Penunggang Agama Dan Si Tukang Share

Dunia alam maya telah banyak mengubah kehidupan manusia moden hari ini, kerana sudah tiada batasan dalam berhubung dengan manusia yang lain. Kebebasan tanpa hari ini adalah hasil dari kemampuan manusia untuk memiliki internet. Bermula dari telegram, radio, telefon dan kini, internet.

Awal dahulu pun internet hanya boleh disalurkan melalui komputer dan wayar telefon dengan harga yang agak mahal. tetapi kesemuanya telah berubah. Peranti internet hari ini hanya sebesar tapak tangan dan murah. Semua orang boleh memilikinya. Malah dah sampai tahap menjadi keperluan dan sumber rezeki, sanggup makan megi asalkan dapat online.

Di sebalik manfaatnya internet, ada sisi gelapnya yang sangat jahat. Komunikasi tanpa sempadan menyebabkan fitnah juga tersebar selaju gelombang radio. Percambahan aplikasi alam maya juga semakin popular, kerana hampir setiap orang memilikinya tidak kira usia dan darjat. Tapi ada satu kumpulan manusia yang paling saya risaukan, iaitu PENDUSTA. Pengalaman saya sebagai wartawan banyak mengajar saya pentingnya menyiasat sesuatu berita yang diterima, kerana setiap hebahan saya akan dianggap benar oleh sesetengah manusia. Tetapi pendusta tidak pernah takut dengan dosa penipuan dan fitnahnya. Lagi parah mereka sanggup menggunakan agama sebagai membenarkan dusta mereka. Saya gelarkan pendusta yang menggunakan agama ini, sebagai PENUNGGANG AGAMA.

Sejak akhir ini, saya dah selalu perhatikan viral-viral yang dihebahkan dalam dunia maya. Gambar kebakaran di Australia, didiakwa katanya di Israel. Video pembunuhan di Afrika, dituduhnya kata di Rohingya. Kemudian tulis “Allahuakbar, sebarkan”. Edit gambar sultan, letak kasut, dituduhnya Sami Buddha melakukan penghinaan. Buat kenyataan di Facebook tuduh anggota RELA tak bertimbang rasa, adahal beliau hanya menjalankan tugas dengan amanah. Itu belum edit gambar pak menteri, letak caption kononya kenyataan tersebut darinya. Buat hebahan tergempar di Whatapps kata esok harga minyak naik, berpusu-pusu semua malam tu isi minyak kat pam, tapi akhirnya tak naik pun. Tapi kadang-kadang tertunjuk kebodohan sendiri, bila marahkan pegawai kesihatan yang sembur fogging nyamuk waktu senja dan awal pagi.

Saya tak kisah pasal si pendusta yang cerdik mereka cerita dan menipu orang ramai untuk viralkan. Tetapi kenapa kita yang terlalu bodoh tekan butang “share” tanpa siasat dahulu? Tidakkan kita rasa bersalah, kalau fitnah yang kita hebah tu mungkin menutup rezeki orang, atau menjatuhkan maruah orang lain? Mungkin sebab tak kena batang hidung sendiri, jadi kita biarkan. Nabi dah pesan, kalau pendusta menyampaikan berita, siasatlah dahulu sebelum menerimanya. Dosa fitnah ni lagi besar dari dosa membunuh, sebab ia boleh menjatuhkan maruah, bangsa, hatta sebuah negara. Janganlah kita mudah menjatuhkan hukuman tanpa mendengar cerita dari pihak sebelah.

Ya, mungkin kita anggap berita rasmi ini berat sebelah, menipu, dan bermotif. Then, kita anggap berita dari page facebook, whatapps atau blogger lebih sahih? SALAH. Ia bukan sebab berita rasmi atau tidak, tapi ia sebab manusia. Saya akui memang ada wartawan putar belik kenyataan media yang rasmi, kemudian balik pejabat tulis yang belit-belit sebab nak bagi website dapat view tinggi atau nak bagi akhbar tu laku di pasaran. Tapi si keyboard warrior pulak boleh ke nak percaya? Duduk depan komputer, pegang handset dan taip. Dengar maklumat dari group whatapps, reka cerita bagi sedap didengar kemudian post di blog atau page. Akhirnya iklan dalam website dapat la duit sikit. Atau paling tak, dapat banyak share dan like. Sang Pendusta cerdik mereka cerita, tapi Tukang Share kurang cerdik berkongsi cerita tanpa menyiasat.

Kalau anda bukan dalam bidangnya, ia ibarat doktor gigi yang bercakap dengan seorang jurutera mengenai bangunan pencakar langit. Atau seorang mekanik yang mencerita tentang kapal terbang kepada seorang juruterbang. Ia akan menjadikan anda kelihatan bodoh, dan biasanya orang yang bodoh akan menang dalam pendebatan sebab ia berdebat bukan berlandaskan ilmu. Bertanyalah kepada yang pakar dalam bidangnya, contohnya kalau kita terjumpa perkongsian hadis, pergilah bertanya kepada ustaz mengenaikan kesahihan hadis. Atau kalau dah malas sangat, google, google, gooogleeee. Jumpa gambar dalam FB yang orang share, cuba cari gambar tu secara “search by image”. Google akan mencari semula gambar asal dari sumber yang asal. Banyakkan membaca dari sumber yang pelbagai, supaya kita ada penilaian sendiri.

Tolonglah, guna akal untuk membuat pertimbangan. Kalau dah rasa tak tahu sangat, diam. Jangan share apa-apa berita kalau tidak pasti kerana diam adalah lebih baik. Banyak lagi benda yang boleh share, seperti gambar kucing, kata-kata hikmat, video kereta, komik kartun, resepi masakan dan macam-macam perkara yang berfaedah. Kalau nak share politik ke, terpulanglah. Hak dan kubur masing-masing kan? Cuma ingat satu benda, kalau betul pun keburukan yang anda share adalah benar, tetapi kalau kita menjaga aib orang, Allah akan jaga aib kita. Waallahualam..

– Murshid Al-Hafiz

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit