Penggunaan Pirate Software

Salam semua.

Aku harap tajuk confession aku ni tak bagi salah faham ke apa, aku bukan nak bash designer guna software tak berbayar, nak tanya pendapat saja.

Aku designer yang baru je berkecimpung dalam industri ni. Sejak aku belajar kat universiti lagi aku dah provide servis design untuk klient antaranya dalam grafik, video, animation, photography dan 3D rendering. Bila duduk dalam bidang ni mestilah tak lari dari guna software yang super mahal untuk individu freelancer macam aku ni.

Software yang aku guna ; photoshop, illustrator, indesign, 3ds max, rhinoceros, autocad, premiere pro, after effect, sketchup pro, lightroom. Semua software ni aku download t*rr**t je, aku tak bayar se sen pun. Kemudian, dari segala software ni aku wujudkan designs untuk klient, dan dibayar. Bayaran tu aku guna untuk kelangsungan hidup.

Awal-awal dulu aku rilek je dapat duit dari klient, takde rasa hidup tak berkat ke apa. Sampailah aku collaborate design servis dengan sorang kawan ni, buat design macam biasa (dia pun guna software crack). Bila waktu dapat bayaran, aku dapat bahagian aku, dia dapat bahagian dia. Kawan aku bagitahu dia nak sedekah sikit portion bayaran tu kat sesiapa sebab dia nak ‘bersihkan’ rezeki dia.

Maka dari hari tu aku mula timbul pertanyaan, adakah bayaran dari guna software pirate ni jatuh hukum haram terus ataupun kurang berkat je, aku takde jawapan. Tapi aku teruskan bisnes macam biasa.

Kenapa aku tak beli je kan, korang mesti tertanya.

Harga software semua ni berbeza mengikut pelan dan developer. Adobe ada pelan untuk student dan lagi murah dari pelan professional and commercial. Dengar khabar adobe dah tak jual cs6 dan tinggal creative cloud(CC) je. CC students edition pun kalau master suite RM1k (Rm90 per month) untuk tahun pertama, cuma masuk bulan ni dah 6 bulan aku grad dari universiti jadi mungkin tak eligible dah, malah bukan semua software dalam collection tu aku guna pun, cuma lagi jimat dari beli beberapa software secara individual.

Tu tak termasuk software dari developer lain. Sketchup Pro dah RM3k, rhinoceros student edition yang tak bundle sekali flamingo penguin bongo pulak RM870. Pendek kata memang banyak duit akan berhabis. Ada kawan aku seorang ni dia tengah bayar ansuran untuk illustrator dan aku salute usaha dia nak meng’halal’kan penggunaan software tersebut. Aku baru lagi dalam bidang ni. Klient aku pun tak ramai mana. Aku bergerak sendiri dan tak pasti lama mana aku boleh pursue bidang ni. Aku takut tiba-tiba aku stop tengah jalan, maka aku akan menyesal sebab dah laburkan banyak duit untuk beli softwares sahaja.

Jadi apa pendapat korang? Mungkin antara korang ada yang peruntukkan duit gaji untuk beli software ni semua, tahniah!

– designer baru nak up

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit