Menantu Berhantu

Salam . tQ admin sebab dah siarkan confession aku ni . Maaf kalau confession aku nie agak panjang dan agak terbuka . Tapi sebenarnya aku takda niat nak buka aib sesiapa . Aku cuma tak tahu nak mengadu dan luah dengan siapa dan aku harap cerita aku nie boleh dijadikan pengajaran buat orang kat luar sana .

Aku nie dulu sebenarnya seorang student kat salah sebuah universiti kat pantai timur . Tapi lepas apa yg terjadi pada keluarga aku, mama aku buat keputusan untuk berhentikan aku dari belajar dan suruh aku cari kerja . Sedih memang sedih, yelah sebab time tu dah sem 4 nak masuk sem 5, aku berhenti belajar macam tu je . Rasa selama 4 sem aku belajar tu sia-sia je . Makin sedih bila terkenangkan kawan-kawan semua dapat sambung sampai grade . Kadang-kadang aku terfikir kenapa mesti aku ? Sedangkan aku pun ada cita-cita sendiri, nak merasa jugak pakai jubah, naik pentas ambil sijil . Mesti mama aku bangga . Tapi apa yg aku boleh buat selain akur dengan keadaan keluarga aku sekarang .

Mesti ramai yang tertanya kenapa aku kena berhenti belajar kan ? Hurm, aku sebenarnya tak tahu nak salahkan siapa dalam hal ni cuma apa yang aku nampak semua ni terjadi berpunca dari abang aku sendiri . Untuk pengetahuan korang, aku ada seorang abang, seorang kakak ipar dan mama . Ayah ? Ayah aku dah lama meninggal sejak aku kecil lagi . So, sejak arwah ayah meninggal kononnya tugas sebagai ketua keluarga tu lepas pada abang aku la tapi hanya angan-angan kosong sahaja !

Knp aku cakap hanya angan-angan ? Okey eh, abang aku ni dah khawin dalam 2 tahun lebih macam tu . Sejak dia khawin dia langsung tak bekerja ! Kerja dia setiap hari cuma makan, tidur, makan, tidur . Tidur pagi bangun petang . Malam jadi burung hantu ! Solat jangan cakap lah . Walau dah ada anak pun dia masih dengan perangai setan dia tu . Isteri dia pun sama . Boleh dikatakan perangai abang dengan kakak ipar aku ni sama je . 2×5 . Sama-sama pemalas . Jadi, macam mana nak jadi ketua keluarga macam tu ?

Abang dengan kakak ipar tinggal serumah dengan aku dan mama . Kakak ipar aku ni bila mama aku minta tolong buat kerja rumah mesti dia akan memberontak . Paling buat aku menyampah, mama tanya dia, dia boleh buat bodoh je macam tengah bercakap dengan meja makan ! Lepas tu, kalau mama mintak tolong dia kemas rumah ke atau buat kerja-kerja rumah dia boleh lepak atas sofa sambil makan kacang lepas tu endahkan apa yang mama aku suruh ! Weh kalau aku jadi mama aku pun terasa bhai dapat menantu macam tu . Kerja tak buat tapi boleh lagi makan kacang sambil layan drama ! Haha . Sumpah mendidih aku tengok perangai dia . Dah la tu buat mama aku ni macam hamba abdi dia je . Makan mama yang masak, kain baju dia mama yang basuhkan . Even pakaian dalam dorang pun mama aku yang cuci ! Aku sendiri pun tak tahu apa nak jadi dengan dorang laki bini tu . Kalau aku kata anak derhaka karang marah, kata aku nie kurang ajar . So, aku diam jelah .

Bayangkan ea, kalau aku dengan mama balik kampung ke atau tidur rumah sedara, sebelum pergi tu kami akan pastikan rumah dalam keadaan yang bersih dan kemas . Pinggan, mangkuk, meja makan, dapur, ruangtamu sehinggalah ke bilik kami akan pastikan kemas . Tapi bila aku dengan mama balik semula ke rumah, hanya Allah je yang tahu betapa teruknya rumah ! Nak cakap rumah bujang bukan rumah bujang, nak cakap kandang lembu pun lagi teruk rumah ni dari kandang lembu aku rasa . Dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, sinki bertakung penuh dengan sisa makanan, toilet tak flush, dengan lantai berminyaknya lagi, ruangtamu bersepah . Hm senang cerita memang kotor lah ! Aku pun tak faham macam mana dorang boleh hidup dalam rumah yang mengalahkan kandang lembu tu !

Lagi satu masalah kakak ipar aku ni dia suka menjeling dan tarik muka . Tak kira la dengan mama aku ke, aku ke, nenek aku pun dia selamber je jeling lepas tu tarik muka ! Kalau tarik muka, jeling je takpe ni sampai nak hentak-hentak kaki, hempas semua barang konon nak protes sebab mama mintak tolong dia buat kerja rumah . Haha . What ? Seriously aku ada kakak ipar macam tu ? Sangat teruk !
Tak lawa takpe lagi ni sampai tak hormat mama aku memang buat aku panas .

Sampaikan satu saat nenek dengan mama aku mengadu yang dorang terasa dengan sikap kakak ipar aku tu . Mengadu je takpe weh, tapi kalau sampai menangis ? Aku pun buntu macam mana nak tolong betulkan perangai abang dengan kakak ipar aku ni . Aku fikir aku nie anak bongsu je kalau aku lagi tua dari dia memang penampar aku ni dah lama singgah kat pipi dia tu . Silap-silap ikutkan hati ni nak je aku halau dorang berdua keluar dari rumah ni . Biar dorang belajar berdikari sikit . Tapi aku sedar, aku tak boleh salahkan kakak ipar aku je sebab abang aku sendiri pun memang teruk ! Macam mana nak dapat isteri yang baik kalau suaminya pun teruk kan ?

Jadi, disebabkan abang aku sendiri pun tak kerja, segala keperluan dia, isteri dia dan anak dia semua aku dengan mama yang terpaksa tanggung . Korang bayangkan, mama aku cuma baby sitter je . Itu pun cuma jaga sorang baby . Sorang boleh dapat berapa je . Tak lebih Rm400 beb ! Tak lebih ! Tambah pulak aku yang hanya hidup dengan menggunakan sijil SPM yg cukup-cukup makan ni . Dulu ada simpanan bolehlah aku belajar tapi lepas abang buat perangai macam ni semua duit simpanan habis sampai aku terpaksa berhenti belajar ! Aku dahlah kerja biasa-biasa je . Bukan tak bersyukur cuma aku tak boleh terima kalau abang aku teruskan perangai setan dia tu ! Duduk pulak kat tengah-tengah bandar memang tak cukup beb ! Nak bagi mama lagi, nak bayar sewa rumah lagi, nak bayar kereta abang aku lagi . Oh ye, abang aku dulu pernah kerja sebelum dia khawin . Masa dia kerja dia ada beli kereta . Tapi semenjak dia khawin, bila dah pergi honeymoon, start cuti panjang dia cakap dia malas nak kerja . Haha . Kau ghase ? Tak ke rasa nak bagi sebijik kat muka dia ? Abang aku pernah cakap dia tak suka kerja bawah orang . Kalau boleh dia nak ada bisnes sendiri, jadi bos, goyang kaki dapat duit . Tapi masalahnya, bila mak sedara aku nak tolong salurkan modal untuk buka bisnes sendiri dia taknak . Dia tolak mentah-mentah . Dia kata dia masih ada kudrat lagi nak usaha sendiri cari modal . Masa dia cakap macam tu aku gelak je . Rasa nak muntah pun ada . Hakikatnya sampai sekarang masih sama . Takda hasil ! Sumpah weh aku geram gila bila tengok dorang laki bini . Tengok macam tak ada pedoman hidup langsung ! Kadang-kadang aku terfikir, lebih baik mati daripada menyusahkan mama bela anak dan menantu macam dorang .

Pasal kes kereta pulak, dah lah bulan-bulan aku yang bayar, roadtax semua aku yang settlekan, lepas tu boleh pulak kakak ipar aku ni pakai sesuka hati dia . Macam kereta tu bapak dia punya pulak ! Yes, memang kereta tu atas nama suami dia tapi atleast mintak izin dengan aku dulu sebelum nak guna sebab aku yang bayar jadi aku pun ada hak ! Kalau setakat pakai kereta nak pergi keluar bandar, balik kampung ke takpe aku tak kisah ni nak pakai kereta tu untuk lepak dengan kawan-kawan, siap bawak pergi vacation memang panaslah jawabnya . Ye weh dia pergi vacation ! Entah dari mana dia dapat duit pun aku taktahu . Part ni takpa lagi . Part dia sampai sorok kunci tak boleh blah . Haha . Agak-agaklah aku dah kerja penat-penat cari duit untuk bayar kereta tu dia boleh buat macam aku ni takda hak langsung atas kereta tu ?

Anak dia pulak mama yang jaga . Walaupun dorang ada kat rumah pun mama yang kena jaga . Anak dia menangis ke, nak susu ke, nak mandi ke atau sakit sekalipun, semua mama yang buatkan . Aku rasa dorang nie cuma pandai buat anak je tapi jaga anak langsung tak pandai ! Aku bila tenung je muka anak dorang mesti aku menangis . Sedih bila mengenangkan kenapa la anak yang tak berdosa ni dapat mak ayah macam abang dengan kakak ipar aku ni . Langsung tak kisah pasal anak dia !

Lagi satu masalah, abang aku ni perokok tegar . Hampir setiap hari mintak duit kat mama aku untuk beli rokok ! Aku tengok dia mintak duit aku rasa macam nak bakar je dia hidup-hidup macam mana dia bakar rokok tu . Aku dah banyak kali pesan kat mama aku jangan bagi muka, jangan bagi langsung duit kat abang . Biar je dia tapi biasalah hati seorang ibu kalau anak dah mintak duit takkan tak bagi pulak kan ? Tapi aku yang pedih . Aku kerja, bagi duit tu pada mama supaya mama guna untuk diri dia sendiri tapi mama bagi pada abang pulak . Sebab apa ? Sebab rokok ? Hahaha . Aku menangis cari duit, dia senang-senang je mintak !

Walaupun layanan mama aku terhadap abang dan kakak ipar aku tu nampak baik je tapi hakikatnya dia banyak makan hati . Mama selalu mengadu kat aku pasal perangai akak ipar yang tak reti hormat dia . Sampai satu tahap mama aku menangis ! Ye, mama aku menangis sebab seorang anak dan menantu yang perangai macam hantu !

Korang cuba bayangkan ea, aku dengan mama kerja gaji tak seberapa terpaksa tanggung dorang laki bini pulak ? Tu belum campur kos untuk anak dorang lagi . Hurm . Apalah nasib aku dengan mama dapat abang dan anak macam tu . Sekarang ni aku cuma tunggu masa je . Bila aku rasa nak meletup, memang laki bini tu aku hentam cukup-cukup . Abang tak abang siapa salah gua libas !

So, kepada lelaki yang dah berkahwin tolonglah jalankan tanggungjawab korang sehabis baik . Jangan abaikan . Sebab sekali korang abaikan, korang akan korbankan masa depan orang lain jugak . Kepada kaum hawa pulak, bagi yang dah berkahwin tolong respect dan hormat mak dan keluarga mentua . Even mak mentua tu hanya mak mentua tapi ingatlah dialah wanita yang telah melahirkan suami korang . Tanpa mak mentua korang tu maybe korang pun takkan berkahwin dan takkan merasa ada zuriat sendiri !

– Adik Bongsu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit