Mawar Yang Dipetik

Cerita aku harini adalah apa yang aku belajar dari salah seorang kawan yang baru putus cinta selepas bertahun-tahun couple. Harap menjadi pengajaran kepada kita semua insyallah.

Jujur aku terkejut bila kawan aku, Mawar (bukan nama sebenar) bagitahu aku yang dia dah putus. Sebab setahu aku, Mawar ni seorang yang selalu upload kebahagiaan dia di laman sosial. Alah, jenis yang selalu tulis status “happily ever after”, “done date with picture husband”, “bestnya buat spicy romen challenge dengan BF” dan yang sewaktu dengannya. Lagi-lagi sebab teman lelaki dia nampak alim dan baik.

Selepas mendengar cerita Mawar, aku membuat kesimpulan bahawa lelaki yang nampak ‘baik’ ini sebenarnya ada dua jenis, yakni yang betul-betul alim, ataupun yang ‘insecure’/kurang keyakinan diri. Senang cerita, ex-bf Mawar, dari mulutnya sendiri, seorang yang sangat baik. Dia tak pernah ada awek sebelum ni dan dia layan Mawar bagai permaisuri. Telefon dan mesej hari-hari tu tak pernah gagal. Bayangkan masa main dota bf dia sanggup tinggalkan skype dengan party sebab Mawar call. Pergh kalau main dota dengan aku ex dia buat macam tu, memang aku kutuk habis-habisan dan putus kawan. Tapi ex-bf Mawar tak kisah, sebab dia sayang sangat dekat Mawar. Ayat2 “I nak kahwin dengan awak”, “Kenapa Mawar masih dengan I, sedangkan you lagi lawa, I ni tak hensem” and “Jangan risau, I akan kerja keras untuk take care of you, all you need to do is to continue to look pretty” bak kata Mawar, dah jadi rutin harian. Perempuan mana yang tak cair kan?

Bila Mawar putus, bermulalah OPS siasat dan sumpah aku terkejut bila Mawar cakap yang dia dah lama terseksa dan terpaksa buat banyak benda yang dia tak suka, semata-mata atas dasar sayang dan kesian. Dari situ aku sedar beberapa perkara:

1. Ayat orang insecure ada unsur-unsur islamik sikit. ” I tak kisah apa yang you buat dengan ex you dulu, ustad cakap jangan ungkit aib kita”.

Bezanya orang alim memang tak kisah manakala orang insecure ni kisah tapi pura-pura tak nak tau sebab jauh di lubuk hatinya, dia suspek yang sebenarnya yang awek dia tu mungkin tak seindah yang dia impikan. Dia tak mahu terima kenyataan yang kita semua manusia yang pernah berdosa, dan bukannya malaikat. Yang paling jelas, dia akan kata benda-benda ni haram, tapi bila dengan dia, dia tak kisah dan mungkin dia yang mulakan maksiat. Tau tak kenapa? Sebab dalam minda dia, dia rasa tak apalah buat benda ni, dia kan bakal imam awak. Dalam minda dia, awaklah jodohnya, sebab mana taknya, hanya awak je yang nakkan dia. Yang aku tak boleh terima tu, ex bf tu psiko Mawar bila Mawar tak mahu ulang benda yang dia pernah buat zaman-zaman jahiliah dia dulu.

Contoh paling simple, pegang tangan. Bila ex dia cakap “tangan you adalah tangan perempuan pertama yang I pegang. Nervous boboi” dan Mawar terlepas kata yang dia dah lama tak pegang tangan sejak zaman sekolah. Terus ex-bf tu lepaskan tangan Mawar dan merajuk. Setelah Mawar pujuk, dia gunakan ayat “jangan ungkit aib kita lain kali”, tapi lepas tu bila dia jalan sebelah Mawar, dia expect Mawar untuk pegang tangan dia. Yang hebatnya, Mawar paham yang dia kena pegang tangan, sebab tu dah jadi ‘tanda’ sayang. “Ye lah, Mawar pernah pegang tangan lelaki lain tetapi dengan saya, Mawar tak nak”, kata ex Mawar bila dia merajuk terngiang-ngiang di teling Mawar. Sejak dari itu lelaki tu slow2 kenalkan kepada maksiat yang lebih berat, sehingga Mawar terpaksa buat benda yang dia menyesal sekarang. Nauzubillah.

Selepas setiap peluang, dia akan beri ayat ‘Mr. Nice Guy.’ “Eh u, i rasa bersalah la apa I buat dengan you semalam”, “U ok, ke, betul ke ni yang U nak?” , “Kalau anytime you rasa x selesa, kita stop ok?”. Tolonglah kaum hawa, ayat-ayat tu semua bukan sebab dia risau pasal awak, tapi sebab dia nak buat lagi benda tu! Tak percaya, cuba awak halang si dia dari buat benda tu di kemudian hari, pasti brader tu melenting punya! Kesian awak penat berkorban, dia pulak anggap awak sebagai daging korban.

2. Jangan kita suka-suka guna ayat “eh kau dulu dah sedap-sedap, pastu mintak bakal laki kau tanggung semua”

Sebab Mawar ni menyesal dia dah terbuat semua benda tu, lagi-lagi sebab kena psiko. Dia rasa dia telah diragut saat indah bersama bakal suaminya. Memori yang pertama tu sangat penting, dan cuba lah camna pun, mesti akan ada saki baki saat2 indah kali pertama dalam otak. Tak percaya tanya lelaki saat pertama dia menyabun, gerenti dia ingat dekat tandas mana. Cuba kau bayangkan suatu hari kau jumpa laki Mr. Perfect 200%, tapi sebab dia bukan yang pertama buat kau, kau dah tak dpt perasaan ‘wah, apa perasaan ni weh, tak pernah seumur hidup aku rasa sebegini’, dan hasilnya kau tak akan dapat mencintai dia sepenuh hati kau. Sadis beb. Mr Perfect kau bahagia je, tinggal kau yang terus membawa beban ini di dalam hati dalam diam. Bagi yang sedang berperasaan begini, anggaplah tu sebagai kifarah dosa anda dan semoga kita semua mendapat keampunan dariNya.

3. Kita semua ada hidup kita sendiri, usah biarkan orang lain, lagi-lagi lelaki yang belum sah, tentukan jalan cerita kita.

Mawar ada rupa, anak orang kaya dan sekolah tinggi-tinggi. Masa zaman aku mula-mula kenal dia, boleh kata semua orang kenal lah kehebatan akademik dan kokurikulum Mawar. Tapi biasalah, bila kau dah umumkan yang kau ada kekasih, lelaki lain semua pasti akan jauhkan diri dari komen gambar kau kat FB, melainkan lelaki dayus dan loser. Jadi selepas beberapa tahun, kau akan ada perasaan yang kau ni dah tak laku, sebab lelaki lain dah tak komen, tapi percayalah, ramai kot lelaki spesis aku yang dah selalu stalk kau. Mawar bila putus je, dalam seminggu, bersepah orang dah tunggu dan sedia nak pm tepi. Lemah betul, confirm la kena rejek, bagi la budak tu nangis puas-puas dulu.

Pengajaran dia kat sini, tolonglah ada cita-cita. Jangan jadikan lelaki dan perasaan dicintai/laku tu sebagai matlamat hidup kau. Kejarlah menara gading, bukan menara daging. Jangan sesekali kita terima je apa yang orang lain harapkan dekat kita, melainkan kita sendiri yang betul-betul nak. Hidup ini sekali, kita tak ada masa nak hidup kehidupan orang lain. Dengan mak bapak berani pulak melawan, terkongkonglah, tapi bila bf ajak pergi tasik sedangkan esok ada peperiksaan, ok je lepas dia janji “eh u belajar kuat2 buat apa, kan I akan jaga u forever”. Sebab apa? Sayang… Dah lama dengan dia… Sedihnya. Kenapa nafsu dia lebih penting dari cita-cita dan keinginan awak?

4. Tak salah untuk kita meletakkan requirement, kerana tak semua orang sanggup terima bebanan yang sama.

Satu benda aku respek geng-geng usrah is bila dia isi borang baitulmuslim nak kahwin, dia boleh letak ciri-ciri yang dia mahu. Nak yang ada muka Arab la, nak yang bole bangun qiam la, kentut wangi, apa-apa lah semua kau bole mintak. Cuma ada ke tak orang yang boleh penuhi permintaan kau hahahaha. Yang ni terbaik, sebab kalau kau nak semua orang ikut novel cinta yang lelaki sejati tu tak kisah akan ciri-ciri wanita, tolong meninggal. Tidak salah mencari teman hidup yang ada ciri-ciri yang kita mahu sebab itu lah yang menjadikan kita sebagai individu unik dari orang lain! Kalau kau memang tak boleh terima something, cakap cepat-cepat, jangan bazirkan masa orang lain. Contoh kau memang minat perempuan, tetiba kau tau awek tu lelaki yang dah bedah. Pandai pulak kau cabut. Sama lah dengan benda lain. Mungkin orang ingat benda tu kecik je, tapi bagi kau, besar amat. Yang bakal kahwin kau, bukan orang yang mengata ye. Cuba kau bayangkan kau kahwin je orang tu walaupun kau tak boleh terima dia. Mungkin kat luar sana, ada orang yang betul-betul sesuai dengan dia dah kempunan. Hasilnya, wujudlah 2 orang yang terseksa batinnya. Semua sebab kau takde pendirian/cuak bro.

Harap perkongsian ini bermanfaat. Maaf jika ada terkasar bahasa. Doakan Mawar bahagia ye rakan-rakan.

– Air mata di bahu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit