Patut Ke Tak Patut?

Terima kasih admin approvekan post saya ni. Nama aku Siti. Aku bukanlah student IIUM pon tapi nak juga sibuk post kat sini. Aku kerja dekat syarikat swasta ni nak masuk 6 bulan. Mula-mula kerja okaylah tak ade ape masalah even aku baru lagi dalam bidang ni. Dah bulan yang keenam ni baru aku rasa macam useless sangat kerja dekat sini. Mulalah timbul rasa menyesal tu dan mula lah juga rasa nak berhenti kerja.

Nak diikutkan , puncanya berlaku sejak 2 bulan lepas dimana bos aku ni (lama-lama aku perasan) dia seorang yang kedekut atau bahasanya baiknya “sangat jimat”. Satu, sepanjang aku kerja sini tak ada pon KWSP , Socso EPF bagai. Mula-mula aku pon tak pe kan je lah kan sebab aku kerja kat sini pon kawan aku yang carikan (sebab dia pon kerja syarikat yang sama) pastu dekat dengan rumah aku. Dia kata walau tak ada KWSP tapi ada benefit lain yang pekerja akan dapat (tipulah kawan aku tu). So, aku pon okay je lah terima kerja ni. Tapi lama-lama aku nampak yang bos aku ni dia ada sikap sambil lewa bila melibatkan kebajikan pekerja. Contohnya bila tiba waktu rehat, waktu rehat aku 1 jam, tapi aku kena beli makanan dalam 10 minit je pastu aku kena masuk balik dalam ofis . Alasannya siapa nak jaga ofis dia waktu rehat nanti. Pekerja lain semua boleh keluar rehat satu jam aku yang kerja kat bahagian ofis ni je kena stay time rehat. Okaylah aku sabar lagi, ada satu kali tu dia boleh cakap kat aku, macamana aku nak beli makanan semua dah rehat ni, dalam hati aku dah mencarut-carut je.

Kedua, soal peralatan ofis, okay aku paham dia mungkin rasa membazir upah cleaner sebab ofis kitaorang ni kecik je kan, tapi bila kitaorang request belikan mop ke tong sampah hitam yang besar tu ke , langsung tak di layan. Ayoyo itukan semua untuk kemudahan ofis kan. Cuba cakap salah ke permintaan kitaorang (okay kat ofis aku ade 4 orang je) ni? Lepas tu kalau banyak barang stationery dah habis, apa yang kitaorang list untuk dibeli dia boleh ignore macam tu je, at last bila time dia nak pakai (pen pon kitaorang beli guna duit sendiri tau) dia boleh marah-marah kitaorang kenapa tak beli. Rasanya wei Tuhan saja yang tahu.

Ketiga, kami di bahagian ofis ni langsung tak ada persefahaman antara kami dengan department lain. Bayangkanlah bos dah bagi arahan awal-awal kat kami , jadi kami sampaikan lah kat diaorang (department lain) pastu diaorang ni boleh suka-suka ubah apa yang bos arahkan. Dah-dah tu kami yang kena marah dengan bos sebabnya kerja dah tak as scheduled dan paling tak tahan bila mereka pula nak marah tengking-tengking marah kami balik. Aku dah ketengahkan kat bos pasal hal ni(suggest meeting selesai kan perkara ni) , tapi dia as usual dengan sikap sambil lewa dia, okay aku positifkan mungkin dia tak nak keruhkan keadaan. Tapi nampak ketara sangat, macam pilih kasih. Paling tak boleh lupa, dia kata apa function kitaorang kat dalam ni(ofis). Hakikatnya kitaorang ikut je arahan dia, sampai kat department lain diaorang suka-suka ubah. Ada juga lah bertekak sikit-sikit dengan bahagian department lain tu, sampai terjadilah kejadian masam-masam muka dan macam biasa kami dipersalahkan. Time ni rasa macam nak bertumbuk je tapi fikir orang tua terus tak jadi. Patut ke tak patut?

So, bagi sesiapa yang kat luar sana, aku sarankan cari lah kerja yang boleh menjamin masa depan korang at least KWSP ada. Masa tua nanti adalah hasilnya bila dah penat kerja kan. Tapi janganlah demand sangat , timba pengalaman dulu, dari situ ambil yang baik yang keruh buang jauh-jauh. Jangan jadi macam aku ni, boleh masuk hospital sakit jiwa. Sekarang ni pon sejak kerja kat syarikat ni macam-macam penyakit aku dapat sebab stress.

– Balqis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit