Melayu Mudah Dengki

Assalamualaikum warga iium confession ! Terima kasih admin sebab sudi siarkan cerita aku. Aku rasa tak perlu kut untuk kenalkan diri aku. Maaflah kalau penulisan aku ni tunggang langgang huhu.

Dulu keluarga aku ada buka kedai runcit dekat kampung. Memang boleh kata kedai kami la yang paling maju dekat kampung tu. Kira dulu masa keluarga aku buka kedai tu kalau aku jalan jalan kampung ja mesti orang kenai aku. ‘ Ni anak tokey kedai *** shop kan ? ‘. Peh. Mula dari bawah sampai atas dan atas. Semua barang ada. Kalau malam raya lagi meriah kedai tu. Meriah dari shopping mall aku rasa. Dekat kampung tu kalau kedai ada cctv tu kira gempaklah. Alhamdulillah sejak buka kedai tu kami sekeluarga dapat hidup lebih senang.

3-4 tahun selepas tu , keadaan kedai makin merosot. Bukan merosot sebab mak ayah aku dah malas nak teruskan ke apa. Ini sebab buatan orang. Allahu. Pertama tu , mak aku jumpa taik dan jarum depan kedai masa awal pagi dia nak buka kedai. Masa tu keadaan kedai boleh dikatakan okay lagi. Dia tak syak apa apa pun. Lepastu ada lagi. Satu malam tu mak ayah aku decide untuk tunggu dalam kedai sampai pukul 2-3 pagi. Nak tengok dari screen cctv siapa yang duk letak benda benda gini depan kedai. Dekat 1-2 pagi tu , nampak kain putih terbang depan kedai sekali lalu. Mak ayah aku apa lagi. Terus balik. Seterusnya , ada orang pakai baju serba hitam , masuk kedai. Dia round round kedai 2-3 kali lepastu dia tak beli apa terus keluar. Mak aku dah pelik dah. Tapi tak apalah husnuzon. Lepastu ada seorang pakcik kampung ni , dia macam boleh tahu ada orang buat dekat kedai kami , dia bagitahu mak aku kedai ni kena buatan. Mula dari situ mak ayah aku duk ikhtiarkan macam mana nak hapuskan buatan ni. Tapi tak dapat hilang. Makin lama makin teruk. Ada sekali tu supplier datang nak hantar barang , dia straight ja , tak berhenti dekat kedai kami untuk hantar barang. Mak aku call la dia kata kenapa tak berhenti hantar barang , dia kata tadi dia lalu kedai tutup. Mak aku pun heran. Mak aku suruh dia patah balik , dia tengok kedai buka elok je. Dia pun terkejut. Lepastu ada makcik tua ni , dia jalan kaki nak datang kedai kami petang tu , lepastu perkerja pekerja kedai kami kalau takada customer diorang selalu lepak duduk atas tong ais sembang dengan makcik makcik yang datang singgah. Biasalah kampung. Lepastu masa diorang sembang ni , diorang nampak makcik tua ni dia macam kebingungan tengah jalan depan kedai. Diorang panggil la dia. Banyak kali dia tak dengar , masih lagi kebingungan. Lepastu pekerja mak aku pergi tarik dia datang kedai , baru dia sedar. Dia kata masa dia jalan nak datang kedai , sekeliling dia semua hutan. Tula dia terpinga pinga dekat situ. Lepastu makin teruk , telur dekat kedai semua buruk , banyak customer datang mengadu kata ada yang busuk ada yang isi kosong. Allah. Dan beras pulak , kalau tanak mesti ada ulat. Mak aku pernah tanak nasi beras tu , memang ada. Tapi yang pelik aku ja yang selalu nampak. Setiap kali nak makan nasi mesti ada ulat. Mak aku banyak kali dah jumpa ustaz ustaz , memang betul yang ulat , telur apa semua tu buatan orang. Orang melayu. Selebihnya dia tak bagitahu. Makin hari makin merosot gila ! Mak aku cerita , masa kedai makin merosot tu , sehari jualan dapat RM20-RM30 macam tu ja. Nak bayar gaji pekerja pun tak lepas. Lepastu dengan mak aku sekali kena buatan orang. Sumpah aku tengok pun kesian gila. Sampai la dia nak jejak kaki dekat kedai tu pun dia tak boleh tahan dah. Mak aku pun jual kedai tu.

Lepas kedai tu dijual , tuan baru dia ada la panggil pak pak ustaz bomoh datang tangkap jin segala jin yang ada dalam kedai dekat kampung tu. Nak dijadikan cerita , malam tuan baru bawak pak pak bomoh tangkap jin tu , malam tu la mak aku kena rasuk teruk. Allahu. Aku tengok pun sampai nangis nangis. Rupanya ibu dia ada dekat mak aku , dan anak anak dia ada dekat kedai tu *bak kata pak pak bomoh tu la* Lama jugalah mak aku tanggung buatan orang tu sampai dia betul betul pulih. Alhamdulillah.

Kepada melayu , janganlah mudah dengki. Percaya pada rezeki Allah. Aku salute cina. Dari pandangan aku , walaupun diorang buka kedai runcit sebelah sebelah pun dua dua boleh maju. Aku tak pukul rata , aku tak kata semua melayu mudah dengki. Jangan kecam aku. Semua ni dari pandangan aku.

Oklah sampai sini sahaja cerita aku. Assalamualaikum !

– Miss A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit