Penanam Anggur

Assalamualaikum, hi. Terima kasihlah admin kalau sudi share luahan saya ni. Maaf kalau panjang. Cubalah baca sampai habis. Haha.

Okay. Saya tiba2 rasa nak share luahan saya ni lepas pergi cari kerja yang tak dapat2. Saya seorang lepas ijazah dalam bidang makanan. Saya grad dalam bulan 10 tahun lepas. Final exam saya habis bulan 6 tahun lepas. Dan saya memang tak cari kerja langsung lepas habis belajar sebab abang saya kahwin bulan 7. Kalau saya dah kerja, tentu2 saya tak dapat nak cuti masa hari nikah, sanding belah perempuan dan sanding belah kami.

Saya okay je, sebab masa tu coursemate saya pun ramai tak dapat kerja. 10 out of 40 yang dah ada kerja. Seminggu sebelum settle semua majlis, saya mulakan job hunting. Saya apply dekat one of the fast food outlet as management trainee. 3 hari lepas tu, saya dapat call untuk interview(iv). Saya pergi iv tu, sehari lepas habis majlis belah kami. Then, the area manager tu offer me to work in their HQ as QA dekat KL. Okay.

Kenapa saya tak terima job tu? Saya bukan orang KL. Saya tak ada sebarang lesen kenderaan. Kenapa saya tak ada lesen? Saya tak ada duit nak buat lesen. Saya bukan dari keluarga yang mampu. Bukan murah nak buat lesen wey. Orang cakap, kenduri kahwin mampu, tak kan lesen tak mampu. Kenduri kahwin abang saya pun seminima yang mungkin. Dan sebenarnya saya tak nak bebankan family saya untuk bayar kos ambil lesen. End of story pasal lesen.

Okay. Almost everyday saya bukak jobstreet nak apply kerja. Berpuluh puluh kerja saya apply. Dua je reply. management trainee dekat fast food restaurant dan bank. Saya pergi dua2. Yang restoran tu lepas iv, tak reply2. Yang bank tu cakap background aku tak ngam nak kerja bank. Bengang gak lah. Masa advertise, cakap degree in any field. Masa iv cakap tak sesuai. Haih. Bukan rezeki kan.

Lepas tu, macam2 kerja la saya apply. Tapi semua online la. Saya duduk kat ceruk kampung wey. Kalau nak g walk in, saya kena susahkan ayah saya nak g hantar bagai. Then one day, saya baru tahu, kawan saya dari sekolah rendah mengalami nasib yang sama dengan saya iaitu takde kerja. Dia background oil and gas.

So, tadi dia ajak saya buat walk in job hunting. Dia ada kereta dan boleh drive. So, kami sama2 lah pergi. Pergi satu kilang ke satu kilang (di kawasan industri). Kitorang set mind, jadi kerani pun boleh la, janji ada kerja. Setiap kilang tu tak nak accept kami ni, sebab ada degree. Jawatan operator, cleaner, clerk tu semua untuk orang yang ada SPM je. Nak mintak macam level atasan memang tak lepas la sebab semua kilang tu bukan dari background kami. Oh Mai. Seriously. So macam mana kami nak kerja?

Saya ni kalau nak kerja, faktor utama yang saya kena fikir transportation. Macam mana saya nak pergi kerja kalau lesen pun takde? Nak buat lesen kena ada duit. Nak duit kena kerja. How? Ayah saya ada offer nak hantarkan kalau dapat kerja yang dekat2 dengan rumah. Masalahnya, kerja tu tak wujud. Kalau saya ada lesen sekali pun, mana ada kereta atau motor spare. Nak cekau celah mana pulak kereta atau motor? Macam mana lah saya nak selesaikan masalah ni? Kesian family saya kena tanggung makan minum saya sepanjang saya jadi penanam anggur ni. Patutnya saya yang sara diorang. Haih. Kalau ada solutions, sila tinggalkan dia ruang komen. Haha. Terima kasih.

– Anis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit