Manis Pahit Hidup

Alkisahnya saya mempunyai cita cita untuk menyambung pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang kejuruteraan eletrik dan eletronik. Tetapi, sebagai lepasan matrikulasi 2012/2013 dalam bidang biologi dan kimia menyukarkan keadaan ini. Tambahan pula, saya cuma mempunyai pngk 3.08 dan mendapat gred C dalam fizik semasa spm. saya berhasrat untuk mengambil pepriksaan STPM persendirian kerana sudah berumur 22 tahun. tak daPAT amik stpm di sekolah sebab had umur 20 tahun.

Tetapi pekerjaan saya sebagai pelayan restoran di kampung halaman menyukarkan saya untuk belajar. saya bersykur dapat bekerja tapi, kudrat saya sudah tak tertanggung dengan pekerjaan ini. Bekerja sebagai pelayan restoran sukar sekali. kudrat dikerahkan sepanjang bekerja. terkadang melayan karenah pelanggan yang menyumpah seranah /memaki hamun meletihkan hanya kerana kesilapan kecil. Sebab, dripada mengemas meja hingga memesan makanan memang pelayan yang uruskan. pesanan makanan, mengemas meja, menyampaikan pesanan pelanggan, mengangkat pinggan mangkuk, membersihkan lantai, sampah sarap tugas utama pelayan. kadang kadang terpaksa menggantikan tugas pencuci pinggan mangkuk jika tidak hadir bekerja. memang letih bekerja. Sudah kuusahakan mencari kerja masa office hour tapi tiada kerja kosong. lagipun setakat kelulusan matrikulasi dan tidak mempunya pengalaman sebagai kerani tidak memungkinkan hasratku tercapai.

Bekerja semasa office hour dan mempunyai epf. ini impianku kerana waktu bekerja mempunyai dua shift. waktu bekerja 6 pagi hingga 2.30 petang. rehat 2.30 petang hingga jam 6 petang. kemudian, bekerja semula jam 6 petang hingga 10 malam. Shift jam 10 pagi pula hingga 6 petang. rehat jam 6 petang hingga 7.30 petang. Kemudian bekerja semula hingga jam 10 malam. jadi waktu bekerjaku sehari 10 jam hingga 12 jam. saya sungguh terbeban kerana kudrat dikerahkan senantiasa semasa bekerja.

ini situasi semasa bekerja. Pelanggan mula duduk. jadi, pesanan dibuat oleh pelayaan. terkadang pesanan hendak diulang dua kali untuk mengelakkan pesanan salah. kemudian, pesanan makanan dan minuman dihantar. pada masa yang sama, pinggan dan gelas hendaklah dikemas sejurus sahaja pelanggan lain angkat kaki. mesti lap meja . kalau kain buruk itu tidak jumpa, pelayan biasanya pusing keliling 1 kedai mencaRI kain lap. pesanan makanan siap, pelayan angkat kemeja pelanggan. jika pelanggan tak berpuas hati, hantar semula untuk masakan yang baru TANPA CAJ.(kadang kadang je r, tgok perlu atau tidak kena caj). lepas tu, angkat semula pingan dan gelas kotor untuk dicuci. rutin sama setia hari. penat terasa sebab bergerak tanpa rehat melainkan makan. bukan perkara mudah bagiku. gaji pun setakat rm550 tanpa epf. mmg epf mula diberi selepas 6 bulan bekerja.

sewa rumah juga harus dibayar sebanyak rm100 tiap bulan. tekanan rasanya. amacam nak simpan duit dgn gaji ciput. yuran universiti awam bianya rm3000. nak kumpul duit sebegitu banyak, saya mesti kerja selama dua tahun. kudratku sudah habis tika ini.

rutin harian ini melelahkan hingga saya tak dapat belajar. mungkin teerkubur cita citaku. kalau nak apply result matrik untuk upu mungkin tak lepas dengan pngk itu. hmmm.. dilema.. dilema.. bantu aku. parents dah tua nak bhnti kerja, memang segan. tapi kalau aku tak berdaya. aku tiada pilihan. nak cari kerja susaH. tiada kekosongan. dilema. kalau taraf hidupku begini, masa depanku kelam. pasti tidak setaraf kawan kawanku yang berjawatan tinggi, ada kereta dan rumah, etc… mereka semua sudah konvo.. menghitung hari masuk kerja je.. aku sedih mengenangkan nasib begini.

p/s: kerja memang letih tapi bos baik hati.. ni je yang aku suka pasal kerja sebagai pelayan restoran.

– aching heart

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit