Pengalaman Berubat

Tak ada benda aku nak cerita, tapi nak cerita pengalaman aku berubat dengan pengamal perubatan. Selama bertahun- tahun, aku hampir 8 pengamal perubatan Islam yang aku pergi berubat. Tak banyak pun. 8 je.

Ustaz yang pertama adalah waktu aku sekeluarga berubat merawat atuk aku yang sakit tua. Sakit tua ni pada istilah aku sendirilah, sakit yang bila pergi jumpa doktor, doktor kata sihat, tapi atuk aku terlantar tak boleh berjalan dan makan. Masa tu umur dia hampir 80 tahun.

Kami beramai-ramai berubat sekeluarga termasuk saudara mara. Lepas berubat, atuk aku sihat semula, boleh berkebun, pergi masjid tapi tak lama dalam sebulan. Kemudian, jadi balik. Jadi, kami hantar berubat semula dan akhirnya atuk aku meninggal.

Sejak dari hari itu, mula kisah dalam hidup aku. Masa tu aku baru tahun kedua di uni tak silap. Aku mula, tak suka bergaul. Duduk dalam gelap dan rasa terpencil. Tak boleh fokus belajar.

Aku tak perasan lagi apa-apa masa ni. Sampai satu masa aku kerap mimpi ular, bayi dsbg. Mimpi paling dasyat , aku mimpi semua member sekelas kena bakar hidup-hidup dalam satu bangunan kolej dan aku terjun dari bangunan tu. Masa itu aku tinggal di kolej. Menggigil jugak lepas mimpi tu.

Lepas dari tu, dari satu perawat ke satu perawat. Ada yang pernah, kawan aku reccommend tempat tu. Makcik dia kata ramai pergi jumpa pengamal Islam katanya berasaskan silat. Aku pergi dan 4 orang yang ubat aku. Bersilat kiri kanan. Akhir sekali aku sedar dia kata kunci. Mula-mula rasa segar. Lama-lama makin teruk keadaan aku. Aku pernah bersilat masa tidur. Hahaha. Roomate aku keluar bilik. Esoknya semua pakat baca Quran.

Apa yang aku perasan, selepas dari itu, aku panas dengan orang yang rajin solat & baca quran. Aku bergaduh dan benda ni berlarut sampai habis pengajian.

Lepas tu aku pergi ke Darus Syifa, nak tahu , kalau pergi darusSyifa ni, masuk, kau sihat, keluar kau sakit. Aku stop berubat di DarusSyifa dan cari ustaz di kawasan rumah.

Ustaz yang pertama ni Tok Imam masjid, dia kata dia tak boleh ubat. Senak dia tekan perut aku sampai nak terkeluar isi perut tapi masih belum baik. Ustaz bagi aku berubat dengan kawan dia. 3 kali perubatan, ustaz ni buat tapi tak selesai dan yang kali terakhir. Dia pesan baca Quran sahaja. Sebab dia tak boleh ubat, siap diolok2 lagi dek benda tu.

Lepas itu, aku mula bekerja, aku ada kes dirasuk semasa kerja. Aku bersilat dan sebenarnya aku tak pernah belajar silat. Pergi berubat dengan Ustaz dari Indonesia, atas nasihat orang juga. Ada dalam 3 kali berubat, katanya semangat aku tertinggal di sungai.

Pulak dah, masa tu dalam hati apa kena semangat dalam sungai pulak. Aku fikir lain macam sudah. Aku berhenti berubat dengan ustaz Indonesia ni. Cara bacaan perubatan dia berdasar zikir tapi zikirnya pelik. Duk ma ma ma ma depan aku. Ada ayat quran jugak. Pening dah aku kali kedua.

Kali terakhir ni, aku fikir, ini betul yang terakhir dan aku nak berubat sendiri.

Yang last aku ingat ustaz ni, berubat guna ayat Al quran. Dia ada pesan, sebenarnya kenapa setiap kali pergi berubat, masih belum sihat, sebab pendamping kita sudah tahu ke mana kita mahu pergi. Jadi, dia tinggal di rumah. Yang ikut cuma yang lemah, yang kuat tinggal di tempat kita tinggal dan kebanyakkan masalah aku semakin teruk sebenarnya sebab tersalah pilih pengamal perubatan.

Pesan ustaz lagi, banyakkan membaca Al-Quran.

Untuk korang yang rasa ada tanda-tanda gangguan, carilah yang betul-betul mengamal menggunakan Quran. Kesan tersalah pilih ini seumur hidup kau akan rasa. Apa yang lebih baik , kita beramal sendiri. Al Quran jangan pernah tinggal.

Apa pun jangan berputus asa. Masalah gangguan mistik ni bukan sehari dua boleh selesai, hanya yang merasa akan tahu kesan dalam hidup.

Tapi janganlah berlebihan takut pada gangguan sebab kita akan jadi lemah semangat dan takutkan syirik. Bila lemah semangat, semua perkara tidak akan menjadi.

Aku saja nak cerita, sebab aku tak nak orang lain yang punya masalah yang sama lalui apa yang aku lalui. Cari pengamal perubatan yang betul ikhlas membantu dan yang penting asas Quran nya kuat.

Tapi janganlah kau masuk berubat, kau tanya ustaz baca Quran dulu, saya nak dengar. Nak kena lempang dengan ustaz..

InsyaAllah selamat.

– Hantu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit