Memori Bunuh Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca iium confession. Terima kasih admin approve kisah aku ni. Terlebih dahulu aku ingin mohon maaf jika kisah ini agak panjang dan ayat skema. Terpanggil untuk menulis bila terbaca tentang pengalaman belajar di negara K-pop, dan aku fikir ada baiknya aku buka pekung di dada berkenaan perasaan aku terhadap orang korea, dan pengalaman aku semasa hidup di sana sebagai pelajar yang gagal grad. Pelajar yang gagal di Korea? Jika pembaca nukilan ini adalah bekas pelajar di sana yang akrab dgn komuniti, pasti tahu kes pelajar tak grad sgt sikit. Dan itu hanyalah separuh daripada kisah aku di sini. Kisah yang ingin aku tumpukan lebih kepada pengalaman unik yang aku lalui semasa saat2 akhir pengajian degree aku di Uni Y. Pengalaman melihat kes suicide depan mata. Kisah yang sampai sekarang segar dalam ingatan. Rupa pelaku, saksi lain, emergency medic dan polis semuanya masih segar dalam benak fikiranku.

Korea dan suicide. Dan lesser situation, arak. Negara yg rakyatnya hidup serba competitive. Ditambah saingan dari jiran terdekat yg sangat dipandang dari pelbagai segi- budaya, lifestyle, dan work life. Bagi aku, bangsa Korea sangat bekerja keras dan memupuk hidup striving for excellence. Dari kecil sehinggalah ke alam pekerjaan, tekanan daripada masyarakat(ibu bapa, cikgu, komuniti) amatlah ekstrim sehinggakan suicide itu menjadi ‘budaya’, atau langkah akhir terbaik untuk penyelesaian masalah. Artis2 yg disanjung tidak kurang ramainya yang menamatkn riwayat hidup dengan membunuh diri. Jadi, tidak hairanlah di jambatan2 melintasi Sungai Han atau Han River (aku tidak pasti jumlah jambatan, tapi mmg banyak) dikhaskan papan iklan dengan kata2 positif supaya rakyatnya berfikir dahulu sebelum terjun ke dalam sungai. Life style dan work life yang membebankan adalah 1 punca besar kepada ni, dan aku percaya pegangan agama sgt penting dalam menentukan kompas mentaliti jiwa manusia. Rakyat Korea? Majoriti tidak beragama. Agama hanya atas kertas, banyak kes begitu. Sebut sahaja. Kristian? Buddha? Profesor aku di Uni Y (uni pro Kristian) sendiri admit yg dia Catholic, tapi hnya pada surface. Cara hidup dan didikan kpd anak? Kosong.

Aku tinggal sendirian di saat2 akhir pengajian. Extend 2 sem, sukar utk aku sesuaikan diri dengan kehidupan universiti. Tambahan pula aku melayu lelaki solo dlm batch masuk universiti tu. Sejujurnya aku amat lost dalam pelajaran start daripada sem 3. Lalai? Mungkin. Namun, aku sgt2 ingin clarify yg x semua student oversea ni x sedar dek untung. Belajar dapat duit banyak2, wasted. No. Aku sedar fail grad itu petanda aras aku di landasan yang salah, namun byk kekangan yg aku lalui spjg hidup di sana. Sebagai contoh, bila tggal sorg, nak cari rumah amatlah susah (area universiti adalah hotspot rumah sewa). Melainkan ada geng 4 org, set cari 1 rumah. Kos mnjadi krg. Elaun sara diri roughly RM1800 pada masa tu lepas convert. Sewa bulan rumah one room aku? RM1400+-, tak termasuk bil air elektrik. Masuk elaun je, beras sekampit telur sepapan jadi target aku. Sepapan tu lah sebulan menu. Sungguh. Pengalaman dan memori, ada hikmahnya. Aku pasti itulah yang menguatkan jatidiri aku.

Berbalik kpd kes suicide, maka aku decide break contract rumah sewa dan lari ke perumahan yg jauh drpd kawasan universiti aku. Sewa rumah dlm 40min jauh daripada rumah sewa lama. Kejiranan korean middle dan low-class 40-50 an umurnya. Sepjg sem extend aku menetap di situ. Satu pg waktu musim luruh, Subuh masih pada waktu biasa seperti di Malaysia ( summer subuh masuk 3-4pg. Bulan puasa summer sangatlah masak dan pishang bg student. Menduga). Memandang ahad dan bukan exam week (exam week aku follow korean style, berkampung di library universiti x balik 2 3 hari), aku decide pergi Family Mart (mcm 7E) utk beli kopi dan roti utk sarapan sambil layan movie. Keluar daripada rumah tiada apa2 yang menarik dan pelik aku rasakan. Otw balik nak masuk bangunan rumah sewa dalam 20 minit kemudian, aku perasan sesuatu yang pelik di pokok hujung bangunan. 10 saat juga aku terpinga cuba untuk hadam apa yang aku nmpak. Kusangkakan replika patung manusia tergantung di pokok, rupa-rupanya…masya-Allah…

Jarak aku daripada tubuh kaku tergantung di pokok itu dalam 80meter. Aku memekik ajossi(pakcik) 3 kali dari jauh.Tidak berganjak. Aku? Sama. Tidak berganjak ke depan untuk menolong. Situasi ini amat janggal, mana mungkin aku maju seperti hal ini perkara biasa.

Maka datanglah susuk tubuh manusia lain daripada belakang. Jiran muda yg tggal di tingkat 2. Dia hanya berlalu tanpa mengetahui apa yg sedang berlaku. Earphone, smartphone. Dunia dan manusia berpisah sementara. Lalu aku menarik tgn mamat korean ni bila dia mahu naik tangga. Aku tunjuk pokok bergantung kemas manusia itu. Serta merta merah mata mamat tu. Menggigil dicapainya smartphone td untuk mendail 119. Aku terlalu kaku dan bingung. Tak terfikir langsung akan emergency rescue team.

Dari panggilan kecemasan itu, aku dapat faham yang kami (witness) hendaklah bertindak dahulu sblm bantuan smpai. Disebutnya pisau di bibir mamat korean tu, lalu aku lari masuk ke dalam rumah ambil pisau potong ayam aku. Bermulalah siri kau buat ini aku buat ini. Rescue guider dalam panggilan mnta sorg potong tali gantung, sorg lagi sahut badan mangsa. Di pikiran aku sudah pasti lah potong tali. Kau sanggup peluk badan kaku entahkan hidup entahkan mati? Tidak sama sekali. Malangnya, mamat korean tu dengan pantas ambil pisau dari tangan aku dan berkata, “ready. Dalam kiraan 3, aku potong ko sambut.” I am like, this guy,really… Lalu aku hanya mengangguk. Sampai kiraan 3, tali yg dipotong x putus. Oh, pisau tumpul, bisik hatiku. Lalu aku hanya menunggu, dan…

Debuk!!! Aku x expect yang tali tu akan putus dengan cepat. Aku tak sempat sahut bdan ajossi tu. Terjelepuk badan kaku tu ke tanah. Darah luka keluar di kepala akibat hentakan dengan batu tanah. Aku pandang mamat korean tu. Aku tergamam lagi plus rasa bersalah sebab x sambut. Mamat tu da berair mata dan berlari ke rumah bertentang dgn rumah sewa aku. Aku ikut dia lari seperti lembu dicucuk hidung. Rupa-rupanya mamat tu dah dapat kenalpasti identiti mangsa. Diketuk pintu rumah tersebut. Keluar seorg lelaki, linkungan 30-an, tak terurus rambut (pagi weekend, perkara biasa). Ditanya kepadanya adakah ayah ada di dalam rumah. Dijawab tiada. Lalu mamat korean tersebut menangis sambil menunjukkan arah pkok yg terlindung dari rumah lelaki 30-an itu (aku panggil korean B). Pantas korean B lari ke tempat kejadian menjerit2 dan memanggil ayahnya. Menangis dan melaungkan ayat berulang2, “ayah, kenapa buat camni.kenapa?kenapa?” sambil mengetuk dada ayahnya. 10 saat kemudian dia mulakan cpr, mungkin sudah terkawal emosi. Isteri mangsa juga keluar melihat dan mengambil pisau pemotong tali milik aku. Dibawa masuk rumahnya dan dibuang. Nampak lebih tenang berbanding anaknya.

15minit kemudian bantuan sampai. 1 van medic 2 kereta bomba 1 kereta polis. Scene yg hanya boleh dapat ditonton dalam tv dan drama. Kerja prosedur menyelamat medic rescuer berjaya mengembalikan nafas mangsa. Lalu dikejarkan ke hospital untuk rawatan kecemasan lanjut.

Aku dan mamat korean A disoal siasat polis. Melihatkan aku seorg foreigner, aku bagai disisihkan dan banyak soalan lebih kpd Korean B (mungkin dia ingat kna speaking. Padahal aku boleh ckp Korean kot.) Maka pagi itu kembali tenang seperti tiada apa2 yg berlaku. Aku jadi pelik. Jiran lain macam tgk2 then berlalu pergi lepas semua anggota penyelamat bersurai. Like this is normal. Satu perkara yg aku tahu. Ini tidak normal buat aku. Petangnya dikhabarkan oleh anak mangsa yang ayahnya mati dalam perjalanan ke hospital. Jasad masih ampuh, namun jiwa mahu pergi. Hebat manapun rescue team, mental lemah apapun tak jadi.

Malam tu aku mimpi babak2 suicide tu berulang lg. Muka pucat, bdan kaku ajossi tu bermain lagi di dalam mimpi. Aku bgn mengejut dan terus tak tidur. Esoknya ponteng kelas. Teruk perangai? Tidak. Aku tak boleh keluar rumah. Mayat tak ada, tapi pokok tu masih di situ. Maka berlalulah isnin itu tak ke kelas, tak makan, hanya berselubung selimut. Aku trauma dan fobia.

Selasa. Aku perlu buat sesuatu. Kelas kena pergi. Kena bar satu hal pula menjawab di embassy (pegawai latihan in charge student time tu sangat garang, strict tapi bagus. Kepimpinan beridentiti). Bayangkan. Keluar rumah berlari sekuat hati tutup mata. Balik rumah malam supaya tak nampak kelibat pokok tu dalam gelap malam. 3 hari straight rutin aku begitu.

Kejadian itu banyak ajar aku benda. Aku masa tu lalai dari segi agama. Solat kadang penuh kadang tggal. Lepas pada tu aku solat dan bnyak baca quran. Syukur, 2 minggu lepas tu aku berjaya overcome trauma tu. No more nightmare, pokok tu pun tak ‘berhantu’ dalam pikiran aku. Asalnya report ke pegawai latihan tu mntak pindah rumah, terus cancel plan. Namun, itu tak merubah situasi aku yg x dapar cope dgn student life di universiti tu. Imigresen Korea reject extend visa, pihak universiti tolak rayuan luluskan 1 subjek yang aku gagal tu (grading tertakluk penuh kpd lecturer. Lecturer tu kata fail, universiti tu pun fully support decision).

Maka mengadaplah aku ke pegawai latihan tu di embassy. 2 3 sesi aku jumpa dia, maki hamun je aku dapat. Aku numb. Hadamkan situasi x dpt grad pn susah, nak hadam kata2 negatif daripada sekeliling? Maaf, aku gagal. Hanya 1 ayat yang aku ingat. “Nasib baik ayah kamu mampu. Kalau tak nak jadi apa balik Malaysia? Jual burger?”

Seminggu sebelum balik malaysia for good, adik aku yg nak grad di india pn dtg melancong. Mak aku izinkan dan pesan tengok-tengokkan aku. Naluri ibu yang kuat. Anak susah hati jauh2 boleh tahu. Adik aku ikut mana aku pergi. Dia cakap jangan buat benda bukan2. Sebab aku penah cerita kepada mak aku tntang suicide kat kejiranan tu, mak aku risau and pesan adik aku monitor keadaan aku. Last session jmpa pegawai embassy tu aku bwk adik aku sekali. Orang bawak family melancong jalan2, aku bawak adik aku mengadap musibat yang berpunca daripada aku sendiri. Malam tu kami menangis sama2.

Adik aku flight balik malaysia lagi awal daripada aku sbb aku delay flight nak urus hal balik for good ni. Dia nk pospone flight juga sbb masih tak yakin dengan condition aku. Aku janji dengan dia jumpa di Malaysia nanti. Maka 3 hari terakhir di sana aku abiskan dengan muhasabah diri dan banyak berjalan menatap bumi korea yang hampir 6 tahun menjadi kediaman utama aku. Jujurnya, aku rindukan negara sonata itu bukan kerana bnyak kemudahan berbanding negara sendiri, tapi kerana aku rasa negara itu sangat berpotensi jika ‘jiwa-jiwa’ rakyatnya lebih dekat pada agama. Mereka dipandang tinggi di mata dunia dari aspek pendidikan, teknologi, sukan, dan sebagainya. Malang, jiwa mereka ‘kosong’. Tiada real purpose of life. Bangun, kerja/belajar, balik, minum arak, tidur. Kemudian ulang. Rasa hidup susah, suicide.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah dan berbangga kpd kelompok student malaysia di korea yang komited dengan komuniti muslim di sana. Turut serta program Nuri, dakwah islamiah di masjid2 utk memperkenalkan islam kepada local people. Aku rasa khilaf. Sepanjang di sana aku x join benda-benda ini. Aktiviti yang lebih kepada kekitaan berbanding hanya aku. Kegagalan aku di sana aku jadikan teladan untuk masa kini dan hadapan. Moga-moga kesudahan kita tidak dengan suicide, nauzubillah. Dan aku doakan komuniti malaysia di korea kekal akrab dan harmoni seperti selalu. Nasihat kepada junior di sana, teruskan perjuangan dan jangan terpesong daripada main core business kita, belajar dan berbakti kepada mana2 antara berikut: keluarga, bangsa, dan agama. Pegang kepada kompas hidup anda. Jika terpesong, tanya kepada yang di atas sana. Di mana jalan kembali.

– 끝 –

– Gongpal Hakbon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit