Perempuan Di Rumah Sewa Ni Pembersih Ke?

Hello semua, ini aku nak cerita pasal budak-budak rumah sewa aku. Ish. Sebelum-sebelum ini kisah rakan serumah pemalas mesti gemuklah. Ini kisah rumah aku yang rata-rata cantik nak mampos habaq hang!

Mula-mula aku kenalkan diri aku Yuri, aku bukan nak berlagak tapi aku berasal dari anak orang berada. Aku tak pernah pegang penyapu, mop and baju-baju kotor. Kiranya aku tak pernah buat kerja rumah sebab bibik ada. Bila start aku pandai buat kerja rumah? Bila aku tengok roomate aku bangun awal pagi tiap hujung minggu untuk kemas rumah. Aku bukan tak menolong tapi aku tak reti. Kalau bilik air kotor sangat aku panggil bibik aku datang kemas. Punyalah berlagak aku nih. Okay so bila tengok roomate aku nih kemas rumah, aku pon nak lah tolong. So thanks to roomate aku yang ajar aku guna mop, penyapu etc

Bila aku dah kerja. Aku duduk rumah sewa. Dapat housemate yang okay pada pandangan mata tapi Allah saja tahu betapa pemalas dua orang housemate aku nih yang namanya Ainur dan Berry. Selama 2 minggu aku duduk rumah nih. Aku tak pernah dengar bunyi aktiviti berus memberus. Patutlah bilik air kotor nak mampos. Aku cari berus tapi jangan kata berus, sabun, clorok pun tak jumpa. Berkira sangat nak membeli.

Aku pun belilah barang-barang rumah. Cuci-cuci pergh berkilat (maaf aku puji diri aku sendiri) . Boleh katakan aku cuci setiap 2 minggu bilik air dgn jamban tu, Ainur tu cuci sekali sekala je. Itu pon kalau dia rasa dia nak buat.

Lepas dua tahun Berry nak pindah and budak baru masuk nama Fatin.2 tahun jugak aku cuci bilik air sorang-sorang lah. So aku buat jadual untuk kemaskan rumah. 1st week dimulakan dengan aku. 2nd 3rd aik xde siapa cuci. Babun betul. Macam mana si Fatin dengan Ainur nih mandi. Tak geli ke? Aku dah tanya si fatin kenapa tak cuci bilik air. Sibuk katanya. Lupa dia kerani yang keluar rumah paling lambat tapi balik rumah paling awal antara kiteorg. Last sekali Fatin cuci jugak bilik air tu. Bilik air je lah. Jamban dia dok melabur hari-hari dia xde basuh. Itu pon cuci bilik air sekadar basuh je. Ish. Si Ainur pantang ditegur sbb dia paling tua antara kiteorg. So aku malas. Asyik tanya kenapa diri tak kahwin tapi tak mo pulak tanya diri yang ko tu bila ko nak basuh jamban.

Kenapa aku mentioned aku nih anak orang berada? Sebab sebelum aku nak cop korang pemalas, aku selidiklah takut takut korang nih anak orang kaya macam aku yang memang tak pernah pegang penyapu. Cit. Rupanya tak. Bila ditanya siapa kemas rumah mereka selama nih. Selamba ja bagitahu mak diorang yang cuci. **Facepalm**. Aku sejak dah pandai mengemas. Bibik aku jadi inspector kebersihan je kat rumah aku.

Ainur dengan Fatin nih cantik sangat orangnya, compared dengan aku yang gemok. Lemah lembut. Bilik mereka kemas je. Pandai susun atur. Lainlah bilik aku sepah. Tapi kenapa diorang tak pernah terpikir nak cuci bilik air tu??? Aku boleh tolerate dengan orang yang bersepah tapi bukan pengotor.

Oh lagi satu. Rambut perempuan nih cepat gugur. So tiap kali aku mandi aku, aku naik geli bila tengok rambut tersangkut dekat lubang tu. Geli-geli aku, aku still buang rambut diorang okay. 2tahun itulah rutin mandi aku sampai ak fed up. Korang yang ada akal tu pernah tak terfikir “eh rambut-rambut nih mana hilang ek”, “rambut aku gugur banyaklah tapi siapa kutip ek”. Ada satu hari aku bercuti 2 minggu tapi bila balik rumah sewa. Aku rasa nak muntah sebabnya rambut tutup habis lubang air tu. Last sekali aku letak plastik and cakap dengan housemate aku suruh buang rambut yang gugur tu dalam plastic. Sekali ketuk sekali jalan. Eeeeee. Aku tengok style 2 orang ni kan let say si ainur lupa buang rambut gugur tu then fatin pulak mandi selepasnya, si fatin nih biarkan je. Yang jadi tukang buang rambut diorang adalah aku yang paling last mandi sebab last sampai rumah.

Itu belum lagi kapas muka yang diorang bersihkan muka pastu tinggalkan dekat sinki bilik air. Ya allah kapas tu kembang okay. Geli weh geli! Nasib dah kena sound setepek haritu. Yang itu memang aku mengamok sebab perangai dari yahudi mabuk mana buang kapas tepi sinki tu

Kawan-kawan aku cadangkan aku sound setepek. Sbb aku ada kebolehan sound-menyound nih tapi bagi aku Ainur dengan Fatin nih dah layak panggil mak orang dah so tak perlu aku nak sound macam aku sound budak-budak dekat tempat kerja aku. Alasan yang selalu diorang pakai adalah diorang sibuk. Ya kerani memang sibuk, aku faham sangat sebab dalam dunia nih ada 30 juta engineer yang mengurangkan kerja aku.

Kepada lelaki-lelaki yang nak cari isteri tu. tak payah lah korang tengok perempuan tu jenis kemas je meja dia, tak ada sepah2, lemah lembut tu pembersih orangnya. Mungkin dia xsuka bersepah dan pembersih tapi tukang bersih rumah bukan dia.

– Anak orang kaya tapi bibik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit