Mimpi Aneh

Assalamualaikum admin, aku harap admin dapat siarkan confession aku dekat sini. Memandangkan aku tengok dekat sini banyak yang cerita pasal saka, hantu semua ni, aku nak cerita pengalaman aku sendiri. Pengalaman aku mimpi benda-benda aneh.

Semua ni bermula masa aku kerja dekat KL, sebagai cikgu tadika dekat area Bangsar. Memandangkan sewa rumah bos bayar so aku duduk dekat situ lah. Mula-mula aku menyewa dekat situ, ada lah dalam 4 orang lagi housemate aku. Aku duduk bilik awal, sorang-sorang. Tapi housemate aku semua budak praktikal, so lepas 3 bulan diorang keluar rumah dan aku terpaksa struggle cari penyewa baru.

Semua mula bila aku tinggal sorang-sorang. Jujur aku cakap, aku bukan la seorang yang penakut, and aku tak da lah berani sangat. 50/50 ja. Tapi duduk sorang-sorang dalam rumah flat tu tak ada masalah bagi aku. Bila aku dah start tinggal sorang dalam rumah tu, awal-awal ok lagi. Sebulan lepas tu aku mula mimpi pelik-pelik and mimpi berlarutan smpai sekarang. Aku tak tau nak describe ni mimpi ke apa, tapi aku selalu ternampak atau terbayang benda-benda tu masa aku nak terlelap. Kalau dari segi saintifiknya masa badan kita tengah paralyze. Antara sedar dengan tak. Sebelum tu aku ada mimpi jugak tapi jarang sangat-sangat so aku anggap benda tu cuma mainan tidur sebab aku letih. Ye la, cikgu tadika nama pun, keluar pagi balik malam. Letih uruskan budak-budak lagi kan.

So, first time tu aku mimpikan sepupu aku. Tapi itu dekat rumah sepupu aku. Bukan dekat rumah aku sewa tu. Dalam mimpi tu aku nampak sepupu aku duduk bertinggung atas meja, muka pucat sambil tengok arah almari baju. So aku bangun, aku tnya dia “kakak (dia tua dr aku), awat dok atas meja? Kak tengok apa tu?” Then dia beralih pandang aku sambil tunjuk dekat almari tu. “Cuba hang tengok”. Dia kata macam tu. So aku pun tengok lah almari tu. Nak tau apa aku nampak? Aku nampak makhluk macam beruk duduk dekat almari tu, ada dlam 5-6 ekor. Lepas tu aku terjaga. Esoknya aku cerita dekat sepupu aku tu. Seram sejuk la kitorang. X lama lepas tu sepupu aku gi berubat sebab dia ckp dia rasa ada yg x kena dengan diri dia. Lepas balik berubat dia cerita dekat aku, masa berubat tu ustaz ckp yg dia kena sihir. Ada bnyak makhluk berbulu dekat badan dia. Dah lama benda tu dok dekat dia. Baru sekarang dpt tahu.

Mimpi yg lain pulak bnyak terjadi masa aku dekat rumah sewa tu, mula-mula aku mimpi aku tengah tido, pastu aku terjaga tengah-tengah malam, and aku nampak ‘aku’ tengah berjalan dekat luar bilik. Muka ‘aku’ yang aku nampak masa tu pun pucat. Aku tidur tutup lampu, tggal lmpu dapur so samar-samar ja aku nampak. Pntu bilik aku rosak so memang x boleh tutup. ‘Aku’ yang aku nampak tu mundar-mandir depan pintu bilik aku, lepas tu stop and beralih pandang aku. Lepas tu aku terjaga dari tidur. Istighfar x lepas weh masa aku terjaga tu. Meremang semua bulu aku. Lepas dari tu aku terus bukak semua lampu yg ada dalam rumah tu.

Selang beberapa hari lepas tu aku mimpi aku dekat rumah aku dekat Kedah. Macam biasa aku naik tangga naik masuk bilik aku, tiba-tiba aku nampak ular hitam besar menyulur masuk bilik mak aku. Tekejut waktu tu, aku spontan jerit “mama,mama” kononnya nak bgtau yg ada ular. Sekali mak aku keluar dengan muka pucat sambil bawak ular tu atas bahu dia. Automatik aku terjaga. Esok malamnya pulak aku mimpi pasal mak aku jugak. Tapi kali ni lagi teruk. Aku ingat lagi, dlm mimpi aku satu family sekali dengan family mak njang aku gi bercuti. Tempat kitorang pergi tu ada bnyak bangunan lama, tersusun melintang..ada dalam 4 buah bangunan dekat situ. Semuanya terbiar. Mula-mula tu kitorang santai-santai dekat luar, dia ada mcm halaman luas depan tu, sambil tengok adik-adik dengan sepupu2 aku yg kecik2 tu main. Tiba2 aku nampak mak aku masuk dlm salah satu bangunan tu. Sorang2. So aku ikut dr belakang. Elok aku masuk je aku nampak mak aku tengah duduk sambil melunjur kaki, nangis-nangis. So aku gi dekat, tanya mak aku apsal nangis. Dia cakap kaki dia kebas, sakit. So aku picitkan la..tiba-tiba mak aku pegang tangan aku, kuat gila, sakit weh. Lepas pegang tangan aku tu dia pandang aku tajam and terus menjerit dekat muka aku. Suara garau, kuat. Aku terus terbangun dr tido. Menggigil badan aku, lembut lutut aku weh. Waktu tu tangan aku sakit sangat, rasa mcm kena cengkam. Seminggu lebih tangan aku sakit. Huhuhuhu…

Lebih kurang 2 minggu lepas tu aku mimpi lagi. Kali ni pasal adik-adik aku. Aku bawak adik-adik aku gi funfair..alah yg ada pesta-pesta tu..ada ferris wheel lah, rumah hantu bagai tu. Ha, kat situ la…adik aku ada 3, 2 laki 1 perempuan. Aku tukang bayar so aku x main.. aku beli token untuk diorang main. Adik aku yg laki nak masuk rumah hantu, yg perempuan nak naik ferris wheel tu. Yg kecik sekali naik naik kuda utk budak2 tu. So aku kasi token masing2 and aku bawak adik aku yg kecik tu gi naik kuda dia. Ferris wheel tu sebelah ja, so aku nmpk adik perempuan aku naik, bila dia sampai atas sekali tiba2 tempat yg dia duduk tu jatuh. Aku nampak adik aku jatuh depan mata. Dengar dia menjerit panggil aku. Elok2 dia jatuh atas tanah aku terjaga dr tidur. Berpeluh aku.

Lepas tu mimpi aku stop, dlm sebulan mcm tu. Pastu aku mimpi balik. Kali ni lagi teruk. Masa aku mimpi tu aku terlelap rumah sepupu aku, lepas raya. Diorang buat open house. Aku terlelap masa tengah hari time orang gi solat Jumaat. Masa aku terlelap tu aku mimpi aku, mak, abah aku gi satu rumah ni. Rumah kayu zaman dulu2. Besar, cantik tapi suram sangat. Dalam rumah tu ada sorang makcik dengan anak perempuan dia. Lebih kurang sebaya dengan aku. Dalam linkungan 21-22 gitu. Biasa la melawat orang, mak abah aku sembang dengan makcik tu. Aku nak ke tandas. So kena lalu macam 1 lorong and kena naik tangga kecik sebelum aku naik atas tu. Kat ruang atas tu dia mcm beranda tp dlm rumah. Aku x reti nak describe mcm mana so skip kan part tu. Masa aku nak ke tandas tu, depan tandas tu ada tangga tinggi nak ke tingkat atas lagi satu, aku nmpak budak perempuan tu duduk atas tangga, dengan rambut panjang x berikat smbil tenung aku. Aku buat x kisah and terus masuk tandas. Bila aku keluar budak tu masih ada dekat situ. So aku pun gi kat mak abah aku balik. Masa sampai dekat ruang tamu tu aku nampak budak tu tadi berdiri atas tangga kecik tu smbil tengok aku tajam. Aku pun tengok la dia balik. Lama jugak la main-main mata dengan budak tu. Lepas tu aku dengar makcik tu tadi jerit “basir, jangan bagi anak hg tengok dia” . Tiba-tiba aku rebah, terus kena histeria. Bayangkan, aku nampak mcm mana aku kena histeria. Menjerit, mengamuk dengan suara yg sememangnya bukan suara aku. Dalam keadaan kalut tu aku nampak budak tadi senyum ja tengok aku kena histeria. X lama lepas tu dia gelak mengilai ngilai. Aku terus tersentak dari tidur. Badan aku sejuk, menggigil. Meremang bulu roma aku. Jantung aku laju gila..suara menjerit tu terngiang ngiang jelas dekat telinga aku. Aku rasa lembik gila waktu tu. Sebab aku memang xleh dengar orang menjerit kuat. Lagi-lagi orang kena histeria sebab aku sendiri pernah ada sejarah kena histeria masa aku sekolah menengah dengan masa aku dekat kolej. Lepas terjaga tu aku terus capai telefon call abah aku cerita pasal mimpi aku. Abah bacakan ruqyah dekat telefon. Lepas tu bru aku tenang sikit. Dlm 4-5 hri lepas tu aku balik kampung, apply cuti dekat bos. Masa dekat kampung aku cerita balik kat abah aku, aku tnya kot kot dia kenal sesapa yg tggal kat rumah tu. Selidik punya selidik, abah teringat balik yg dia ada kenalan, bau bau bacang dengan sorang pakcik ni, dia ada anak perempuan sorang. Tp dah lama, masa aku umur dlm 2-3 tahun mcm tu. Pakcik tu pun dah xda dah. Tggal bini dgn anak dia ja dlm rmah tu. Aku mintak dia ceritakan pasal rumah tu..and guess what? rumah yg abah cerita tu sebijik dalam mimpi aku sedangkan aku x pernah jejak kaki pun kat rumah tu. Hahahaha.

X lama lepas tu aku aku berhenti kerja, balik duduk dengan mak abah aku. Aku ingatkan benda ni stop dah. Tapi tak. Lagi menjadi-jadi. Macam2 aku mimpi. Mimpi bayi, ular, jatuh tempat tinggi, menyusu anak tu kerap sangat. X terkira. Tapi mimpi yg paling aku ingat masa aku dok dalam rumah aku dekat Kedah ni adalah mimpi pasal benda dalam stor rumah aku. Rutin harian aku dkt rumah ni masa aku menganggur adalah rutin yg sama tiap2 hari. Mak aku mengajar pagi, adik2 sekolah, petang kafa so aku start dr pagi smpai pkul 7 malam memang aku duduk dekat rumah tu sorang2 dengan kucing2 aku. Rutin aku, bngun pagi, aku kemas rumah, basih baju, sapu smpah and masak. Hari2 aku buat benda yg sama. So masa aku mimpi tu aku tengah buat rutin yg sama mcm aku buat hari2. Time tu aku nak masak so aku ke dapur, nak ke dapur aku kena lalu stor rumah aku. So masa tu stor x tutup, aku ke dapur and aku nampak mcam ada bayangan orang dalam stor tu. Aku jenguk la, tapi aku x nmpak sebab stor tu gelap. So aku keluar and amik lampu suluh, masuk balik stor. Aku kebahagian belakang stor, ada mcm ruang kecik sikit lindung dinding kat dalam stor tu. So tangan kanan aku pgang lampu, sebelah kiri aku pegang dinding nak ampu badan aku. nak tau jadi apa masa tu? pergelangan tngan kiri aku kena pegang. kuat nak mati. Jari panjang, kurus, pucat nak kehijauan. Nak tarik aku ke belakang stor tu. Aku struggle lepaskan diri. Elok aku lari keluar stor, pintu tertutp sendiri. Kuat smpai aku terjaga dr tidur masa tu. pergelangan tngan kiri aku lebam, mcm kena pegang kuat. Memang nampak lebam tu. Aku cerita dekat mak abah aku pasal tu. Diorang diam ja. Esok malam tu dlm 12 tgh malam adik laki aku yg form 5 naik atas ketuk pintu bilik abah aku. Dia ckp dia dengar orang gelak dalam stor. Abah aku terus turun bawah baling garam dengan lada hitam yg dah dirukyah.

Lepas dri tu abah bawak aku gi darul syifa utk berubat. Ustaz tu suruh mandi dengan air yg dia buat campur dengan daun bidara 7 hari berturut turut. Aku buat. Mimpi tu hilang kejap..tapi dalam seminggu lepas aku dah mula mimpi balik. Mula2 aku mimpi pasal adik perempuan aku mati kena langgar kereta api. Lepas tu aku mimpi aku dekat kawasan kubur lama. Baru 3 hri lepas aku mimpi aku dekat satu landasan kereta api lama. Usang sangat. Aku nampak ada budak perempuan umur dlm 7-8 tahun, duduk seberang sebelah sana smbil muka darah2 pandang2 aku smpai aku terjaga.

Semua mimpi aku jadi dalam masa 15-30 minit, waktu aku nak terlelap. Aku sendiri x tau nak buat mcam mana dah. Benda ni memang menggangu kehidupan seharian aku. Bayangkan aku dah 5 bulan x leh tidur malam. Setiap kali nak terlelap mcm2 aku nampak. Kadang2 stress jugak aku. Mcm2 ikhtiar aku nak bg tidur. Amik wuduk, baca ayat kursi, fatihah, amalan2 sebelum tidur. Tapi x jalan jugak. Ada sampai tahap aku nak amik ubat bg boleh tidur. Aku dah jadi mcm trauma nak tido. takut mimpi lagi. Purata aku tidur untuk sehari dalam 2 jam je. Tu pun waktu siang. Masa aku tengah tulis confession ni pun aku tengah usaha nak tidur tp x bleh gak. Hahahahah.

So sampai sini saja aku tulis, cerita yg betul2 terjadi dalam hidup aku. Xdak tokok tambah walaupun sikit. Semua situasi yg aku mimpi aku siap boleh lukis lagi. Betapa jelasnya mimpi aku tadi tu..Semuanya berdasarkan apa yg aku alami. Berkongsi stress aku dengan korang. Mungkin setengah percaya, mungkin jugak setengah ada yg cakap ini mainan tidur, ada jugak setengah yg cakap aku buat cerita. Well itu semua reaksi normal. So aku x amik kisah sangat. Aku saja cerita dekat sini sebab aku rasa lagi lama aku simpan boleh gila aku nanti. Aku tengah usaha cari jalan keluar dri semua ni. Allah belum tunjukkan jalan. Kalau korang ada cara lain boleh kongsikan dengan aku. Doakan urusan aku dipermudahkan. InsyaAllah.

-A.W-

– -A.W-

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit