Menyesal, Tapi Masih Ego

Assalammualaikum.. kpd admin, tolong hide ya profile :) thanks

ni aku nak cerita psl aku sendiri, kisah aku dgn adik lelaki aku. aku ada 3 org adik beradik, aku sulong, bawah aku lelaki. bongsu perempuan. adik laki aku umur muda 2 taun dr aku. aku taun ni 25 inshaAllah.

dulu masa kecik2 aku rapat gila dgn adik2 aku. konon2 bila jumpa time cuti sekolah tu, kiteorg memng spend masa sama2, memng manfaatkn cuti tu utk bersama, oh ya, aku dulu stay ngn arwah nenek sbb makayah keja kt tempat lain, adik laki aku ikut dorang sbb dia tu nakal na’uzubillah. makayah aku pun x smpai hati nk bg arwah nenek aku jaga.haha

kiteorg mula x rapat bila masuk skolah menengah.. sekolah sama. zaman remaja kan, darah “panas”, asyik nak memberontak ja. aku ingat lagi masa tu aku form 3, adik aku tu form 1. satu pagi tu, dia punya liat nak bangun pg skolah tu, smpai nenek aku bebel macam2 bhsa dah. aku ni jenis yg x suka dengar org bebel, yup tu kelemahan aku, aku salah x salah, kalau org start bebel, aku akn mengaku ja walau aku x salah, yg penting org tu diam. ha.. back to story. pagi tu, aku geram sgt, aku ketuk pintu bilik dia, memang mula2 tu dia x layan, aku apa lagi, makin kuat la ketuk kan.. bila dia bukak tu, aku ambik bantal peluk yg agak besar la jugak, n berat (sbb bantal tu nenek aku yg buat, dia guna lebihan kain2 yg dia jahit,haa… yg ada bantal gitu, tau lah berat nya) aku pukul dada adik aku, kuat la juga, smpai atuk n nenek aku g kt kteorg dua. lepas aku tengok dia nangis, puas hati aku. then aku buat mcm biasa. yg spesyelnya adik aku ni(aku baru perasan), dari dulu dia xpernah lawan kalau aku pukul dia, padahal kalau dia balas, boleh koma 3 hari rasanya, hihi aku memang suka naik tangan ngn dia, ntah la, aku pun xtau, kenapa la aku “benci” sangat kat dia. dia buat apa pun, memang aku x suka. mungkin sbb akademik dia kurang sikit kot.. sbb kami 3 bradik, aku n adik bongsu aku tu boleh tahan gak akademik, dpt ke dia ni, SPM dia 3 ja lulus. nasib baek BM termasuk..

ok, itu dulu.. dlm 6 ke 8 tahun dh lepas…

aku mula rasa menyesal tu, last 2 years.. yup.. aku mula dihantui (aku xtau word apa lagi sesuai) dosa2 aku kt dia, sbb masa tu aku mula masuk kampus, ni masa aku smbung degree dulu, maksudnya masa aku diploma, aku still x suka dia. n kebetulan masa tu, dia menganggur. memang lagi aku x suka. (sombongnya aku dulu, Allahuakhbar, semoga masih ada ruang untuk aku bertaubat).. aku ingat lagi, bila aku cuti sem, dia lh yg teman jemput aku, angkat barang2 aku yg mcm org x masuk sem baru dh, hihi, aku angkut semua barang aku balik rumh wlpun cuti sem. oh ya, x sentuh pasal ayah, sbb ayah aku “balik” dah.. 2013.. so memng lelaki dlm family aku tggal adik lelaki aku ja. .memang masa2 degree aku, masa ni lah aku banyak rasa menyesal sgt..mungkin sbb dkt kmpus aku dh mula ikut program2 agama kot, aku banyak pg ceramahh, aku join usrah, pernah la jugak topik family, aku rasa sebak sgt bila nk share psl adik aku tu, sbb apa? sbb bila part kwn2 aku lain cerita, dorg rapat dgn adik beradik dorg.. ada yg xda adik beradik lelaki, nak sgt ada.. aku? aku layan adik laki aku mcm dia tu org x berguna.. Allahurobbi.. (sedih pulak ni) betul weyh.. bila korng ada sorg ja adik beradik lelaki, n ayah pulak dh xda.. Allah ja faham.

sekarang alhamdulillah… kiteorg dh mula rapat. mungkin sbb dia ja yg aku ada kt sini sekarang, mak n adik bongsu aku kt kampung, aku n dia ja masih merantau kt kota metropolitan ni, menjemput rezeki inshaAllah.. n korang nak tahu? dr awl dia kerja smpai sekarang, dia banyak support aku, especially financial.. yup.. memang aku malu nk mengaku depan dia yg aku menyesal, aku hanya mampu berdoa untuk dia, aku sayang dia, sayang sangat, aku x pernah cakap pun kat dia, memang aku xpandai nak cakap aku sayang kt sapa2 pun, even mak aku..sbb by confessing to them is not me.. heee.. dulu aku sombong, aku ingat bila org yg x belaja tinggi ni, xda masa depan, sekarang memang kena dekat batang hidung aku, adik aku yg SPM 3 je lulus banyak support aku. Allah… sungguh memang Allah Pemberi Rezeki..

p/s: pengajaran yg aku nak share, jgn pernah pandang rendah kat orang. . jgn riak bila ada sedikit “kelebihan”, yakin bahawa rezeki Allah yg bagi, x kisah lh tinggi mana pun belajar, xmenjamin masa depan kau akan terus cemerlang,..Allah bagi ssuai dgn kelayakan kita, n tepat pada waktunya, cuma perlu sabar.. hidup ni ibarat roda, kejap kt atas, kejap kt bawah.. yg paling penting, jaga hubungan dgn Allah… bila kau jaga hubungan dengan Allah, kau jaga hak Dia, inshaAllah Allah sentiasa berada dekat dgn kau. . kau nak family kau selamat, jgn putus doa. Doa tu senjata mukmin. .

ok, ni je. hmm. kalau keluar tajuk, sorry ye, btw, memang aku dh selalu keluar tajuk bila menulis.. tu x dinafikan, dr zaman sekolah lagi. hihi..

– kakak ego

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit