Pantang Dipuji

Assalamualaikum,

Aku siswi tahun akhir sebuah IPTA di pantai timur. Aku ada satu masalah besar, aku ni tak boleh terima pujian. Lansung. Kalau orang puji je mula lah timbul rasa segan yang amat-amat sangat. Kembang tu adalah sikit (tipulah orang puji kau tak kembang) tapi rasa segan ni lagi kuat sampai aku tak tau nak respon macam mana.

Selalunya aku akan senyum sikit sambil ucap terima kasih atau tepis dengan komen “Eh takdelah, biasa je ni” dan sewaktu dengannya tapi kadang-kadang kalau pujian tu melampau, aku akan mula blushing teruk tapi sebab nak cover malu muka aku slow-slow berubah macam tak suka/marah (ni kawan aku describe, aku memang tak tau cemana muka aku masa tu). Lagi teruk ada jugak masa aku termarah pulak orang yang puji aku tu. Adeh, aku pun tak paham kenapa aku buat macam tu ni semua luar kawalan aku okay?

Masa sekolah dulu okay lah lagi sebab tempoh berkawan tu lama, so kawan-kawan semua paham perangai aku yang satu ni so diorang gelak je kalau aku mula naik angin (kadang-kadang saja je diorang usik aku sampai aku betul-betul meletup) tapi bila masuk matrik aku baru sedar benda ni boleh kira masalah besar jugak. Yelah jumpa orang baru, kawan-kawan baru nak mesra first week tu dengan kita mestilah ada yang kadang-kadang puji beg lawa ke kasut lawa ke apa nak buat bahan berbual kan tapi aku punya respon buat orang-orang baru ni takut dengan aku, nak ke diorang ni tegur aku lagi? Memang tak lah weh. Lagi-lagi lelaki.

Contoh, budak class aku baru puji aku terrer cakap jepun aku dah tepis “takdelah biasa je ni” dengan nada macam takde perasaan (padahal segan, pebenda yang hebat sangat buat self-introduction? Tak payah lah kagum sangat muka tu!). Pastu bila dia mintak aku tolong eja nama dia dalam kanji so aku tulis kat atas buku dia pastu terus tolak balik buku tu kat dia tanpa cakap apa-apa, aku buat-buat sibuk borak dengan classmates perempuan aku. Nampak wei muka dia berubah, kesian tapi aku tengah segan gila kot masa tu.

Last-last aku tamat matrik dengan 6 orang bestfriends, okay lah tu ramai lah jugak kawan seteruk-teruk aku kan. Classmates lain nombor pun aku takde simpan (tapi sekarang dah ada sebab dah ada group whatsapp, dulu mana ada whatsapp ni). Susah jugak lah hidup aku sepanjang setahun tu, lab ada group pastu assignments dengan project macam-macam.

Senang cerita agak awkward lah jugak sebab aku buat dorang conscious, cakap pun elok je sopan, formal, takde nya nak gurau lebih-lebih, bertepuk-tampar ke macam dengan classmates lain. Kadang-kadang kalau rasa awkward yang melampau dengan group mates aku siapkan terus assignment tu sendiri pastu suruh diorang hantar, senang aku tak payah nak hadap diorang. Selalunya aku tak join aktiviti kelas unless betul-betul penting (atau kena paksa dengan 6 orang tu).

Aku teruskan perangai aku ni sampai lah sekarang, tapi alhamdulillah sekarang dah kurang bermasalah sebab aku dah tak buat kawan lelaki lansung. Haha. Okay, tak selesai masalah pun tapi selesa lah lagi kena puji dengan kawan perempuan dari lelaki kan. At least, aku boleh respon “eh manada, biasa je ni” dengan nada bajet comel ke sengih macam kerang busuk ke. Paling-paling pun kena cubit ke kena debik sikit dengan diorang sebab buang tebiat mengada, lepas tu jadi instant bestfriends lah bila dah boleh bergurau tahap macam tu. Jadah dia nak buat camtu kat lelaki kan, gila ke?

Walaupun tajuk confession ni ‘pantang dipuji’ sebenarnya korang pun boleh nampak masalah dia bukan pujian tu tapi aku yang terlampau pemalu (kang aku tulis penyegan orang ingat aku pemalas), terlebih self-conscious, awkward, sedikit kerek mungkin. Sekarang dah nak grad dah pun aku masih menyorok-nyorok belakang kawan-kawan rapat aku, guna orang tengah kalau kena deal dengan orang yang aku tak biasa. Nampaklah kalau takde bestfriends aku, aku dengan budak kelas sangat-sangat lah awkward. Bila keluar makan satu kelas hujung sem tu kalau aku kena pisahkan naik kereta lain dengan bestfriends aku mula lah senyap-sunyi, bunyi radio pun sayup-sayup je dalam kereta tu. Hmm.

Dengan course aku yang nature nya memang akan kena deal dengan ramai lelaki dari perempuan bila kerja nanti aku nampak masa depan aku macam gelap je. Mak aku pun ada tanya yang dalam tagged photos masa keluar ramai-ramai kat facebook tu yang mana satu boyfriend aku. Risau le tu kalau aku tak kahwin, dah la anak dia ni tak lawa, tak laku pulak tu. Aku lagi risau kalau aku kena pecat sebab tak reti nak deal dengan orang nanti, nauzubillah (tu pun kalau lepas interview, kalau dapat kerja).

Aku confess kat sini pun bukan sebab nak solution, just getting this out of my chest dan inform korang yang ada je manusia macam aku ni kat luar sana. Jangan terus cop orang macam aku ni anti-social padahal socially awkward je. Alhamdulillah kawan-kawan aku semua baik-baik belaka, supportive. Sepanjang 3 tahun degree diorang slow-slow ajar cara communicate dengan orang, tegur aku kalau aku silap cakap ke apa dan push aku dan biasakan diri deal dengan orang lain tanpa bantuan diorang. Sorry manglish teruk aku taip confession ni. Doakan semuanya baik-baik je untuk aku.

– Bakal graduan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit