Nasib seorang student Poli

Assalamualaikum.

Aku sedih bila baca confession budak UITM yang rasa terhina bila orang pandang rendah kat dia. Ni bukan sedih sebab aku budak UITM jugak. Tapi sedih sebab aku dengan kawan2 pun selalu kena perli selama study diploma, just sebab kitorang budak poli. Ye, Politeknik.

Aku tak tau kat mana silap dia, sampai kaum kerabat sendiri & student U lain rasa budak2 poli ni macam 'ayam-ayam' je. Alaa. Sekarang pun aku syak ada diantara korang yang rasa budak poli ni tak sama level dengan U, even sama2 grad diploma. Kan kann? Dasar manusia judgemental! Hehee. Gurau2.

Aku tak menyesal pun study diploma dekat poli. Sikit pun tak. Actually aku ade je apply UPU dulu, tapi takde rezeki. Berbekalkan SPM 5A masa tu, aku apply UPU. Tinggi gila harapan aku nak dapat sambung diploma dekat U, nak rasa 'campus life', study ramai2 sambil baring atas rumput macam dalam tv tu.

Bila result UPU keluar, aku tak dapat tawaran dari mana2 IPTA. Belum ada rezeki. Masa tu dah risau. Teruk sangat ke result SPM aku? Tak layak ke? But then aku dengar kabar angin kononnya intake memang utamakan bumiputera dulu. FYI, abah aku Malaysian, mama Thailand. So maybe ni salah 1 faktor kenapa aku tak dapat lagi. Tak pun result aku x sesuai dengan kos yang aku mohon. Ataupun sebab budak2 batch tu lagi ramai yang genius sampai result SPM aku tu level2 tapak kaki je. Mungkin.

Dah jadi macam tu, aku rasa memang aku tak layak masuk U. So bila bukak je intake poli, aku terus apply. Alhamdulillah, memang rezeki aku dekat sana. 3 tahun aku bertapa kat poli, grad, dan Alhamdulillah jugak, aku dengan geng2 poli aku dapat sambung degree. Memasing berpecah sebab lain2 U.

Minggu suai kenal time degree paling mencabar. Yelaa. Selama kat poli tak pernah jumpa budak U lain. Tak faham apa tu judgemental. Bila orientasi budak lain akan tanya kau U mana, kos apa. Kira time tu level paling power budak matrik la. Budak matrik memang diagung2kan sebagai manusia genius. STPM pon. Diploma pandai jugak, tapi ade 2 jenis. Kasta tinggi, budak U. Kasta rendah, budak poli. Hahaa. Sedih pulak.

Aku ingat lagi ada budak tu tanya aku.

'Kau blaja mana dulu? Kos ape'

'Poli. Kos akaun. Kau?'

'Aku Uxx. Akaun jugak. Kau tak nampak macam budak poli pon~ Ehh Senang gila nak score kalau study sana kan?'

Aku pon.. 'Dah tu kau nak dahi ni ade cop 'made in poli' ke baru nak caye? Kalau memang dari poli pon, kenapa? Kalau kau study betul2, senang score laa cite dia. Ehh kau ni karangg!'

Tapi dalam hati je laa marah gitu. Aku just gelak hambar je lepas dia cakap macam tu. Aku tak salahkan dia berfikiran macam tu. Sebab sepanjang aku cuti sem time diploma, pakcik makcik aku semua fikir macam tu. Anak diorang semua masuk U. So diorang hairan dengan nasib budak2 poli ni. Aku pon tak faham info apa yang diorang dapat sampai pandang rendah dekat student2 poli ni. Memasing bagi 'sokongan padu'

'Nanti abes diploma, susah sambung degree. Poli orang tak pandang'

'Budak poli kalau 4 flat, campak kat U tak boleh hidup. Poli kan senang je nak score'

Allahu. Kalau betul laa senang nak score kat poli tu, tak de laa abang2 senior aku bertapa sampai 10 sem kat sana. Aku tgok silibus U dengan poli tak jauh lari pon. So kalau kau study gigih2 tak kira laa u mana pon, InsyaAllah dapat laa boleh score. Simple. Kadang2 aku fedup dengan soalan2 tak membina minda macam ni, tapi aku bersyukur mama & abah sentiasa support aku. Tak pernah pertikai pun kenapa anak dia masuk poli.

Bebel panjang2, sebenarnya nak cakap 1 je. Hahahaa. Tak kisah la kau study dekat ceruk mana pun, jijik mana orang pandang u kau, abaikan kata2 sumbang yang cuba patahkan semangat kau. Niat dalam hati, kau belajar kerana Allah. Lantak pi laa depa. Untuk budak UITM, kau tak payah sedih sangat. Sesungguhnya, nasib kita serupa. Bertabahlah *brofist*

-Neon

– Neon

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

253 Comments

  1. Sape cakap budak poli cikai????ade pros and cons..institusi mane2 pun..tp,budak poli bnyak deal dgan praktikal compare to university..u bnyak teori..so,advantage budak poli kat situ la..mane2 pun same je..nnti mati masuk kubur gak..

  2. Nasib budak kolej swasta pun sama. Ramai kata, masuk kolej sbb duit padahal result spm x power. Padahal bdk kolej swasta ramai je bdk felda, anak2 yatim. Kalau kaya xde nye nak pinjam ptptn, mara semua tu

  3. Adakah mereka cemburu kerana tidak skor dlm exam..haha..tk mengapa saudara..asal niat bljr tu ikhlas, cmpak memana pun blh je cemerlang:’)

  4. That is we call “POOR MENTALITY”. Proud to mention here i’m one of Politeknik Shah Alam student. Sangat tidak setuju bila orang kata poli ni “ayam-ayam”. Siapa kata belajaq kat poli senang? Senang score? Senang dari segala aspek? Mai masuk belajaq dulu la nak tau senang ka dak. Pernah dilabel macam2 sebab belajaq kat poli. Susah nak sambung degree? Susah nak dapat keja sebab just have diploma? Come on guys, rezeki masing-masing la. Kalau hampa nak tau banyak ja produk keluaran POLI ni kat mana-mana Uni. X cukup bukti lagi ka kami pun mampu sambung degree. Diploma kami mahai tau dak, mahai sampai ada yang x hbs belajaq lagi pun, tempat praktikal yang dulu dah ajak teruskan berkhidmat dengan depa after graduate. Kami pun macam pelajar Uni atau mana2 IPT lain, bersengkang mata siapkan assignment, complete our FYP, study for quiz test and so on. Kita sama ja aih, siapa usaha dia dapat, takdak usaha tak dapat. Ramai ja budak-budak poli ni lepas habis diploma teruih keja. Rezeki belajaq, rezeki keja ni urusan Allah, kita bukan siapa2 nak kata itu tak elok ini x elok. Yg paling best kalau dah masuk poli hg akan dapat kawan-kawan and lectures yg akan support each other ! They will be one of your strengthness :). Sekian. P/s : Doakan aku tgh final exam ni hihi. :D #politeknikadalahwarisankita

  5. Don’t be sad. Actually bila aq dah sambung degree kat U, aq kagum dengan budak2 diploma. Sebab diorg belajar kos tu untuk 3 tahun, even aq kat matrik dulu..dalam satu tahun tu, sangat banyak nak silibus nak dihabiskan. Mampat dalam satu tahun ehehe. Aq stress dan dan kadang tak faham ape aq belajar. Kadang aq belajar untuk exam je, lepas exam terus aq dah tak ingat T.T Lepas dah masuk U, kebanyakan kawan2 diploma aq (background poli jugak) knowledgeable daripada aq. Mungkin jugak tempoh belajar 3 tahun, lebih efektif dan tak rushing nak habiskan chapter, ada masa untuk memahami dan knowledge tu lbh bertahan. Sebab tu aq respect diorg ehehe. Tu satu advantage sebenarnya. Dan ape yang aq perhatikan, kawan2 aq yg background diploma ni rajin2. Everybody has their own pace. Tak semestinya kita laju, kita dah berjaya, dan tak semestinya kita lambat, kita gagal. Ehehe. Sume org adalah hebat bila tahu niat untuk belajar, dan sebaik-baik niat adalah Lillahi taala. Ehehe. Meow

  6. ada jga bdak degree yg sembang lbh sja padahal pointr hangkang ..jgn risau kwn ..bdak poli kalau msuk U trus jd bdak U lha .xda mknanya Kasta2 tu smua ..sya lg respect sma bdak poli byk ilmu dorg ..bygkn d poli kos lain ,lpas tu d U kos lain plak ,kn da byk ilmu kmu tu. ..yg pntg kmu x ptus asa untk blajar .chayok2

  7. kasta rendah??…memang pun ade yg beranggapan cmtu, sy pun ex-poli alhamdulillah dpt smbg degree u n scholarshp jpa..ramai kwn2 sy ex poli yg berjaya, ade yg smbg master n pg overseas lg…xpenting kite bermula dimana, yg ptg kita usaha..insyaAllah

    • Saya dip u, tp tk pernah pulak kteorg buat perbezaan kasta poli dgn u, sbb sama je pun, janji siapa siap assignment boleh kongsi. Baru sehati sejiwa seharmoni

    • pernah. all the time. lagi lagi aku rasa budak Uitm always rasa level dia lagi atas banding poli (yang aku kenal lah). padahal agaknya dorg taktahu dorg dulu kolej je. takde universiti pun nama sorg. soon, poli pun ada universiti politeknik. harap takde isu ni lagi ??

    • aah skrg kan poli da setaraf u nama pon nak tukar aku dgr cter. ni yg jd gni ni psl old skool mentality la ni. aku pon tk terkecuali kna dgn mkcik2. skli ank dia failed kt uitm bru #gigih cri aku tnya psl tmpt aku. end up ank dia msuk tmpt aku gak. psl tmpt org lain msuk sume dia condem. yg kptm lah kktm lah . end up ank dia pon pilih tu gak psl ade mara . jadah btol

    • hahahaha kan sometime sedih dgn org mentality cmni. setiap tempat belajar ada pro & cons. jadi takperlu lah nak banggakan sangat tmpt belajar kau tuh. stress je sistur dgn budak budak ni. ??

  8. Kos aku, bakal-II doktor hewan ni yg kami respect bebudak stpm ngn diploma.. Yela nak compare dengan asasi n matrik, depa belajaq lagi lama.. Kami setahun ja pun pre-degree.. Yg setset diploma ni genius dia kemain.. Hands on skills terbayekkkk tkleh lawan kami-II.

    Yang dok gebang cakap belajaq setahun susah tu tipu jaa saja nk bikin panas.. Belajaq setahun tk sama pun level ngn belajaq lebih setahun.. Syllabus pun lain.. Asasi pun up sikit ja syllabus dari SPM.. What? Tipu? Aku budak asasi tahulah..

    Adik aku poli, dia belajar pakai buku kawan aku yg tengah final sem degree.. Wtheck so kt sini nk cakap poli (diploma) lagi advance drpd asasi o matrik..

    Kawan aku sorang buat chemical eng kt u aku, dia tu diploma poli.. Best student and selalu dpt 4 flat tiap sem.. POLI tu woi

  9. Sama la dgn budak ipts..dude, dah ipta tawarkan kos yg entah apa2 so ada ja budak yg prefer ipts utk buat pilihan kos yg depa nak…nak belajaq,kena ada semangat kot..so,pilih ipts is not a crime..sama la dgn poli..better poli dr diploma dr u lain sebab poli ni dh disiapkan dgn kemahiran yg super duper baguih.. Bab duit tu, ipts dgn ipta sama ja kluarkan duit..bab yuran,yes..memang mahal tp kalau semangat berkobar2 nak belajaq, in shaa Allah, Allah akan mudahkan jalan…usaha dgn tawakal la..niat nak belajar,hbis studi nanti utk keja lillahi taala, nk sara parents yg bersusah payah bg sokongan dr segi spiritual dan jgak material..rezeki memang Allah bg..kita sebagai hamba Dia buat la apa2 yg patut

  10. Yeahhh this is so true #politeknikadalahwarisankita I’m proud to be one of POLI student,sbnarnya bru je hbis stdy 2 bulan lpas stlah 3 tahun berperang,sakit kpla perah idea n mcm2 lgi la haha smua tu kngan yg x dpat dibeli exctly da rindu da nk bljar…how time fly ~~
    Nur Artiqah nie la pndgan orng kt kami2 nie hahaha unk bljar elok2

  11. Dlu sy bljr kt u juga….tp lpas hbis diploma akaun, nk smbung degree xdpt2 pn last2 cri kje jd cikgu tadika….rmai sdare sy msuk poli….n dorg bleh dpt kje yg setaraf ngn kos yg dorg bljr…..tp sy xterasa pn bnda tu….cuma nk ckp skrg poli taraf baik berbanding u…cz rmai je org lpasan u smpai skrg mnganggur….even spupu sy pn skrg bljr kt poli atas galakan sy….cz poli ada bhgian praktikal berbanding u xde….depends on kos yg kita ambik

  12. Biasa laa dik oii..mentaliti masyarakat ni payah sket nak dibendung..lg2 yg typical tu.
    Satu je laa akk nak hàbaq. Ko belajar la mana2 pon, in the end sama jee. Skrg ni sume org kene compete utk dpt keje. X kesah laa ko dari u mana skali pon or even bkn masuk u skali pon. Skrg ni pon majikan x pandang sgt dari mana kita bljar..yg dorg tau nak pengalman jee n yg reti buat kje n tgk how we handle ourselves. Maybe sbb perlambakan graduan2 skrg ni. That’s why laa ramai graduan yg masih menganggur. So korg toksah dok kalut2 sgt bdk poli ke matrik ke atau mana2 u or kolej ke yg hebat x hebat, bcoz in the end that’s not the main guarantee that u will get certain jobs. Cume maybe ada laa sket advantage kalo de degree tu. Tpi still bergantung dgn rezeki n skill masing2.

  13. Tak pyh sedih. Actually bdak poli lebih knowlegeable drpd budak matrik. Saya ckp sendiri wlaupun saya matrik setahun. Skrg kat usm. Kmi ni cepat dpt degree. Tapi pglmn tu kurang sbb wlaupun satu thun byk skip tau syllabus tu. Susah bljr degree tu sama jer.

  14. Student stpm pon org pandang lekeh. Kuhajaw betoii. Btw yg kata kat kau tuu salah sbb bdk dip dgn poli ni lect aku kata lg perform dr yg lain. Hahah aku tak kata lect aku yg kata. Peace!

  15. HAHAHHAHA. Alamak. Sama la. Aku pun poli. Deme ingat poli boleh dapat 4 flat ke kalau tak study? G mana pun, kalau tak study smart, kelaut juga.

    Member aku poli, masuk uitm lg la diperlekehkan. Tp deme silap. Budak poli, teori & praktikal hebat kayyy. Silap besarla deme mencabar member aku tu. Sudahnya deme yg terkial kial.

    Jgn underestimate budak poli, budak teknik. Kami ada skill belajar kami. Bukan teori semata mata.

    ex-psa

  16. Ceitt…..sy bangga sy budak poli…..alhmdulillah ramai je kwn2 smbung degree….termasuk la sy…ade jugak kwn2 poli da keje best2….ade yg da jd pramugari dkt syarikat pnerbangan negara luar…bkn malaysia k….negara luar…..ade je yg da jd jutawan buat business…..hmm…klu nk senaraikan byk lg la…….plez la ubah fikiran yg bdk poli ni cikai2 je…..hello…belajar mane2 pon same je k……yg penting ilmu tu……bkn kat mana kite belajar…..ok…..

  17. POLI ka UITM ka or U mana2 pun sama ja, janji dapat ilmu, orang xpandang sgt pun hampa belajaq tang mana. Yg penting lepas hampa grad, hampa dapat kerja.

  18. Meh klau stdy utk copy paste dri buku n dlm pale otak nothing buat apa… n bile tgk part pratikal terkial kial nk buat keje…teori senang laa nk score.. alhamdulillah stdy bwh ipta. Yg ipts tah mcm mne lak plak .. lgi lah cikai cikai je kne .. nk kasta sgtt . Mcm laa dh gred tu trus dpt keje..

  19. betul wehh..kdg tu bila makcik pakcik tanya study mane..poli.. alah senang je nk score kt poli tu..anak makcik sekian sekian study u sini situ susah nk score tp dpt jugak 4flat..kalo student poli tkleh dpt 4flat tu mknenye sje blaja main2 la ape la…perghhh mmg betul kot poli ni dikategorikan kasta rendah… nape la mulut org susah nk tutup geram pun ade… dah rezeki kt poli…nk wt cmne..ade jugak rezeki smbung blaja

  20. alhamdullilah.. bekas pelajar saya lulusan dari sijil poli lagi.. slps 12 thn sudah memegang title Dr. …. so.. dimana pun anda semua bljr, dimana jua anda mndapatkn ilmu, dgn nawaitu betul ,apa jua kesusahan dapat ditempuhi.. yakin dgn diri…
    #sayabanggadengangraduatepoliteknik
    #luahanpendidikpoliteknik

  21. politeknik adalah warisan kita~~ bangga je label made in poli. rezeki masing2 kan apedehal. Allah tak kata belajar U ke obersea ke confirm keje baguih. yg penting berjaya dunia akhirat.

  22. Ak rse bila masuk degree dak STPM yg pling hebat SBB exam diorng susah giler ( bkn skrng punye STPM yg exam 2 Kali )
    Pastu dak dip xkesah laa uni awam ke swasta ke poli ke sama jer sume xde bnda yg sng bila blaja nie…
    Then brulah dk STAM n Matrik ( ak matrik dlu ) bgi ak laa Matrik jln shortcut bnyk flaw bdak Matrik nie

  23. Aku bangga jadi bdk poli sbb at least kteorg blh bljat teori n prktkal. Kau grade kt u pun tp klu pointr kau hancus tak pyh nk blgak la. Aku knl sorg ni bljr kt uni grade sma ngn aku tp smpai ke hri ni tak kje pun lg. Bdk2 poli kluar rmai yg trus dpt kje. Kn Ezza Yusri.

    • Yaa. Betul! Bangga je jd budak poli. Rezeki masing masing allah yg bagi. Kita semua sama je. So tak payah nk pertikaikan. Even lulusan spm je pun klau kau betul usaha, ada rezeki utk kau allah bagi. Chill ?

  24. Biasa la tu dik. Mentaliti xmatang lagi tu. Perjalanan hidup bermula apabila dah grad dan nk cari keje nnt. Waktu tu tau la langit tinggi ke rendah. Pengalaman ak dlu. Waktu degree ada ramai kwn2 poli. MashaAllah hebat2 semua. Buktikan ko lebih hebat dari dieorg. Biar putih sikit mata budak2 bajet “u” ni.

  25. Dulu habis study before nak grad dip, pergi satu kursus ni then sorang penceramah ni cakap “honestly, kalau orang apply kerja dengan saya, budak politeknik yg paling last sy tengok. So kamu sedar lah tahap kamu dekat mana untuk compete dengan U lain”

    Aku diam dan berfikir “mesti crush kau(si penceramah) tu dulu budak poli kan? Kot cinta kena tolak jangan lah dendam sampai 14 keturunan budak poli”

  26. Saya pun dulu lepasan poli ..sijil je pun but now after sambung degree n master menabur bakti pd anak2x didik yg menimba ilmu di poli… memang dulu time sambung study di U ada sikit jurang antara budak2x lepasan poli ngan budak2x fresh SPM n Matriks… kami budak2x poli x de ramai kawan kalo x pandai bercampur… gi kuliah pun jln sorang2x je but kalo kita nk rasa mkn tersisih buat le camtu… saya cuba buktikn bahawa budak2x ex poli yg sambung study di U pun ada kelebihannya… kalo bab presentation, bagi idea bika lecturer tanya, penglibtn dlm aktiviti/program luar biasanya kami la yg lebih menonjol bukn sebb nk bermegah but kami dah ada pengalaman n basic pengetahuan semasa study kt poli… so moralnya… belajar di mana2x pun sama.. yg penting NAWAITU anda… x de yg bijak selain Allah ta’ala… setiap org ada kelebihn n kekurangan…justeru itu, bila bab study tu try le tolak ke tepi pemikiran2x negatif n pandang serong kt org lain BUT lebih baik jadi pelengkap antara 1 = lain utk sama2x capai kejayaan cemerlang…

    #sekadarluahandanpandangandarimakcikkampung

    • Environment poli ni la plg best drpd U lain tu…bonding student ngn lect rapat sgt smpai rindu sgt ngn poly life…bila sy masuk U, bdk2 poli kt U sy ni aktif sgt..hihihihi..the way ktorg buat/edit assignment pun lain…kemas sgt…confidence level tu jgn ckp la kan..nak ckp bdk2 poli xley hdup kt U ni lgi pelik, sbb kt sni ramai jgk bdk poli top student..ktorg xspnjg masa x ngadap buku je sbb byk aktiviti lain ktorg join e.g sports, club xtvt etc…bila ade org ckp sijil poli xlaku,dlu bfore convo alhamdulillah sy terus dpt kerja…smua tu rezeki..bg sy mmg bljr mana2 sama je,, tp environment poli mmg susah nk dpt kt U…. ??

  27. yup sgt la btol!!! especially time orentasi mase degree lambakan budak.matrik.. soalan femes ko matrik mana??? smpai stu thap aku pon turut terjebak menipu ckp la matrik mana2 sbb bengang gak la..
    tapi satu student matrik or stpm xboleh lawan budak poli ialah time presentation dalam kelas.. sorry to say student dari poli present better and better than student lain. itu realiti… and itu satu yg aku boleh bangga bgi mewakili student poli yg lain. i’m proud to say that im from politeknik!

  28. Tlg la…Tak yah nak ejek la bdk poli….masa depan semua belum ditentukan lagi.study la baik baik…tlg menolong dlm study Dan bukan saling ejek mengejek….ITU KERJA SYAITAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *