Membeli Bukan Bermakna Membazir

Assalamualaikum. Terima kasih siarkan confession ni kalau ianya tersiar. Kalau tak tersiar admin bacalah sorg ye hehe.

Aku malas la nk kenalkan diri sebb tak perlu kenal la. Cuma lebih pada nk luahkan dan bagi pendapat aku.

Lately ni ramai yg bagi tips macam mana nk simpan 18k pada usia 18 tahun, mcm mana nk simpa 50k pada umur 25 and so on. So ini pendapat aku .Jangan kecam walaupun ada yg akan kecam nnt. Memang zaman kita duk hidup sekarang zaman harga rumah naik mendadak. Sentiasa naik harga rumah.

Rata rata akan spend 1/3-1/2 dari gaji korg utk simpanan sama ada beli rumah atau asb atau beli emas. So bagi yg aku pernah baca tips2 ni mmg bagus. Tak nafikan boleh jd guideline pada yg baru nk belajar manage duit sbb byk kesedaran jugak kepentingan menyimpan ni. Tapi ingat, jangan terlalu ghairah nk simpan aset atau duit dengan mengabaikan benda penting lain.

1. Contohnya mak ayah kita. Ada aku baca orang share camna dia beli rumah dia pada usia 23 tahun. Sangat impressive tak dinafikan. Tapi bila tgk flow duit dia, dia hanya bagi pada mak ayah rm150 sebulan sedangkan spend almost 1k utk rumah dan renovate. Kau kalau belanja rm150 sebulan cukup tak nk makan? Cukup tak makan + minyak + bill sebulan. Haa bayangkan mak pak kita camna. Kita yang single ni pun cungap nk hidup dengan rm150. Bayangkan mak pak kita yg hidup berdua dgn adik2 kita yg mungkin sekolah lg. kalau hang anaK tunggal beruntunglah. Apa kata kurangkn sikit untuk rumah tu dan spend lebih utk mak pak kita. Mungkin kalau mak pak yg masih bekerja tu depa tak mintak tapi kita sebagai anak tak salah membahgiakan depa dengan duit. Sebab memang mak pak kita kalau takdak duit pun mmg depa tak mintak kat kita sbb takmau menyusahkan. Sebagai anak pandai2lah kau jalankan tanggungjawab.

2. Makan. Makan tu penting. Berjimat cermat pun penting lg2 yg baru bekerja atau gaji tak tinggi. Tapi aku baca yg nk beli rumah tu sampai ikat perut bagai. Mmg perlu usaha nk sesuatu tp jangan terlampau tight sampai makan pun berkira. Ada hal makan maggi hari2. Ada hak makan lauk telur kicap ja hari2. Kesian weh badan kita yang tak cukup zat. Hak ni aku cakap dr segi yang berkemampuan tapi saving melampau. Kalau yg betul2 tak berkemampuan tu aku paham la tak boleh makan mewah dan mahal. Dlm islam pun ada cakap kita dilarang menzalimi tubuh badan. Tanggungjawab kita kat badan adalah pastikan kita tak sakit, makan berkhasiat dan cukup makan. Sayang badan kita.ingat tu.

3. Jangan perli. Kalau hang mampu nk beli rumah pada usia muda, jangan duk perli kawan2 lain hak xdak rumah lagi. Kadang2 aku tgk yang bagi tips ni pun sempat memerli lagi. Tahap kemampuan dan keperluan kita tak sama. Hang boleh beli rumah sebab takdak loan kereta. Kereta pun mak pak siap bagi masa birthday ke 22. So simpanan hang mmg boleh beli rumah terus masa dah kerja. Ada kawan2 hang yang beli kereta dulu masa dah bekerja. Pastu mula la hampa duk perli, kesilapan beaar yang anda lakukan semasa baru bekerja adalah beli kereta. Hang mana tahu kawan2 hang tu hari2 naik ktm/lrt pkul 6 dah keluar rumah. Belum lagi tahap kelembapan pengangkutan awam yg depa terpaksa tunggu sampai berjam kadang. Kadang mai kerja pun punchcard dah merah sbb public transport punya problem. Lepastu plak gomen pun baik hati aih p naik kan tambang sampai double. Hang bayang kalu sehari tambang dah rm10. Rm10 x 30 : rm300. Baik hg beli axia ja. Tak stress tunggu train lelama, takyah keluar rumah masa ayam tak berkokok lg. setengah orang kata bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Dah kalau keluar pg pkul 6 sampai rumah mlm pkul 11, kereta dah jd keperluan sbb harga hang naik public transport dan sama mcm hg bayaq kereta bulan2. Benda dah jd keperluan.

4. Keperluan diri. Aku ada tgk someone ni sangat2 mengumpul asset sampai seluar koyak pun takmau ganti. Kata membazir. Pakai ja sampi takboleh pakai dah. Bukan membazir wahai manusia, pakai la yang elok sikit. Stakat seluar baru rm50. Kalau kedekut sangat p beli bundle punya takdak hal. Berpakaian lah sempurna. Sempurna bukan maksud mahal tapi yg elok2. Sedap mata memandang tu maksud nya takdak koyak2 tercarik sampi nampak kulit.

Tengok kemampuan kita. Tak salah slow2 simpan duit sikit sikit buat beli rumah. Asalkan kita enjoy dan beserdahana dalam semua benda. Nanti lama2 gaji hampa naik sikit2 time tu hanpa boleh doublekan saving tanpa lupa kepentingan lain.

Kesimpulan dia, nak saving boleh, nak kumpul aset boleh, jangan abaikan mak pak, jangan sampai mak pak terasa ngn kita, jangan sampai kita tak makan, jangan sampai kita kecikkan hati kawan2. Kalau yg betul2 berkemampuan tu takpa, hang jgn amek port apa aku duk tulih ni.

Aku tau satgi kat komen ni byk la hak duk kondem aku. Takpa hampa bukan kenai aku pun. Aku bagi pendapat ja.

– Cik dara bujang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit