MLM: Hati-hati Dengan Orang Yang Baru Kenal

Assalamualaikum. Terima kasih kerana tolong siarkan post ni.

Saya baru sahaja menetap di kl lebih kurang dua tahun. Dan dalam masa tu macam macam kisah yang terjadi dalam diri. Yelah. Baru habis belajar lepas konvo terus tekad kerja kat kl memandangkan peluang kerja terhad kat kg.

Ok. First of all. Time baru minggu pertama kerja and dah dapat rumah sewa (rumah aprtment) masa tu diri sangat la naive. Apa yang orang kata ikut je. Macam baru kenal dunia realiti sebenar padahal mmg jauh beza dgn universiti life. Minggu pertama mmglah sgt struggle nak kenal selok belok jalan. Tambah duk kawasan apartment yg masa tu terkenal dengan blacķ area. Rasa diri cam tak selamat je. Sedih. Takut. Risau semua ada. Hari hari telefon family cakap risau lah. Sampai satu hari tiba tiba dapat kol dari adik abang ipar. Saya gelarkan kak azi. Pelik. Xpernah rapat tiba tiba excited nak jumpa g makan. Dah la ajak keluar malam lepas balik kerja. Lepas tu dia suruh saya naik lrt. Aih? Mula mula saya tolak la kata lain kali lah nk jumpa sebb saya penat baru balik kerja kot. Tmbah pulak suruh sy naik lrt sorg sorg malam malam pulak tu. Tapi dia mmg beriya iya sgt nak jumpa katanya mmg da hajat nk belanja saya makan n nak mintak sy temankan dia ad ‘briefing’ kat office. Sya kata saya penat n xlarat. At last dia pujuk saya kata. “Xperlah. Akk fetch awak kt rumah n hantar awak balik”..saya pun ikut je lah memandangkan dia beriya iya sgt nak ajak saya keluar malam tu. Okeyh.

Time dalam kereta. Dia pesan supaya saya rahsiakan pertemuan kitorang dari family saya. Korang rasa??? Pehal plak tiba tiba suruh rahsia bagai. saya tanya la kenapa nak berahsia? Dia jawab ap tau. “Akk takut kalau abg Zack (abg ipar sy) tahu dia kecik hati akk xajak dia keluar sekali.. ” Saya mmg da curiga kat situ. Tp sy diam je. (Abg ipar saya mmg duduk berhampiran dengan saya pun kt kl ni) Dan kebetulan ayah saya pulak kol time tu. (Saya n ayah mmg rapat) ayah saya tanya “ad kat mana ni? “Saya pun gtau la ad ngn kak azi ni nk keluar g makan, dia ajak. Okeyh time tu mmg perasan muka kak azi mmg sentap berubah dengar saya cakap camtu. Lepas habis gayut tu. Kak azi marah saya “kenapa gtau ayah awak. Kan akk da pesan jgn gtau family! ” and aku..whattt???? Aku ni anak perempuan dia ofcourse la aku kena gtau dia. Aku kena marah beb. Tp saya diam je tak tahu nk cakap ap. Tp mmg saya dah start rasa tak sedap hati dah.

Jarak perjalanan dari office kak azi dengan apartment saya lebih kurang 10km je. Dekat. Sesampai je dekat office. Kak azie ad cakap. “Kita naik jap boleh. Briefing sekejap je. Lepas tu kita g makan ye..” saya pun ikut je tanpa banyak soal. Mmg saya banyak diam pun start dari dia marah saya tu. Kami naik ke tingkat 2.

Dalam lif. Kesemua berpakaian kemas dilengkapi blazer kecuali kak azi yang memakai jubah. Mereka berjabat tangan dan masing masing ucap “HEBAT” antara satu sama lain. Dan ad seorg perempuan menyapa kak azi. Dan memandang ke arah saya sambil bertanya “prospek ke?.. “ye, dia adik kakak ipar saya. ” balas kak azi. Saya menyaksikan dan dalam kebingunan sendiri.

Sampai di dalam dewan, ‘briefing’ sudah bermula dengan slide show produk kesihatan. Ramai. Dan dipenuhi dengan warga emas. Saya n kak azi pun mengambil tempat duduk di bhgian belakang. Sesi yang pertama ialah pengenalan mengenai produk kesihatan. And at about 10min for ses.1..and disudahi dengan tepukan gemuruh orang penonton sambil diselangi dengan ungkapan HEBAT!!!!

Beralih kepada sesi kedua… and u guess what this ses. ALL ABOUT? its MLM okeyh. Multi level Marketing..OMg. macamne saya tahu? Sebb nye mmbincangkan pasal rangkaian kewangan. Okeyh. Fine! Aku diperbodohkan okeyh. Beriya iya dia ajak aku keluar semata mata nak bawak aku pergi MLM. Aku penat beb. Baru habis kerja balik jalan kaki. Siap siap jumpa minah ni semata mata nk g MLMMMMM! Time tu air muka aku mmg dah lain da. Rasa panas je kerusi ni. Nak bentak bentak je rasa. Aku mengucap dalam hati. Xnak la kecoh kecoh pulak kan. Sabar n tadah telinga la aku dengar ceramah MLM ni. Patut la dia marah sgt aku gtau ayah aku keluar jumpa dia. Takut terbongkar rahsia rupanya. Okeyh. Fine. ! Lama jugak la ‘briefing’ dia ni sebenarnya..mula mula kata dalm 10 15 min. 3jam beb aku dalam tu. What the f***!!!!! Aku diperdayakan dan diperbodohkan je. Ye lah. Dia ajak aku teman sahaja and nak bawak aku keluar makan. Kan? Mmg aku senyap je dalam tu. Muka mmg xboleh blah time tu. Kelat habis! Dah la perut lapar. Simpan perut konon konon si azi ni nak bawak aku keluar makan. Dan aku notice dia perasan yang muka aku pun lain macam. Dia ajak aku balik. Sebelum balik tu. Dia ada tanya aku. Nak join x program ni? Xmahal pun fees. N terus aku refuse n cakap dah lapar nak balik makan dan tido. Esok nak kerja.

Pukul 12mlm okeyh keluar dari office dia tu. N u olls cuba teka kat mana kitorang makan???? Kat depan rumah aku. Yes. Kat depan apartment aku at last dia berhenti makan yang kononnye dia nak bawak aku makan. F**k u off! Aku time tu da penat + lapar. Aku malas nk cakap banyak makan je dan aku yang bayar okeyh. Sebb malas nk cakap banyak. Sebb kononnye dia dah hantar aku balik. So. Aku kena belanje dia. Okeyh. Fine!

So. Da sampai bilik aku terus mandi. Solat isyak. And dia request nak pinjam towel + kain batik + tshirt lengan pendek. Badan dia debab mane nak muat beb baju aku..tp dia nak pinjam gak jadi sarung nangka.. Eyh. U dah plan nak tumpang bilik org. Bawak la sendiri baju kan. Oh ya. Rumah dia kat melaka beb. So. Bila aku fikirkan balik mmg semua ni dia rancang nak bawak aq g MLM n nak tumpang bilik aq sebb tu dia insist ajak aku keluar beb. Siap offer hantar balik. Cait. Rupa rupa memudahkan kerja dia kan instead of balik melaka. Ok. Tp aku malas nak fikir n cakap lebih lebih aku pun bagi lah baju aku untuk dia tido malam tu.

N esok. Aku pulak request suruh dia hantar aku ke office. Dekat je apartment aku ngan office aku tp aku nak jugak suruh dia hantar aku. Sesampai nye kat gate office aku. Guess what? Dia tnya aku. “Awak ad tak rm70 sekarang???”. Hey, u nak buat ap mintak rm70?? Dia jawab dia nak book ticket untuk next sec. Saya jawab. “Sorry, i am not interested!” Saya terus tutup pintu and blah. Mmg panas hati aku. Dah tipu aku hidup hidup pastu nak pow aku rm70 untuk jadi ahli dia. Macam lah aku xtahu tipu helah MLM ni.

Lepastu. Aku cerita kat kakak aku. Sebb kak azi ni dia mintak no. Phone aku sebb nak bg kata kata semangat la kat aku sepanjang aķu kerja kat kl ni. Phuiii! Rupa rupanya kakak aku banyak kali terkena dengan si azi ni weiyhhhh. Korang menyirap tak dengar. Dia mintak tolong kakak aku teman dia g beli barang la. Takut nak jumpa orang la. Rupa rupanya bawak g menatang ni. Bukan sekali dua okeyh. Banyak kali. So. We alls ambik keputusan block no. And sorry. Dah sekali i terkena. Aku dah xpercaya kat kau forever n ever okeyh.

Sorry. Sebb terlalu panjang dan penggunaan bahasa yang berterabur sgt. So. Untuk pembaca di luar sana kalau korang nk buat MLM ke jangan tipu org ajak nk jumpa lah. G makan la. G mane lah. Jangan okeyh. Hormati masa orang lain. Tak kira lah sedara mare ke. Kalau ad spesies cam kak azi ni memang i blacklisted okeyh. Terima kasih sebb membaca. Ad lagi stori yang saya nak kongsikan. Macam macam ragam manusia yang i kenal.

– Mss. Hijau Kuning

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit