Pengalaman Jadi Gemuk

Assalamualaikum semua .

Harap admin approve confession aku . Mesti title yang aku tulis ni interesting kan . haha . Dulu aku ni orang gemuk . Aku memang dah lali dah dengan panggil ‘buncit’ , ‘gemuk’ dan sebagainya . Aku ni bukannya kisah sangat kalau orang panggil macam tu sebab tu mungkin tu nama panggilanmanja yang orang akan ingt sampai bila2 . Aku start gemuk masa umur 6 tahun . Masa tu memang mak aku bagi makanan yang sedap sedap . Masa aku drjah 4 , berat aku dah mencecah 60 kg . haha . Kawan kawan aku semua under 40 kg . Masa tu aku memang xkisah pasal berat badan aku sebab minda xterbukak lgi kot haha .

Masa aku form 1 pulak berat aku dah mencecah 90 kg . Wow macam tong gas dah . hahah . Masa tu nk naik turun tangga memang letih . Kalau ada subjek Pendidikan Jasmani pula , aku xakan turun kat padang sbb malas nk bersenam . Kalau rehat pulak laju je turun kat kantin . Kalau bawak Rm 5 kat skolah , memang 5 ringgit tu aku spend g kat kantin . hahah . Mujurlah aku ada kawan2 yang xkisah pasal fizikal . Yang penting rohani kot . lgipun aku xkisah pun kalau orang nk panggil aku gemuk ke , buncit ke sebab aku ada life sendiri .

Sampai lah masa form 4 , berat aku mencecah 120 kg . Wow berat gilaaa beb . haha . Masa tu la timbul perasaan dengki ngan kawan aku yang majoritinya dah ada awek- awek cun , dah ada peminat . Masa tu aku fikir yang aku nk jugak ada ramai peminat . Dan masa tu jugak aku lihat kawan kawan aku luangkan masa diorang dengan main futsal , badminton , hiking dan sebagainya . So disebabkan aku ni terlampau gemuk , susah nk lari , aku xdapat join diorang . Aku nk spend time jugak dengan kawan2 aku . Rasa best pulak kalau boleh join diorang . Then yang paling aku dengki lah , diorang gelak2 dalam kelas pasal aktiviti lasak diorang tu . Huwaaaaaaaa .

So , aku pun plan nk kurus . Member aku ada recommended ubat kurus . Tanpa berfikir panjang , aku terus beli . Sempat 3 hari je makan sebab mak aku marah aku mkan ubat kurus then dia buang ubat kurus tu dalam tong smpah . Masa tu aku dah fade up nk kurus tpi bila aku fikir balik , sampai bila aku nk gemuk ? sampai bila aku nk jadimacam ni ? So , aku pun try research pasal kurus . Then aku terjumpa satu blog ni iaitu blog cikgu Kevin . Nama sebenar dia Kevin Zahri (korang boleh try search la kat google) . Aku memang bersyukur dapat kenal dia even xpernah jumpa .

Masa tu aku form 4 lgi . Masa bulan September xsilap aku . Di situ bermula lah titik tolak buat aku untuk jadi kurus . Aku xmakan nasi . Hanya ratah lauk , makan sayur , buah buahan and so on . Masa mula2 tu aku joging xsmpai 1 minit pun , aku dah lelah and letih . Aku try jalan2 pusing kampung sensorang . Xde teman bebb . Majoriti orang kampung aku gelakkan aku sbb aku cakap aku nk kurus . tpi itu xmematahkan semangat aku . Pernah sekali aku rasa perkara aku buat ni sia sia je . tpi dalam blog cikgu kevin tu ada slot pasal Success Stories . Kalau aku putus asa , aku cepat2 bukak Success Stories yang menjadi pemangkin semangat aku .

Kalau kat skolah pulak , masa rehat aku makan buah apple hijau je . Kawan2 aku semua bagi semangat kat aku . Cikgu2 aku pun bgi kata2 semangat kat aku supaya aku xberputus asa . Time tu aku rasa semangt gila bebb . Cukup seminggu aku diet , aku lost 5 kg . Happy gila kot . first week memang banyak lost sbb badan aku masih terkejut kot sbb tuan dia decide nk kurus . hahaah . Family2 aku pun happy sbb diet aku ni dikira menjadi . huhu

Seteah 3 bulan aku xmakan nasi dan diet , aku hilang 20 kg . So , berat aku masa tu dah jadi 100 kg . Memang happy xterkata . Aku pun mulalah berjinak jinak untuk aktif dalam sukan . aku joging , main futsal dengan member , main badminton sama2 . Memang masa tu aku enjoy je diet aku dan xharap berat turun dalam masa yang singkat . setelah sebulan aku joging , guess what ? Aku dah boleh joging 30 minit tnpa henti . Then masa tu aku bersyukur sgt sbb Allah bagi peluang aku untuk kurus dan jadi normal person .

Masa aku form 5 , waktu tu bulan Mac , berat aku dah jadi 80 kg . Kalau dulu aku layan group whatapps je , skang ramai plak awek2 chat aku . Tpi aku xlayan kot diorang sbb aku rasa berdosa pulak kalau chat ngn pompuan sbb Allah dah bagi aku kurus sbb nk suruh aku sihat tpi aku plak guna kelebihan ni ke jalan yang salah . Dan masa tu jugak aku kerap main futsal ,gym and so on walaupun tahun tu aku spm . Skolah2 luar pun dah mula panggil aku untuk bagi talk dalam program berkaitan dengan kesihatan . Banyak jugak sekolah yang panggil aku untuk bagi talk . Berdebor beb nk bagi talk . Tpi alhamdulillah aku boleh buang segala perasaan takut untuk berkongsi ilmu dengan orang lain .

Alhamdulillah sekarang ni aku boleh jalani hidup seperti biasa . Makan pun dh xbanyak macam duluu . kalau dulu nasi 2 pinggan sekarang ni separuh pinggan je . So , untuk sesiapa yang tengah berdiet tu dan berkeinginan untuk kurus , usahlah berputus asa kerana dalam usaha kita itu ada hasilnyaa .

Semoga semua enjoy baca confession aku . huhu .

-uwais-

– uwais bin shaari

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit