau tambah saya cakap. Kalau takde, takde la.” Encik dan cik sekalian, salah ke kami bertanya?

4. Apa salahnya membalas ucapan terima kasih kami dengan ucapan sama-sama. Lagi menyinggung hati ni bila lepas ambil balance dengan muka berlagak terus pergi. Ya kami tahu, kami orang peniaga manakala anda sekalian orang besar-besar, kami tak sama taraf. Tapi anda tahu ke ada juga antara kami si peniaga ni sebenarnya ex manager, ex accountant, ex boss. Tapi dah kami lebih suka kerja sendiri dari kerja bawah orang nak buat cemana. Dan kami juga manusia biasa. Takkan hanya sebab kami hidup dengan duit encik/cik/tuan/puan sekalian kami seperti dipandang enteng. Apa salahnya senyum, senyum itu bukankah sedekah? Apa salahnya juga saling hormat menghormati tak kira antara yang tua atau muda.

5. Kepada perokok-perokok sekalian, saya bermohon supaya jangan sesekali menyembur asap rokok anda di muka kami semasa sedang membayar. Saya mohon. Apa salahnya merokok dulu sebelum bayar di counter? Ada antara kami (cashiers) yang mempunyai alahan dengan asap, ada yang mempunyai migraine, so sila faham kami juga. Tak semua orang boleh accept asap rokok dengan hati yang terbuka.

6. Apa salahnya mengucapkan terima kasih / senyum selepas diberikan discount walaupon hanya bernilai rm0.10 ? Kami juga ingin rasa dikasihi dan disayangi.

7. Kepada pasangan yang sudah berkahwin, jangan lah kamu jeling kami seandainya kami senyum kepada pasangan anda. Untuk pengetahuan sekalian, kami memang diharuskan untuk sentiasa senyum. Tidak dinafikan, ada juga some of us yang try to flirt tapi bukan semua. Beringatlah, kami pon ada orang yang kami sayang ahakss ;p

7. Kami sebagai peniaga bukanlah menyediakan kemudahan tandas untuk orang awam. Tak salah untuk menumpang, tapi apa salahnya minta izin dulu? Dan kalau saya ditempat anda sekalian, at least belilah milo ais ke teh o ais ke sebagai tanda gratitude setelah menumpang tandas orang. Bukan apa, tapi amda menumpang toilet tu mesti lah sekali menumpang air ye dok? Air kat kedai mahal ya tuan puan sekalian. Lepastu, kami pon bayar gaji tukang cuci kami. So it’s common sense kot bagi saya lah.

8. Kami sebagai pihak peniaga ingin memohon ampun dan maaf seandainya kami terlayan kasar, terlayan lambat, tercaj lebih dan sebagainya. Jikalau dalam makanan ada rambut ke telur lalat ke, maafkan kami juga. Itu semua diluar jangkaan (jangkaan ke?) kami. Percayalah, kami semua berhempas pulas untuk memberi yang terbaik. Peniaga mana yang nak bankrupt kan? Kami manusia biasa, kami juga berbuat kesilapan. Again, we are deeply sorry.

Eh terpanjang pulak hehe. Jangan marra marra. Senyum senyum lah selalu. Jikalau saya ada tersalah or terkasar bahasa, maafkan lah saya. And I’m also sorry for using malay and english in one sentence. These are all from my semiconscious mind and i just poured them out. Apa yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

Oh btw, I’m sorry for telling all these here. I found out that IIUMC is the only medium to express what have been inside my heart for so long. Mohon share juga kalau sudi. Thanks in advance. Have a nice day ahead!

– Peniaga kedai makan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit