Perancangan Kahwin

Perancangan Kahwin

Assalamualaikum. Tergerak hati aku nak taip panjang-panjang dekat sini selepas aku baca tentang TOLONG MUDAHKAN. Ini bukanlah confession cuma sekadar cadangan aku sahaja. Mana tahu berguna kepada mereka yang ada cadangan untuk mendirikan rumahtangga.

Isu ni dah kira normal dah. Pasal ibu bapa letak hantaran yang tinggi. Alasannya sebab anaknya degree master phd holder, barang sekarang mahal, malu dekat jiran tetangga kalau buat cikai-cikai je. Kesan daripada semua alasan tu akan terasa oleh bakal pengantin. Ibu bapa letak hantaran tinggi ni memang kadang-kadang kau tak boleh elak. Untuk mengelakkan daripada bermasam muka kena la terima juga. Aku malas nak bebel panjang, so to make it short, aku ringkaskan tips tu seperti di bawah. Ini adalah cara aku buat masa aku nak kahwin.

1) Pilih la tarikh, bulan dan tahun yang sesuai dengan keadaan poket korang. Kalau duit dalam dompet pun hanya ada sekeping duit biru, dalam akaun bank pun macam hidup segan mati tak mahu, maka simpanlah angan-angan untuk kahwin cepat. Belajar sabar sikit.

2) Bila mak ayah korang nak minta hantaran 10K. Jangan mengelabah. Amount tu memang dah dijangka pun. Korang accept je. Tapi kalau 20K, 50K jangan korang accept pula. 10K tu dah kira standard la tu.

3) Start buat plan perkahwinan. List kan semua jenis benda yang nak kena buat masa majlis. Letakkan hanggaran harga untuk setiap benda tu. Dari sini korang da boleh agak da berapa limit untuk setiap benda tu. Contoh target catering nak RM3000 je, maka cari lah sampai dapat harga macam tu. Dekat sini part penting untuk korang manage duit korang. cara pembayaran untuk setiap benda tu kena tahu. Contoh macam katering tu harga RM3000. Deposit dia minta RM500, Seminggu sebelum majlis RM2000. Lagi RM500 selepas majlis. Jadi RM500 yang nak kena bayar selepas majlis tu, korang boleh guna duit yang biasa tetamu bagi masa majlis tu.

4) Jangan bagi orang lain yang decide atau deal catering ke bridal ke tanpa pengetahuan korang. Kecuali kalau mereka nak sponsor la. Minta pendapat tak pe. Mana tahu diorang jumpa lagi murahkan.

5) Dahulukan mana yang perlu dulu. Contoh benda yang paling penting untuk ada dalam setiap majlis. Confirmlah makanan kan. Kalau benda boleh save bajet, cuba save bajet. Contoh macam doorgift. Tak bagi pun tak pe, kalau nak bagi pun bagi la yang semampunya. Tak perlulah nak photobooth ke, candybooth ke.Membazir. Kompang tu, guna DJ je. Kad kahwin tu, print sendiri je la. Nanti orang buang juga. Nikah dan sanding buat hari yang sama je. Baju nikah tu cari la baju yang berguna untuk pakai raya. Setakat beli pakai sekali je, membazir je. Jurugambar cari je pakej yang ambil gambar je. tak perlu album. Nanti dah ada duit lepas kahwin baru lah hantar pergi print.

6) Disiplinkan diri untuk menyimpan duit. 10K tu bukan lelaki sorang je yang nak kena cari. Kedua-dua belah pihak. Korang kongsi sama-sama untuk dapat amount tu. Sebab tu aku suruh korang sendiri yang deal semua benda. So ibu bapa korang tak kan tahu duit tu actually de duit ko sekali.

7) Elakkan pinjam duit untuk kahwin. Kalau terdesak sangat pun, pinjam dari ahli keluarga sebab tak de interest dan pinjam sikit je. Setakat buat tambah-tambah.

8) Ubah cara hidup. Contoh kalau dulu tiap minggu tengok wayang, tiap minggu makan KFC, Secret Recipe dan sebagainya, tiap minggu nak beli baju, so start daripada hari ni, semua tu tinggalkan. Pakai je la apa yang ada, makan yang sedap tu sekali sekala, elakkan daripada tengok iklan atau poster wayang. Tu la yang akan menaikkan nafsu untuk membazir duit. Beli barang keperluan yang perlu sahaja.

Aku harap tips ni akan membantu korang yang nak kahwin. Dan aku harap Anatasya yang tulis Tolong Mudahkan tu baca juga. hehe

– Cik kahwin

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Comments

comments