Muda Berlagak Besar

Assalamualaikum wbt. Aku tak rasa cerita yang bakal aku tulis ni cliche’ sangat. Mungkin biasa berlaku, tapi jarang orang nak highlightkan. Apa2pun, TQVM pada admin yang consider approve confession aku ni. Sebagai pengenalan, aku ni Along kepada Angah, Alang, Uda, dan Ucu (bukan nama sebenar dalam IC tapi nama2 ini dipanggil oleh anak2 buah kami dengan menambah ‘Pak’ di pangkal nama kami itu..hehe). Kesemua kami adalah lelaki. Wah… dah tentu masa kecik2 pening mak ayah kami jaga kami. Jarak umur kami memang selang setahun dua antara satu sama lain. Kalau yang Ucu tu umur 20 tahun, korang agak2 la berapa umur aku ni ya.

Masa kecik2 memang tak dapat nak tipu la kalau dikata kami 5 beradik tak pernah bergaduh. Memang gaduh sungguh2lah. Tapi biasanya, gaduh2 sayang. Biasanya aku ni yang jadi pendamai. Tapi selalu juga aku jadi mangsa adik2 aku tu. Argh, kurang ajar! Nak kata kami ni buas sangat semuanya, tidaklah. Ada yang sopan dan dalam hati ada taman gak, haha… Ada juga yang memang cengil tahap gaban. Yang jenis pemendam sekali meletop hancur semua hati orang pun ada. Pendek kata, sekali pon rambut sama hitam, darah sama merah, kulit sama kuning, bibir sama merah dan tentu sama gen daripada mak ayah, kami tetap ada perbezaan sikit2 daripada aspek karektor kami.

Walau bagaimana pun, aku sebagai Along tidak suka sangat nak guna kuasa veto sebagai anak sulung untuk membuli adik2. Tidak sama sekali. Aku hanya menggunakan keistimewaan itu (tak ada siapa pun yang iktiraf pun tapi faham2lah yang sulung mestilah ketua dan tentunya ada kuasa, hahaha…) jika aku diminta oleh mak ayah aku untuk take of mereka seperti “Long, suruh diorang siap, kita nak jalan2,” dan aku akan arahkan mereka siap sesiap2nya sampai siap. Kalau tak, aku juga yang kena marah. Satu lagi, aku guna kuasa veto tu bila merasakan kepentingan dan hak aku dicabuli oleh adik beradik yang lain, hehehe… Contoh kalau ayah balik kerja bawa KFC, bila agih2 aku dapat sikit sebab nak utamakan adik-adik, ishk! mana boleh jadi. Dan, pastinya kadang2 ada antara adik2 yang lain tak puas hati dengan kuasa yang aku ada ni. Err… situasi ni biasa berlaku time kami kecik2 ya, bukan sekarang.

Dalam pada tu, aku ni ada rasa sensitif jugak la dengan Usu. Isunya, adik bongsu aku ni jenis yang tak rasa dirinya adik kecik pun. Memang lah dia dah besar, tak kecik lagi, tapi dia cuba meletakkan diri sebagai seorang abang kepada aku. Ya, pada aku. Dulu2, dia ni masa kecik selalu nangis2 sebab asik kene mengalah dengan abang-abangnya dalam banyak perkara. Tapi aku nak buat penafian sikit, biasanya kalau dengan adik bongsu aku ni, aku akan mengalah. Mungkin sebab jarak aku dan dia paling jauh daripada abang-abangnya yang lain, tapi paling utama memang dalam banyak-banyak adik, dia la yang paling aku manjakan. Biasalah kan…baby… title baby dia ni paling lama dia pegang…tapi sampai dia tadika, tak de la baby2 lagi. Kami nak panggil die baby pun rasa tak best dah, hahaha…

Kembali kepada cerita, antara banyak-banyak abang, dengan Uda la dia selalu gaduh. Tentunya sebab jarak usia yang dekat. Ala-ala gaduh bagai rakan sebaya lah. Sampai ke besar, dengan Uda dia tak rapat sangat. Tapi Uda rapat dengan Alang dan tak geng dengan Ucu. Aku pula geng dengan Angah. Dan, pula boleh geng dengan semuanya (itu salah satu sifat seorang pemimpin iaitu seorang along yang perlu prihatin dengan keperluan rakyat jelata di bawahnya). Jadi, dalam banyak masa die rasa lonely. Tapi die jenis periang. Kalau diukur siapa antara kami berlima ni jenis peramah dan banyak cakap, jawapannya adalah Ucu ni lah. Dan yang paling kurang bercakap dan suka menyendiri adalah Uda. So memang patut la Ucu dan Uda selalu berselisih faham sebab karektor mereka ala2 Utara-Selatan. Selalu juga aku ni jadi perantara kalau mereka berdua perlu buat kerja sama-sama.. contohnya kalu nak suruh diorang sapu laman rumah, aku kena cakap kat kedua2nya sama ada secara berasingan atau pada mereka yang ada pada waktu yang sama, “Nanti korang berdua p sapu laman rumah sama2 ya..”. Kalau aku atau sapa2 cakap dengan salah seorang daripada mereka dan suruh cakap kepada yang satu lagi, tentu2 lah mesej tu tak tersampai kepada yang satu lagi tu. Ucu sebenarnya tak ada hal pun, cuma pe’el Uda yang banyak senyap tu dia tak dapat nak agak mood orang ni ok ke tak. Uda ni dulu pun pernah ngadu kat aku (dah tentu aku ni seorang Along yang setia mendengar keluh kesah adik2), dia sakit hati bila tengok Ucu selalu diback-up oleh mak ayah. Kadang-kadang aku pun selalu back-up, tu pun time mereka kecik2 kalau mereka bergaduh. Yelah, adik tersayang katakan… So, Uda ni rasa tersisih. Ishk, tak pernah niat gitu pun, just aku selalunya fikir, dia sebagai abang perlulah mengalah dengan satu2nya adik dia tu. Aku ni, lagi penat, 4 adik bawah aku ni, memang selalu dah aku mengalah. Mak ayah selalu cakap ‘along kena la bersabar… mengalahlah dengan adik2’… Tapi Uda ni, takkan tak boleh contohi apa yang aku buat.

Alang pula jenis cengil dan rasa dia la paling hebat. Cakap main lepas. Kesian Ucu kalu bergaduh dengan dia. Angah pula jenis cool. Tapi kalu dah marah, bukan takat Ucu, Uda dan Alang… dengan aku2 ni pun sama-sama kecut perut. Gayanya, kepimpinan Angah secara autokrasi tu memang lebih jelas daripada aku ala-ala pemimpin demokrasi…hihi. Tapi, mak ayah aku bukanlah jenis pilih kasih. Aku pasti kasih sayang yang dberikan kepada kami ni sama adil. Tapi pernah aku cek wallet ayah aku (tolong avoid sebarang anggapan negatif pada perlakuan aku itu), dalam ramai2 anaknya ni, gambar akulah yang terselit dalam macam2 kad yang ada. Allahu Rabbi… masa tu terrasa terharu sangat2. Aku pasti, mesti ada sebab kenapa hanya gambar aku (gambar passport masa umur sekolah rendah) yang ayah simpan. Tak apa, tu rahsia dia, biarlah.

Bila dah besar2 ni, gaduh2 tu dah tak ada sangatlah. Tapi sikap Ucu tu aku tak berkenan sangat. Dia ni macam kurang hormat kat aku sebagai abang sulung. Cakap dengan aku pun macam nak gaduh2. Suka blame aku kalau ada apa2 yang tak betul berlaku. Mentang2lah badan aku ni kecik daripada dia, dia rasa dia kuat dan hebatlah. Kebetulan memang dia ada karate. Perkataan yang biasa dia sebut kadang. Kalau nak guna barang aku main ambil je, contohnya guna kereta aku (dia pun ada kereta tapi kereta kecik buatan malaysia lah yang aku bagi untuk dia guna p kolej. Kereta aku yang sekarang ni pulak kereta import), selamba dia pakai bila dia rasa aku tak keluar pada sabtu or ahad. Kalau mak suruh pergi kedai, aduh, selalu dia kata, “mak suruhlah Along tu…” Dalam banyak masa aku bersabar je dengan dia. Kecik2 dulu dia tak macam ni sangat. Tapi dah besar2 ni, kurang adab pula dia ni.

Tapi, dengan Angah dia tak berani. Sekali Angahnya lesing memang terkencing2 lah dia. Angah pula ada silat.
Dengan Alang, dia tak berani. Ana mulutnya laser yang amat. Bising tak ingat dunia kalau tercari pasal dengan dia. Uda? Huh, dah tentu dia tak berani juga seperti yang aku cerita contoh2 kat atas tu. Pendek kata, dengan yang lain2 si Ucu ni polite sangat. Cakap sopan-sopan. Nak guna barang mereka pun Ucu ni mintak izin sungguh2. Kalau Angah dan Alang suruh dia buat sesuatu, dia akan buat. Tapi kalau aku yang suruh, “kenapa Along tak buat sendiri?”.

Aku ni tak lagi berdarah muda. So, memang cool jelah. Aku pun dah tak hairan sangat dengan pe’el dia macam tu. Begitu pun, dalam banyak hal, Ucu sebenarnya sangat prihatin kat aku. Kalau aku susah, contoh kereta problem, dia lah orang pertama daripada adik2 yang lain bantu aku. Kalau aku kena outstation naik flight, dia lah yang volunteer ambil dan hantar aku. Sebab tu aku jenis tak kisah sangat dengan sikap dia terhadap aku. Tapi aku rasa ralat sangat bila ada sepupu2 aku bagitahu yang Ucu ni kenapa cakap kasar dengan aku, tapi tidak pada yang lain2? Aku pun tak tahu nak jawab apa. Dalam family aku, mungkin itu benda kecik, biasa. Dan aku pun tak lah sensitif sangat. Tapi kalau dah orang luar yang buat penilaian begitu, nampak sangat ada something wrong pada perlakukan Ucu tu terhadap aku. Tapi rasanya normal kotm eh, entahlah!

Aku tak rasa dia perlu hormat aku bagai seorang raja. Tapi kalau boleh dia perlulah hormat aku sepertimana dia hormat pada abang-abangnya yang lain. Selain Ucu, Alang dan Uda pun sikapnya taklah terlalu hormat aku, malah aku sangat appreciate sikap Angah yang dah besar2 ni tak pernah nak sakitkan hati aku even masa kecik2 dia lah seteru aku dalam banyak2 hal. Tapi Ucu ni tak makan saman sikit. Pada adik2 bongsu di luar sana, jagalah sikap korang dengan abang dan akak sulung korang. Pada aku, selepas mak ayah, adik beradik yang sulung perlu dihormati sebaik2nya. Tapi aku tak pasti gaya kehidupan adik beradik orang lain yang banyak laki macam saya ni.

– Along

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit