Pembongkaran Confession Mus

Aku bukan lah pembaca setia page ni. Aku kenal IIUMC hanya kerana “Peninggalan Arwah”. Sebelum ni kalau ada kawan yang share confession dari page IIUM ni pun sekadar melintas je kat FB, aku tak pernah ambil tahu. Tapi cerita Mus lain,menarik. Aku setuju yang penulisan Mus ni memang unik. Habis kisah Mus aku terus baca kisah kisah lain dalam IIUMC dan aku faham kenapa cerita Mus meletup (bukan nak merendahkan cerita confesser2 lain). Pendekatannya lain dari yang lain. Setiap patah perkataan tu buat kita senang faham. Umpama dia bercerita depan kita di kedai mamak sambil dia hisap rokok. Gaya penceritaan Mus seolah olah membawa aku berada bersama sama di dalam rumah keluarganya.

Macam pembaca lain jugak, aku pun cuba rungkai misteri keluarga si mus ni. Ramai yang cakap (banyak jugak komen2 korang yang aku baca) keluarga dia susur galur keturunan Ngah Ibrahim, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor, Dol Said, Megat Terawis, Wan Mohd Isa dan sebagainya.

Aku keras menyatakan bahawa keturunan mus tidak bersangkut paut dengan mana-mana nama tadi. Sebabnya, Mus dah beritahu bahawa keturunannya tidak ada dalam mana-mana catatan sejarah.

“Aku just nak berkongsi, tentang hero yang tidak didendang”

Ayat ni cukup untuk aku simpulkan bahawa keluarga Mus tiada dalam sejarah. Tujuan Mus kongsikan cerita ni pun adalah tidak lain dan tidak bukan, untuk memberitahu kita bangsa melayu bahawa keluarga beliau juga salah satu keluarga yang menentang penjajah tetapi sejarah keluarganya tidak di catat. Mengapa? Sebab keluarga Mus adalah keluarga yang berpotensi untuk menggugat kedudukan british waktu itu.

Senjata – Terakol. Keluarga mus merupakan pioneer cipta terakol. Mengikut cerita mus, keluarga beliau di upah untuk melakukan job “assassination”. Di upah untuk membunuh lanun dan juga penjenayah. Sangat mahir menggunakan senjata terakol sehingga mempunyai skuad elit tersendiri. Perak merupakan negeri pertama menerima residen, penjajahan british merupakan satu jenayah di negeri perak. Aku rasa keluarga mus adalah golongan rakyat pertama yang akan melakukan pemberontakan. Ye dak?

Pada pendapat aku, british sedar akan kewujudan keluarga mus ni. Mus ada beritahu yang keluarga dia pernah menyerang askar british. Tengok susur galur di bawah…

1) British datang ke perak

2) Keluarga mus memberontak

3) British perasan keluarga mus buat terakol. Sedar akan bahaya keluarga mus ni, jadi..

4) British rampas segala harta dan kilang keluarga mus

5) Oleh kerana waktu ini british baru sampai ke perak, british hanya menghalau keluarga mus dari perak untuk mengelakkan kebangkitan keluarga pembesar/rakyat yang lain.

Mengikut sejarah, Pahang dan Negeri 9 merupakan negeri yang mempunyai sejarah membuat senjata. Mus cakap keluarga dia asal dari perak. Kenyataan mus ni nampak macam menyimpang dari anggapan awal aku bahawa keluarga mus berasal dari N9. Tapi kalau kita kaji balik sejarah perak, perak terkenal dengan lombong bijih timahnya. Material untuk membuat peluru adalah Lead (Bijih Timah). Jadi kenapa kita tak dengar sejarah pembuatan senjata api dari Perak sedangkan perak merupakan negeri yang paling sesuai untuk membuat senjata api? Jawapannya, ada. Ada orang yang buat senjata api di perak tetapi british sengaja lenyapkan butiran orang tu. Orang tu adalah Kepala keluarga keturunan mus.

Yang pasal kepala keluarga mus assist seorang pejuang tanah melayu tu, sejarah kita ada beberapa siri kebangkitan orang melayu. Dol said salah satunya. Mungkin.. Mungkin keluarga mus di vendor balik untuk membantu dalam penciptaan senjata oleh pembesar lain setelah keluarga mus di halau keluar dari negeri perak. Tapi cerita ni tidak di catat oleh moyang mus.

Sepanjang pencarian aku tentang keluarga mus, aku ada jumpa satu keratan akhbar kosmo. Aku bagi link kat sini

https://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz4ToE9MJmc

Dalam artikel ni ada menyatakan Pengurus Ladang Elphil, Arthur E. Walker, 50 di tembak mati pada 1948 di sungai siput, perak. Kalau kita kaji lagi, tak mustahil moyang mus kenal dengan Arthur Walker ni. Kemungkinan isteri moyang mus kenal dengan isteri Arthur Walker. Jadi ada gambar “With Mrs, Walker”

Yang jadi persoalan di sini, siapa Doughlas? Dia ni engineer. Mengikut kepada cerita mus, moyang mus ni ada sedikit sebanyak ilmu engineering. Aku syak yang hubungan moyang mus dengan Doughlas ni bukan hubungan biasa-biasa. Mungkin moyang mus pernah contribute something untuk british? Aku pun tak tahu. Tak jumpa pasal Doughlas tu.

Last, lokasi rumah mus. Genius. Kenapa aku cakap genius? Sebab mus dah berjaya twist fakta ni kepada pembaca. Mesti confuse kan? Aku tanya korang lepas mus bagitahu yang dia asal dari perak, berapa ramai yang cari rumah tu kat perak?? Mus ni manusia cerdik. Aku tak rasa yang dia nak korang tahu lokasi rumah moyang dia. Lepas habis confession part 4, tak perlu dia bagi information pasal negeri perak tu. Tapi kenapa dia beritahu yang keluarga dia dari perak?? Aku quote balik ayat mus kt sini

“Untuk info admin, sejarah keluarga kami adalah dari perak. Admin boleh berkongsi dengan readers tentang info ni”

Mus cakap yang “Sejarah keluarga dia dari perak”. Aku ulang. “Dari Perak”. Macam korang tanya member baru korang la, “Eh ko asal mana?” Member korang akan jawab “ Aku asal perak.. Tapi aku stay Selangor (contoh)”

Di sini, mus twist info ni. Sejarah keluarga dia adalah dari perak. Tapi keluarga dia di buang negeri oleh british. Jadi keluarga dia berkemungkinan stay di tempat lain. Mus ada mention yang cincin moyangnya diterima oleh isteri pegawai daerah british (sistem residen). Jadi kita boleh simpulkan yang moyang mus duk di negeri yang bawah sistem residen. Ok. Jadi ada 4 negeri. Perak, Selangor, Pahang, Negeri 9. Mus perasan kesilapan dia mention pasal ni. Orang boleh cari rumah moyang dia dalam 4 negeri ni. Tapi mus buat twist untuk semua orang cari rumah dia di 13 negeri. Macam mana??

Ya. Dengan beritahu bahawa “sejarah keluarganya asal dari perak”. Perhatikan.

1) Mus beritahu sejarah keluarganya asal dari perak

2) Sebilangan besar readers akan cari rumah ni di perak

3) Sebilangan kecil pula akan perasan akan muslihat mus. Dorang akan sangsi dengan info ni sebab dorang tak rasa mus sebodoh ini untuk beritahu lokasi rumah moyang dia. Tapi fakta mus tu benar. Keluarganya memang asal perak. Tapi tak semestinya rumah moyang dia pun ada di perak kan? Sebab keluarganya pernah di buang negeri

4) So, apabila orang sedar tentang muslihat mus ni, orang akan cari rumah mus di negeri selain dari “Perak”

5) Negeri apa selain dari perak? Ya. 13 negeri lain di Malaysia ni. Jadi muslihat mus berjaya.

6) Mus buat semua ni untuk menutup hakikat asal bahawa rumah moyangnya berada di salah sebuah negeri yang apply sistem residen.

7) conclusionnya, rumah moyang mus berada di antara 3 buah negeri ni. Pahang, Negeri 9, Selangor

8) Key untuk cari rumah moyang mus adalah dengan research pasal struktur organisasi sistem residen di ketiga-tiga buah negeri tu dan cari tentang Engineer British bernama Doughlas

Akhir kata, aku tetap tak kisah cerita mus ni betul ke fiksyen. Kalau cerita betul, bermakna Negara kita masih ada lagi catatan sejarah yang harus di terokai. Kalau fiksyen, penulis cerita ni adalah benar-benar genius. Aku syak yang kalau cerita ni fiksyen, sepanjang gap antara post 1 -4, penulis ni mesti tengah fikir idea nak buat cerita. Dalam masa lebih kurang seminggu, penulis ni berjaya hasilkan sebuah karya viral macam ni, fuhhhhh.. Ko memang genius bro. Kalah penulis Malaysia yang lain. Gosho aoyama pun kalah ni. Ko dah taraf2 Sir athur conan doyle ni. Rak buku tu tak pernah aku dengar idea tu. Pasal cermin pulak. Aku tak pernah jumpa mechanism slide macam tu untuk cermin. Bilik rahsia tu sungguh fresh idea.

Tapi kalau cerita ni adalah benar, moyang mus antara melayu genius yang aku pernah jumpa. Dan mus ni betul-betul mewarisi kepintaran moyangnya. Berdasarkan jalan cerita detail dan juga emosi yang kena dengan cerita, aku rasa cerita ni adalah cerita benar. Aku harap cerita ni di filemkan. Mana-mana producer film boleh la contact si mus ni untuk panjangkan discussion korang buat filem. Kami readers memang menanti-nantikan cerita ni di layar perak. Tapi jangan lah pula ada manusia melayu yang lain cuba mengambil kesempatan ke atas cerita mus ni dengan keluarkan novel atau movie tanpa keizinan mus untuk kepentingan sendiri. Tolong jangan jadi melayu yang sengal dan selfish k?

Jadi habislah rumusan panjang aku tentang cerita peninggalan arwah. Terima kasih sebab korang luangkan masa untuk baca.

– Pengkaji Sejarah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit