Middle Child Syndrome

Salam, terima kasih admin sebab publish cerita ini. Aku ada terbaca mengenai favaroutism di dalam keluarga dan komen2 di dalamnya. Melalui pengalaman yang aku lalui di dalam keluarga aku sendiri (adik beradik aku, sepupu aku, bapak aku, dan mak aku), aku tengok anak tengah atau lebih spesifiknya anak kedua ni akan ada satu pemikiran yang merasakan mereka ini disisihkan dan tiada perhatian diberikan pada mereka. Aku pernah google mengenai anak kedua ni, dan aku jumpa memang ada satu syndrome yang dipanggil middle child syndrome. Tetapi syndrome ni bukan lah sesuatu yang clinical disorder.

Apa yang menyebabkan benda ni terjadi? Ikut pemerhatian aku benda ini boleh triggered apabila anak pertama dan kedua ni jarak umurnya diantara 1 – 5 tahun ditambah dengan anak pertama itu seoarang yang berjaya. Anak pertama ni sebenarnya adalah orang yang akan menempuh segala event2 ( peperiksaan besar, masuk universiti, lulus lesen, dapat kerja) pertama kali untuk sesebuah keluarga, jadi exited ibubapa akan jadi lebih. Kita sendiri pun akan exited benda2 yang pertama ni, contohny; malam pertama, orang pertama jejak kaki ke bulan, orang pertama jejak kaki di everest, orang pertama menang anugerah puskas dan segala macam yang pertama lah. Jadi apa bila event2 ini berlaku pada anak kedua, perhatian itu ada sebenarnya tapi exited itu dah kurang. Pada pemikiran anak kedua yang ketika itu belum mumayiz atau akil baligh ia akan memberi impak yang besar, dan akan membuat andaian yang bermacam- macam disebabkan ketidak matangan fikiran dan pemikiran itu terbawa-bawa sehingga dewasa. Dalam keluarga aku sendiri pun, ada sehingga sekarang dia merasakan keluarga tidak supportnya dari dia kecik sampai le kedewasa, dan dia membawa diri jauh dari keluarga. Dia sendiri penah cerita pada aku( dia ni kakak aku ) yang dia selalu dipinggirkan keluarga dan dia jugak akan cenderung untuk menambah-nambah cerita yang dia dipinggirkan apabila dia sangat beremosi ( aku penah siasat, takde pun penambahan tu )

Jadi untuk anak2 kedua sebenarnya ada perhatian yang diberikan oleh keluarga anda cuma excitednya dah kurang. Kalau keluarga anda ada menyimpan foto2 atau video keluarga, tengok balik, disitu mungkin akan nampak ada perhatian yang diberikan. Jangan terlalu beremosi dan cuba fikir jika kita ditempat ibubapa dan ditempat anak yang pertama.

Untuk anak2 selepas anak kedua pulak, pemikiran mereka dah dapat menerima di bawah minda sedar yang excited ibubapa memang akan berkurangan dan mereka sendiri pun kurang excitednya kerana mereka sendiri telah melalui event2 tersebut bersama abang dan kakak mereka. Jadi berlapang dada lah…setiap anak ni, tak kira lah anak keberapa akan ada kelebihan dan kekurangnya sendiri. Pada ibubapa, sentiasa lah alert dengan pemikiran dan emosi setiap anak, tak kira dia no berapa, sebab setiap anak2 berbeza pemikiran dan perwatakannya…..ini hanyalah pandangan peribadi mengikut situasi keluarga aku lah…kalau ada yang tak setuju, tak pe…

P/s:
– middle child syndrome ni kebanyakkan yang mengalami nya kaum perempuan(kak ngah)…kaum lelaki(abang ngah) kurang sikit

– AKM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit