Menyesal Hantar Sekolah Agama

Assalamualaikum,

Luahan ini merupakan luahan yang pertama oleh saya,saya telah tertarik untuk menulis luahan ini apabila saya terdengar ada dua orang budak yang bercakap tentang pemilihan sekolah agama,sangat bangga kerana masih lagi ada budak yang mahu bersekolah di sekolah agama walaupun telah banyak yang kita dengar bahawa sekolah agama memberi banyak “beban” kepada anak-anak.

Sungguh,sekolah agama memberi “beban” kepada sebilangan adik adik terutamanya apabila adik adik yang tidak mahu menghafal dan tidak pandai membaca al-quran,sudah tentu mereka tidak mahu kerana mereka akan “dipaksa” untuk membaca alquran disebabkan mereka tidak mahir dalam membaca al-quran dan akan dilatih untuk menghafal ayat suci al-quran (hanya ‘surah ‘pilihan) .

Tapi,ini berkait dengan ibubapa,adik adik mungkin tidak matang lagi menyebabkan mereka tidak tahu “kesan” apabila mereka dilatih dan diasah dengan ilmu agama,sebagaimana kita tahu bahawa banyak kebaikannya apabila kita mempunyai anak yang soleh seperti akan mendapat saham kepada datuk nenek kita yang berada di kubur apabila anak anak ini membuat kebaikan hasil dari didikan agama?

Wahai ibu,wahai bapa wahai kakak,

Tidak rugi,sungguh tidak rugi jika anda menghantar anak atau adik adik anda ke sekolah agama kerana sekolah agama terdapat 1001 kebaikan dari sekolah biasa.

Jika di sekolah agama,anak akan diajar tentang hal hal keagamaan seperti nahu,feqah,tauhid,tajwid,mutalaah,sirah(sejarah islam),dan beberapa subjek lagi serta akademik manakala

Jika disekolah biasa anak akan diajar hanya matapelajaran pendidikan islam (akademik)dan matapelajaran akademik yang lain.

Mengikut hati manusia,sudah tentu manusia menginginkan sesuatu yang xtra berbanding yang tiada xtra ,jadi memang tidak rugi apabila anak anak dihantar ke sekolah agama kerana mereka akan mengetahui ilmu dunia dan yang penting ialah akhirat,memangdangkan ibubapa sekqrang yang sangat sibuk sehingga tidak ada masa untuk mengajak anak atau tidak mahir dalam mengajar anak,keputusan untuk menghantar anak ke sekolah agama adalah keputusan yang terbaik,namun,jika ibubapa masih ada masa dan mahir untuk memenuhi diri anak dengan cahaya agama ibubapa jugatetap perlu menghantar anak ke sekolah agama.kenapa? Kerana suasana sekolah agama yang menjaga batas adalah sangat penting untuk anak anak supaya tidak menjadi manusia yang kuat bersosial.

Pada akhir zaman ini,apa yang kita dapat tengok?remaja bergalak sesama berlainan jantina kan?apakah yang menyebabkan hal ini berlaku?sudah tentu kerana kurang didikan agama,TETAPI tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pelajar agama yang mungkin berbuat demikian kenapa ini berlaku?mungkin kerana mereka berada di dalam persekitaran yang tidak mementingkan agama seperti keluarga mereka yang mengabaikan agama ..Memang ,sangat sedih hati ini apabila ramai remaja yang tidak tahu “asas” dalam agama,hal jenayah juga dapat dikurangkan jika semua disekolah kan di sekolah agama kerana mereka telah dididik sejak kecil(ada yang tak setuju dengan statement ni?then kenapa peribahasa “melentur buluh biarlah dari rebungnya ” wujud?)

Sekolah agama bukan sahaja boleh memberi kebaikan kepada diri mereka,malah kebaikan ini akan tersebar ke keluarga ,masyarakat negara serta dunia!

Ayuh ibubapa!jangan takut dengan bisikan syaitan serta percakapan syaitan yang bertopengkan manusia tentang keburukan sekolah agama.

Memang,sekolah agama mempunyai beberapa kelemahan seperti bangunannya ,kelengkapannya,TETAPI macam mana boleh lahir ulama’ ,umara’, saintis,jurutera,doktor,guru,dan seangkatannya yang mempunyai latar belakang sekolah agama?bagaimana?(ini mungkin kerana keberkatan belajar agama allah)

Sungguh,allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali mereka mengubah nya sendiri -surah ar-rad.

Apabila berfikir kehadapan,sudah tentu kita mahukan saham akhirat yang akan memberikan ganjaran syurga,jadi inilah masanya untuk kita menabur benih saham itu,insyallah dengan hati yang reda dan yakin
,allah akan bagi kepada kita.

Sekolah agama juga masih mempunyai tingkatan 6 ,dimana apabila pelajar mahu meneruskan pelajaran agama mereka masih boleh meneruskan pelajarannya ,dan kepada yang tidak dapat meneruskan pelajaran mereka dalam akademik mereka diberi peluang dalam bidang agama,manakala jika di sekolah biasa mereka tidak dapat meneruskan dalam bidang agama jika mereka tidak dapat meneruskan dalam bidang akademik di tingktan 6,kerana tingkatan enam sekolah agama menggunakan sijil SMU/SMA semasa di tingkatan empat.

Sekolah agama yang mempunyai banyak subjek sungguh tidak membebankan jika diharungi dengan hati yang ikhlas dan reda, bagi saya yang bersekolah disekolah agama ,saya tidak rasa menyesal sama sekali bersekolah di sekolah agama kerana jika tidak berada di sekolah agama,saya tidak tahu bolehkah saya jadi manusia yang seperti hari ini,dan adakah saya akan mengetahui ilmu agama ini?wallahua’lam.

ThinkPositive/Saya tidak kata bahawa sekolah biasa itu teruk,tak ada batas dan sebagainya sebab ramai juga pendakwah ,agamawan yang berasal dari sekolah biasa tetapi jika mereka diasah sejak di sekolah menengah lagi mungkin mereka akan menjadi lebih hebat bukan?

Pada masa hadapan,insyallah mereka lah yang akan mengubati ummat yang sedang tenat sekarang ni.tidak lupa juga kita juga akan mendapat saham atas apa kebaikan yang mereka buat.

Wallahutaalaa’lam.

– 6lings

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit