Majikan Oh Majikan

Ini pengalaman aku sendiri lepas dah lalui macam2 jenis kerja dalam hidup aku. Company kecil dan besar aku pernah rasa. Aku perempuan Muslim, jadi aku memang agak memilih tempat kerja yang membenarkan aku untuk menutup aurat dengan sempurna. Aku lebih tenang bekerja dalam keadaan aku mendahului tuntutanNya terlebih dahulu daripada tuntutan majikan. Rezeki kan di tangan Allah.

Selama ni aku memang kerja dalam company M je la. Orang kita. Tapi mostly majikan orang kita ni memang pentingkan diri. Pertama, bab kewangan. Aku kerja bahagian kewangan. Faham2 je la. Orang kita ni kebanyakannya memulakan bisnes tanpa ilmu kewangan yang baik. Habis semua cost dia nak cut. Gaji pekerja bayar tak ikut kelayakan, tapi harap hasil terbaik. Bukan harap tinggi sangat gaji pun, tapi janganlah aniaya orang yang layak dapat gaji yang baik. Aku yang prepare gaji pun kesian. Especially dengan lelaki2 yang ada tanggungan. Bukan sales takde, bukan duit takde nak bagi staff ‘ganjaran’, tapi itulah pentingkan diri sendiri.

Ada jugak majikan yang suka ganggu waktu privacy staff. Lewat malam pun bos nak whatsapp pasal kerja. Nak respon segera. Walhal bukan urgent pun, boleh tanya esok. Aku teringat officemate aku yang dah kahwin cerita, bila suami dia tegur bos awak ni tak tahu nak hormat orang ke? Sedangkan aku bujang pun dah rasa terganggu. Sabtu ahad lagilah. Kerja nak tip top, kadang2 terkeluar dari job scope, tapi berkira dengan gaji dan OT. Aku jenis pendiam, tapi pada perkara yang aku rasa hak pekerja dan aku rasa benar, aku akan bersuara. Tapi takdelah tinggi suara. Sungguh nilai adab menghormati dan belas kasihan semakin terhakis bila teknologi semakin canggih.

Itu belum lagi majikan yang guna duit company suka hati. Yang tak ingat adat berbisnes ada zaman jatuh bangunnya. Memanglah company dia, tapi dia kena tahu tanggungjawab dia sebagai majikan ada hak2 pekerja yang patut dia langsaikan. Kalau sesuka hati guna duit untuk kepuasan diri sendiri sampai tanggungjawab pada staff tak tertunai, itu dah kira menzalimi hak orang lain. Apatah lagi pada claim2 yang tak dibayar, epf dan socso yang berkira2 nak bayar, itu hak orang. Ramai je pekerja yang tak tahu hak sebagai pekerja, dan apa yang dia boleh report ke pejabat buruh. Haram hukumnya kau makan duit2 yang sepatutnya hak pekerja tapi kau tak bagi. Lepas tu berangan2 nak kembangkan bisnes dengan maju jaya. Puii.

Jangan lupa ya, doa orang teraniaya ni maqbul. Kalau kau dapat staff hati baik mungkin dia tak doakan kau macam2. Tapi kalau yang tak berapa nak baik ni, jangan peliklah kalau company kau dikelilingi hutang. Client tak bayar, marah2 tak suka dan sebagainya. Income masuk berpuluh ribu dalam akaun company setiap bulan tapi tak pernah cukup. Rezeki Nampak macam murah kan tapi sebenarnya sempit. Ketika untung beribu riban, kemana kau halakan? Zakat, sedekah ada tak? Hidup jangan tamak, nanti binasa. Dunia ni kalau dikejar takde apa2 nilai pun. Sampai satu masa bila kau dah dapat apa yang kau nak, kau akan rasa kosong kalau tak dipulangkan pada Pencipta. Kena bersyukur pada akhirnya. Benarlah, menjadi orang kaya yang bersyukur itu lebih susah dari menjadi orang miskin yang bersabar.

Lagi satu, jangan buat bisnes tangkap muat. Cincai. Tak bersungguh2. Takde disiplin tak jaga masa. Kita orang Islam. Kalau buat bisnes sendiri2 boleh la nak malas2. Tapi kalau dah ada staff fikir2kanlah. Ada satu masa tu, company aku deal dengan artis lelaki. Tak payah cakap la. Bos punya nak buat networking sedap je dia guna aku, si artis ni pulak pelik asal aku tak heran nak ambil gambar ke sign bagai. Sorry sikit, aku bukan wanita yang tenggelam dalam hiburan. Aku ada prinsip sendiri dalam bergaul dengan lelaki tak kira lah kau artis ke apa. Bab kerja aku boleh professional. Dia pun aku tak kenal waktu tu. Last2 bos paksa aku amek gambar dengan artis tu. Tapi artis tu perasan aku macam tak berapa selesa nak duduk dalam bercampur macam tu.

Lagi satu soal fake document. Aku pernah kena buat dummy sebab nak kena hantar ke audit. Aku cakap aku tak nak buat, tapi aku takde pilihan. Aku kena buat. Bukan jumlah yang sikit. Sebab nak tutup transaction yang melibatkan orang2 atasan dan politik. Sampai aku diajar untuk menipu auditor, tahu apa aku rasa? Sebagai orang yang belajar tentang syariat aku tak sanggup rasanya buat2 tak tahu tentang hukum hakam yang aku sebenarnya tahu. Makna kata disini, aku bukan jahil tapi aku buat jugak. Bayangkanlah wanita bertudung labuh menipu, aku pun rasa jijik dengan diri aku sendiri. Last2 aku berhenti sebab aku tak sanggup nak main duit2 kotor menipu bagai.

Mungkin orang kata normal la involve dalam finance mesti ada benda2 kotor ni. Ada bos yang kata kalau kamu tak boleh bertahan dalam bidang yang memang kotor ni, kamu takkan pergi jauh. Maaf encik, rezeki saya bukan di tangan encik. Kena sogok aku tak pernah. Tapi kawan2 aku pernah. Disuruh audit kilang arak pun pernah pastu berhenti sebab dah takut benda2 haram ni kan. Nampak macam susah kan nak survive, takkan asyik nak berhenti kerja kan, tapi yakinlah meletakkan syariat Allah ditempat pertama adalah sebenar2 kepuasan dan ketenangan.

Hidup kita ini bernilai berdasarkan prinsip yang kita pegang. Prinsip2 yang Allah gariskan bersumberkan Quran dan Hadith. Kalau tak tahu tanya dan belajar. Bila orang lain cuba pengaruhi kita dengan perkara2 yang menyimpang, adakah kita masih dengan prinsip yang sama? Atau sebab takut dengan majikan, takut kena berhenti kerja, kita cairkan cara hidup kita sebagai seorang Muslim.

Apapun, tahniah majikan2 yang betul2 menjaga halal haram dalam berniaga walaupun ada jugak perkara2 yang tak mampu nak elak. Tahniah majikan yang sentiasa menjaga hubungan sesama manusia dan pekerja. Semoga sentiasa dalam keberkatanNya. Kunci kejayaan bisnes ni senang je. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Letak rasa taqwa iaitu takut dengan halal haram dalam perniagaan. Tolak rasuah, penipuan, penindasan, kurang2kan timbangan tu jangan. Ya, tahu macam susah nak survive bisnes dalam keadaan ekonomi yang kotor ni. Buatlah ikut syariat selagi mampu. Kalau kau tak cuba tapi dah mengalah dulu macam mana?

Mungkin kita lupa kisah Nabi Syuaib kaumnya mengurangkan takaran dan timbangan dalam berniaga. Allah bagi amaran keras. Ini soal keadilan, kejujuran dan hak2 orang lain yang sepatutnya dia dapat. Isu duit ni bukan benda kecil. Sehari 10sen, tapi kalau dah bertahun2? Menjadi darah daging pulak kan. Muhasabahlah. Aku sebagai pekerja pun kena muhasabah jugak. Mungkin aku tak mampu nak perbetulkan banyak perkara dalam dunia yang penuh dengan duit kotor dan ketidakadilan ni. Aku dah cuba, tapi betapa susahnya nak tegakkan kebenaran dalam keadaan sorang2. Bagi yang mampu bertahanlah dan cubalah sehabis baik. Tak kiralah apa bidang pun. Moga Allah mengganjari dengan sebaik2 ganjaran bagi mereka yang berusaha menegakkan syariatNya.

– N

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit