Nasihat

Salam. masa aku tulis ni pkl 2 pagi sbb tetiba rasa macam nak luahkan apa aku rasa selama ni. Ko nak kecam ke apa lantak kau.

NAK PANDAI STUDY?
– belajar dari awal. Ni dah uni bros and sisters bukan sekolah lagi. Tak ada istilah study last minute baru boleh masuk, ko je pemalas nanti takleh score baru menyesal. Aku cakap macam ni sebab ramai dah aku tengok dan aku sendiri pun slalu buat macam ni dulu tapi dah naik tahun naik umur ni aku sedar yang ni cuma alasan supaya aku boleh lari dari study dan buat kerja lain seperti main game atau tengok movies. Kalau dapat score rasa macam bapak pandai gila padahal lepas tu ko lupa apa kau study ye dak? Paling tak pun tiru. Eleh nanti final baru aku study kawkaw punya. Sempat ke? Contohnya, cuba bayangkan kalau kau doctor ke engineer ke. Nyawa orang kat tangan kau, tolong beringat sikit. Apa yang kau practical and apa yang ko study mahu tak mahu memang akan ada kaitan cuma sama ada ko sedar atau tak. Contohnya, dulu ustazah aku prnh kata, sebab apa kita study add maths wpun tak pakai dalam kehidupan harian? Sebab tu semua untuk latihan otak kita. Jadi tak semestinya gedebuk sebijik macam tu benda tu ko guna. Ada juga form lain dia. Ok? kalau study awal tu bukan tak boleh masuk cuma otak ko kat lain cakap benda ni boleh je buat nanti sebab tu kau tak fokus. Tak percaya, naik sem nanti ce ko buat apa aku cakap ni betul tak.

-penting tak buat notes sendiri? Jawapan aku: tak. Sebab apa? Sebab sebenarnya ini cuma adalah salah satu teknik belajar. Mksdnya, kalau kau tak buat tak semestinya kau tak boleh score. Teknik belajar lain ada. Kalau aku, nota aku adalah buku reference aku yang bapak tebal tu. Semua benda aku tulis situ. Side notes, frequent exam Qs, extra explaination,semualah. Jadi nanti senang aku nak rujuk. Kalau nak jadikan study tu darah daging kau, firstly, cara study kena kena dengan diri. Kalau study jenis dengar lagu orchestra baru tak ngantuk silakan, lagu rock ke, yang penting tolong guna earphone sbb most probably roommate kau pun nak study jugak doh. Jangan selfish.

-focus dalam kelas. Yang ni amat sangatlah penting. Tips: kadang2 lecturer slalu selitkan tips exam masa dia mengajar. Apa lagi? TULIS. Lagi satu, explaination lecturer mungkin boleh selamatkan masa study kau dari dua jam ke 30 mins.trust me.

– study tolong fahamkan bukan hafal semata. Nak tengok apa beza orang study faham dgn hafal membuta je ni boleh tengok 3 idiots.

– study hard and smart. Both. Bukan satu je. Sebab aku ada kawan dia memang hard working tapi tulah mungkin bukan rezeki dia sebab result dia tak menunjukkan hard worknya dia, tapi pabila aku perati kenapa dia macam ni, aku sedar cara dia salah. Mungkin dia hard work tapi kadang, mungkin dia tak focus masa study, mungkin material tak sesuai dengan tahap kefahaman dia, mungkin tidur tak cukup. mungkin dan mungkin. Tips aku, kau boleh cuba satu cara study for satu sem or half sem, then tengok result masa mid-term, ada kenaikan tak? Kalau tak, cari kelemahan,perbaiki.

-tampal kata-kata semangat kat meja study, lock screen phone, frame sebesar alarm. Sebab? Bila ada hari kau down ke kau anxiety ke, masa ni baca balik kata2 semangat. Insyaallah boleh.

– Kerja dengan Tuhan. (Work with Him). Aku ada theory ni yang aku rasa sbnrnya ilmu ni macam pahala. Kau boleh kerja keras sekerasnya tapi in the end of the day, Allah je tahu ada hasilnya ke tak. Cnth, ko boleh pulun study seminggu ke sebulan ke tapi masa exam tup ko boleh lupa apa nak jawab. Or tiba2 ko sakit masa exam, tiba2 ada mslh family or putus cinta. Pentingnya hubungan kau dengan Pencipta kau dan ilmu dan segalanya ni, bila musibah berlaku, ko tahu Dia tetap ada, semua yang berlaku Dia ada kuasa atas setiap segala sesuatu. (Aku tak boleh nak elaborate panjang point ni sebab aku takut aku tersilap cakap tapi korang fahamkan apa aku cuba sampaikan sini?)

– Sebarkan ~

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit