Mengharapkan Si Kecil

Assalamualaikum semua, first of all thank you admin approve confession saya.

Saya baru je kahwin tiga bulan lepas dan saya bukanlah berkahwin muda dan bukan juga kahwin lambat. Berkahwin umur 25 saya rasa sedang-sedang elok sahaja. Saya baru berkahwin beberapa bulan dan belum direzekikan baby lagi. Ye, saya tahu ada yang akan kata awal lagi untuk bersedih dan ada akan berkongsi cerita bertahun-tahun mereka tunggu untuk dapatkan baby dan tidak kurang juga cerita-cerita mereka yang bertahun kahwinnya dan belum dikurniakan zuriat.

Sebagai seorang perempuan, satu fitrah bila mana kita berkahwin dan mengharapkan segera kehadiran si kecil tanda cinta kita dan pasangan. Walau baru kahwin beberapa bulan tapi harapan tu terlalu tinggi ditambah pula saya memang teramat sangat sukakan baby dan budak-budak. Pantang tengok baby orang, habis semua saya tegur, saya agah, saya main. Pantang tengok post pasal baby, mesti saya tengok, saya senyum, saya share.

Semua yang kenal saya pasti tahu betapa saya sukakan baby dari dulu lagi. Dan mungkin sebab saya sukakan baby, ramai juga expect saya untuk dapat baby terus lepas kahwin — bunting pelamin. Tak kurang juga, diri saya sendiri pun expect perkara yang sama. Tapi, itu bukan kerja saya, itu kerja Allah untuk merezekikan saya dan anda semua bila untuk dapat baby.

Bulan pertama harapan saya terlalu tinggi dengan lewat datang bulan buatkan hati berbunga-bunga, siap dah berangan akan ada si kecil panggil saya “mommy”. Tapi bila datang bulan, airmata tak berhenti mengalir. Puas pujuk hati sendiri, suami pujuk, belum rezeki. Saya kembalikan pada Allah, Allah kembalikan ketenangan hati. Alhamdulillah.

Bulan kedua, saya nekad untuk tidak berharap. Saya senyum dan ceria sahaja bila datang bulan. Saya positifkan diri dari awal lagi. Dan saya berjaya untuk kuat. Tapi sementara saje rupanya saya bertahan. Bulan ketiga, saya terganggu sangat. Mungkin saya lupa untuk set semula minda saya. Dan kebetulan waktu tu, ramai pula kawan-kawan yang berkahwin lebih kurang saya post pasal pregnancy mereka.

Dan waktu tidak boleh solat ini emosi perempuan memang sangat sensitif dan mudah terganggu. Ada satu malam tu saya menangis sampai tak sedar tertidur, tidak terpujuk oleh suami saya, sampai bengkak mata esoknya. Beberapa hari lepas tu tengok post pasal baby mudah sangat tersentuh hati ini. Saya pujuk hati, bersihkan hati, doa agar hilang semua rasa cemburu dan iri hati. Biarlah rezeki manusia lain-lain bentuk dan masanya.

Jadi, di sini saya ada beberapa pesanan. Pertama, buat pasangan yang sudah direzekikan berita gembira ini, berpadalah dalam berkongsi keseronokan anda. Ye, saya tumpang gembira dan semua tumpang gembira. Tapi bila setiap hari setiap hal di update tentang kebahagian dan keseronkan bakal menjadi ibu, ingatlah, pada kami golongan yang masih menanti tapi belum direzekekikan lagi ini. Penat nak jaga hati biar tak cemburu, penat nak jaga hati biar kuat, penat nak tahan sebak rasa dada, penat nak tahan air mata.

Ada kakak yang saya kenal berkahwin hampir 10 tahun dan mengandung 4 ke 5 kali tapi semuanya gugur. Sampai sekrang belum dikurniakan rezekikan baby lagi. Kalau saya yang baru sahaja berkahwin ini pun boleh terasa, bagaimana agaknya perasaan orang yang lebih lama berkahwin dan lama menantikan si kecil mereka? Berkongsilah sekadarnya sahaja cerita bahagia itu.

Kedua, buat pasangan yang baru berkahwin, jangan terlalu berharap macam saya. Buat tenang-tenang sahaja. Kalau terlalu tinggi sangat berharap, nanti kalau jatuh sakitnya juga terlalu “parah”. Jadi, mari kita melapangkan hati dan fikiran dan berdoa yang terbaik untuk kita. Doakan saya dan saya juga doakan kita semua.

Ketiga, jangan kerap bertanya. Kalau ada, mesti semua orang gembira nak kongsi berita. Paling kurang akan bagi hint. Kalau tidak dikongsi, jangan selalu bertanya. Punya susah saya positifkan diri dan lapangkan dada. Tolong jangan lukakan semula. Kalau share pasal baby pun sebab saya memang suka. Jangan asyik ditanya bila. Sebab saya sendiri tak ada jawapan dan kalau boleh saya lebih lagi nak tahu bila dari awak yang bertanya.

Dan sekali lagi bulan ini saya belum direzekikan. Rasa sedih ni la yang membuatkan saya menaip. Bukanlah dengan menaip membuat saya rasa lega, tapi dengan harapan orang yang dah direzekikan baby itu lebih peka dengan golongan seperti saya. Itu pun saya dah sedikit lega.

Itu saja luahannya. Sekian, terima kasih.

– mengharapkan si kecil

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit